Jumaat lepas aku pulang ke Baling secara mengejut setelah menerima berita sepupu isteri aku telah pulang ke Rahmatullah akibat kemalangan jalan raya... jenazah Allahyarham selamat dikebumikan selepas solat Isyak...
Selepas majlis pengebumian... majlis tahlil diadakan... dan selepas majlis tahlil... aku berbual dengan seorang lelaki yang berada di sebelah aku... rupa-rupanya dia seorang guru... guru kelas pemulihan khas bagi pelajar-pelajar yang tercicir... banyak ilmu yang dikongsikan... antaranya... bagaimana keegoan guru yang menyebabkan ramai pelajar hilang minat pada pelajaran dan tidak faham mengapa mereka perlu ke sekolah... betapa pentingnya kesabaran seorang guru dalam mendidik... perbezaan tahap pelajar yang memerlukan pendekatan yang berbeza... yang paling aku teruja... bagaimana pelajar-pelajarnya yang sebelum ini tidak berminat untuk belajar tetapi setelah mereka mengikuti kelas pemulihan... mereka berubah dan jadi sangat aktif dalam kelas dan begitu seronok untuk terus belajar... sedangkan sebelum ini guru-guru yang pernah mengajar mereka telah putus asa malah menyalahkan pelajar dengan menagtakan mereka memang tidak minat akan pelajaran... jadi guru-guru sila muhasabah diri...
baiklah kita kembali ke tajuk entri ni... ada formula matematik yang sangat membantu telah dikongsikan oleh guru tersebut... hanya sesuai untuk mereka yang sukar untuk menghafal sifir... berikut adalah formula berikut:
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kita mulakan dengan sifir mudah... sifir 6...
1) Sila buat column yang berisi nombor 1 hingga 9 seperti di bawah:
0 | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
2) Arahkan pelajar untuk letakkan penanda atas nombor 0:
0 | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
0 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
3) Mulakan mengira dengan cara menggerakkan penanda ke kanan sebanyak 6 kali dan letakkan nombor 6 di bawah nombor 1:
0 | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
0 | 6 |
|
|
|
|
|
|
|
|
4) Terus gerakkan penanda dari nombor 6 ke kanan sebanyak 6 kali dan akhirnya akan berhenti pada nombor 2. Tuliskan 2 di column ke 2:
0 | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
0 | 6 | 2
|
|
|
|
|
|
|
|
5) Teruskan sehingga selesai:
0 | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
0 | 6 | 2 | 8 | 4 | 0 |
6 | 2 | 8 | 4 |
0 | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
0 | 6 | 12 | 18 | 24 | 30 |
36 | 42 | 48 | 54 |
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kita sambung dengan sifir yang lebih besar iaitu 62:
1) Seperti di atas... sila siapkan kotak sifir 6 dan 2:
0 | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
0 | 6 | 12 | 18 | 24 | 30 | 36 | 42 | 48 | 54 |
0 | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
0 | 2 | 4 | 6 | 8 | 10 | 12 | 14 | 16 | 18 |
2) Gabungkan kotak sifir 6 dengan 2:
0 | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
0 | 6 | 12 | 18 | 24 | 30 | 36 | 42 | 48 | 54 |
0 | 2 | 4 | 6 | 8 | 10 | 12 | 14 | 16 | 18 |
3) Untuk sifir 62... sebenarnya nilai digit untuk 6 adalah 60... maka mesti didarab dengan 10... lebih mudah... tambahkan saja angka 0 untuk setiap hasil kotak sifir 6:
0 | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
0 | 60 | 120 | 180 | 240 | 300 | 360 | 420 | 480 | 540 |
0 | 2 | 4 | 6 | 8 | 10 | 12 | 14 | 16 | 18 |
4) Akhirnya... tambahkan hasil kotak sifir 60 dengan sifir 2:
0 | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
0 | 60 | 120 | 180 | 240 | 300 | 360 | 420 | 480 | 540 |
0 | 2 | 4 | 6 | 8 | 10 | 12 | 14 | 16 | 18 |
0 | 62 | 124 | 186 | 248 | 310 | 372 | 434 | 496 | 558 |
Sekiranya soalannya ialah 62 x 6 = ?
Terus boleh jawab = 372
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Misalnya 11346 bahagi dengan 62???
Boleh rujuk kotak di atas... jawapannya 183... nanti sekiranya aku punya masa... aku akan tulis lagi...
SEKIAN... SALAM PERKONGSIAN...