Segelintir perokok mengeluarkan hujah:
01 Rokok ni bagus sebab boleh halau nyamuk...
02 Rokok ni bukanlah sampai tahap haram... makruh je...
03 Cuba rujuk dalam kitab al-Quran... mana ada nyatakan rokok ni haram...
04 Ada ustaz dan tok imam masjid pun hisap rokok... mereka lebih alim dari kamu...
05 Malaysia ni negara Islam... kalaulah betul haram... kenapa kerajaan tak haramkan saja?
Izinkan aku membalas hujah mereka:
01 Adakah di Malaysia tiada ubat nyamuk? Anda sungguh kreatif serta inovatif sekali kerana anda sanggup mengorbankan diri sendiri semata-mata untuk menghalau nyamuk... mungkin demi untuk keluarga tersayang... tahniah kerana anda mempunyai kekuatan untuk ber"jihad"...
02 Anda pasti sungguh "alim" (berilmu tinggi) dalam hukum-hakam... anda mampu meletakkan merokok sebagai makhruh sedangkan MAJORITI ULAMA' zaman ini, seluruh fatwa antarabangsa, dan pakar kesihatan mengharamkan rokok...
03 Dalam al-Quran, Allah swt. berfirman yang bermaksud: "...Janganlah kamu mengatakan kepada kedua-duanya (ibu bapa) dengan perkataan uh, dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia." (Surah al-Isra'; 23)... maka adakah kamu akan kata begini... "Sepak punggung ibu boleh dan tak haram... cuba rujuk al-Quran... mana ada nyatakan sepak punggung ibu tu haram..."... dan untuk pengetahuan kamu... dalam surah al-Baqarah ayat 195 Allah berpesan “...janganlah kamu dengan sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan...”... sesungguhnya ROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN ANDA!!!
04 Ya... ustaz dan tok imam tersebut lebih alim dari aku... ilmu mereka lebih tinggi... aku terlalu kerdil... tapi aku bersyukur kerana Allah telah pilih aku untuk menjadi makhluk yang tidak suka makan asap... hamba yang tidak suka membakar duit (membazir itu amalan siapa entah)... insan yang takut untuk membinasakan diri sendiri dan orang sekeliling... izinkan aku ulang kata-kata bekas mufti Perlis... "ustaz yang kaki hisap rokok tentu menyatakan rokok makruh, walaupun seluruh fatwa antarabangsa; ulama dan para pakar kesihatan menyatakan ia haram."
05 Malaysia memang sebuah negara Islam... sebagaimana yang telah diisytiharkan... dan arak juga haram... dan arak juga dijual secara bebas... tak kira di negeri mana pun... dikilangkan juga di Malaysia... adakah atas alasan Malaysia jual... maka jatuh hukum halal?
Info tambahan:
- Terdapat unsur arak dan racun di dalam rokok, maka ia adalah seperti darah dan bangkai yang diharamkan kerana unsur kotor dan racun (seperti nikotin, tar, alkohol methanol, karbon monoksida, ammonia, dan lain-lain) yang terkandung di dalamnya...
- Dunia perubatan sedunia semuanya sepakat menyatakan betapa merokok memudaratkan kesihatan secara pasti, juga menjadi penyebab pelbagai penyakit membunuh. Allah swt. menyuruh kita agar merujuk kepada ahli dalam sesuatu ilmu sebagaimana erti firman-Nya "...Maka hendaklah kamu bertanya kepada yang berpengalaman" (Al-Furqaan; 59)...
- Ia juga boleh memudaratkan hubungan kemasyarakatan dengan sebab baunya yang kuat dan busuk. Hal ini tidak dibenarkan oleh Islam berdasarkan sabda Nabi saw. ertinya: "Tiada boleh memberi mudarat dan membalas mudarat." (Riwayat Malik)
- Aku suka dengan pesanan dari seorang saudara muslim di ruangan komentar web www.zaharuddin.net:
"Saya pernah bekerja di sebuah syarikat rokok terkemuka selama hampir 10 tahun. Antara ramuan rahsia selain dari kimia berbahaya adalah sejenis arak/liqour. Ada juga perisa coklat/madu yang menyebabkan ketagihan..
Selain itu, adunan tembakau dimasak/salai untuk membunuh sejenis kumbang/vewil. Tapi telur vewil ini masih hdup dan bercampur udara lembab ia akan menetas selepas 3bulan! Tu sebab kretek/rokok expired akan ada bintik2 minyak/air pada kertas.
Boleh koyak chek tengok, hehe.. Kalau hisap mesti ada bunyi terbakar/meletis..
Alhamdulillah, saya tak pernah hisap rokok (kerja makan gaji je!) Dan dah berhenti lama dah pun..
Jadi TOLONG BERHENTI MEROKOK!
Mulakan dengan menghormati orang yang tidak merokok di keliling anda.. eg: anak2, isteri2, kawan2, orang lain di tempat awam..
Soalan: YANG MANA LEBIH TERUK?
1. Saya ludah kahak kuning saya ke muka anda? (Dan anda boleh cuci)
2. Anda hembus asap rokok pada orang lain? (Dan sedut asap beracun & najis tu dan mudaratkan kesihatan.. Habis derita keluarga dan masyarakat secara tak langsung!) "
Soalan: YANG MANA LEBIH TERUK?
1. Saya ludah kahak kuning saya ke muka anda? (Dan anda boleh cuci)
2. Anda hembus asap rokok pada orang lain? (Dan sedut asap beracun & najis tu dan mudaratkan kesihatan.. Habis derita keluarga dan masyarakat secara tak langsung!) "
p/s: ANDA MAMPU MENGUBAHNYA!!!
Ahmad Syahril bin Abdul Rahim
KISAH SEBUAH PERJALANAN
29 September 2009 / 10 Syawal 1430H
Ahmad Syahril bin Abdul Rahim
KISAH SEBUAH PERJALANAN
29 September 2009 / 10 Syawal 1430H