Daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah saw. bersabda: “Jika ada seseorang berkata: “Orang ramai (sekarang ini) sudah rosak”, maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka”. [H.R. Muslim]

Monday, May 24, 2010

Wali Band - Taubat Maksiat

Aku suka akan lagu ini...



p/s: bukan senang nak senang, bukan susah nak susah...

p/s2: video Ustaz Azhar Idrus... bagaimana boleh jatuh haram jimak selepas akad nikah dan malam pertama...

Tuesday, May 11, 2010

Markah anda 11/10 (JURI = PARKCHICK)

JANGAN LUPA TAUBAT!!!


Aku banyak benda nak kongsi... macam-macam kisah yang sudah berlaku dalam hidup aku akhir-akhir ni... tetapi disebabkan aku masih dalam suasana malas untuk menaip panjang-panjang... maka aku tak tulis entri baru...

Aku singgah di blog Ahli Mangku Bumi... sempat berpuisi di sana... akhirnya tuan punya blog bagi aku markah pelik... 11/10... disebabkan pelik... aku nak letak di blog aku juga... huhuhu

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kenapakah si rajuk mencuka sakit,
mungkinkah ditunggu pujuk yg mencuit,
atau mungkin mengada yg membingit,
kerna sering dimanja jarang dicubit,
sampai dirasa baiknya banyak salahnya sedikit...

Andai dilayan nafsu serakah,
kelak binasa jiwa bernanah,
pantang ditegur timbul amarah,
hati membisik sumpah seranah,
hanya mahu dgr pujian tak ingin khilafiyyah,
khuatir sampai rasa diri lengkap fathonah,
walhal menunggu hari bakal musnah,
angkara diri mahu menang pantang mengalah,
doa dipohon agar si dia berubah,
sebelum jasad kembali ke tanah...

jiran sebelah nama pak kadir,
ada pulak koleksi cerpen pak pandir, (kias fansuri mawar berduri, hohoho)
bagaikan kain putih kita semua dilahir,
kalau ada salah silap jgn salahkan takdir,
bimbang taubat tak sempat malaikatulmaut sudah hadir...

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sekian, terima kasih...

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Setelah diajinomotokan oleh Parkchick:

Kenapakah si rajuk mencuka sakit,
mungkinkah ditunggu pujuk yg mencuit,
atau mungkin mengada yg membingit,
kerna sering dimanja jarang dicubit,
sampai dirasa baiknya banyak salahnya sedikit...

Andai dilayan nafsu serakah,
kelak binasa jiwa bernanah,
pantang ditegur timbul amarah,
hati membisik sumpah seranah,
hanya mendgr puji-pujian indah,
tiada ruang buat khilafiyyah,
khuatir terpahat rasa fathonah,
walhal menunggu saat musnah,
angkara diri tiada mngalah,
doa dipohon pinta berubah,
sebelum jasad kembali ke tanah...

jiran sebelah nama pak kadir,
punya koleksi cerpen pak pandir,
kain putih kita sewaktu dilahir,
fakir jgn salahkan takdir,
bimbang tak sempat taubatmu hadir, malaikatulmaut sudah hampir...