Daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah saw. bersabda: “Jika ada seseorang berkata: “Orang ramai (sekarang ini) sudah rosak”, maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka”. [H.R. Muslim]

Tuesday, September 29, 2009

AMACAM BRO??? MACHO TAK AKU???



Segelintir perokok mengeluarkan hujah:

01 Rokok ni bagus sebab boleh halau nyamuk...

02 Rokok ni bukanlah sampai tahap haram... makruh je...

03 Cuba rujuk dalam kitab al-Quran... mana ada nyatakan rokok ni haram...

04 Ada ustaz dan tok imam masjid pun hisap rokok... mereka lebih alim dari kamu...

05 Malaysia ni negara Islam... kalaulah betul haram... kenapa kerajaan tak haramkan saja?


Izinkan aku membalas hujah mereka:

01 Adakah di Malaysia tiada ubat nyamuk? Anda sungguh kreatif serta inovatif sekali kerana anda sanggup mengorbankan diri sendiri semata-mata untuk menghalau nyamuk... mungkin demi untuk keluarga tersayang... tahniah kerana anda mempunyai kekuatan untuk ber"jihad"...

02 Anda pasti sungguh "alim" (berilmu tinggi) dalam hukum-hakam... anda mampu meletakkan merokok sebagai makhruh sedangkan MAJORITI ULAMA' zaman ini, seluruh fatwa antarabangsa, dan pakar kesihatan mengharamkan rokok...

03 Dalam al-Quran, Allah swt. berfirman yang bermaksud: "...Janganlah kamu mengatakan kepada kedua-duanya (ibu bapa) dengan perkataan uh, dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia." (Surah al-Isra'; 23)... maka adakah kamu akan kata begini... "Sepak punggung ibu boleh dan tak haram... cuba rujuk al-Quran... mana ada nyatakan sepak punggung ibu tu haram..."... dan untuk pengetahuan kamu... dalam surah al-Baqarah ayat 195 Allah berpesan “...janganlah kamu dengan sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan...”... sesungguhnya ROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN ANDA!!!

04 Ya... ustaz dan tok imam tersebut lebih alim dari aku... ilmu mereka lebih tinggi... aku terlalu kerdil... tapi aku bersyukur kerana Allah telah pilih aku untuk menjadi makhluk yang tidak suka makan asap... hamba yang tidak suka membakar duit (membazir itu amalan siapa entah)... insan yang takut untuk membinasakan diri sendiri dan orang sekeliling... izinkan aku ulang kata-kata bekas mufti Perlis... "ustaz yang kaki hisap rokok tentu menyatakan rokok makruh, walaupun seluruh fatwa antarabangsa; ulama dan para pakar kesihatan menyatakan ia haram."

05 Malaysia memang sebuah negara Islam... sebagaimana yang telah diisytiharkan... dan arak juga haram... dan arak juga dijual secara bebas... tak kira di negeri mana pun... dikilangkan juga di Malaysia... adakah atas alasan Malaysia jual... maka jatuh hukum halal?


Info tambahan:
  • Terdapat unsur arak dan racun di dalam rokok, maka ia adalah seperti darah dan bangkai yang diharamkan kerana unsur kotor dan racun (seperti nikotin, tar, alkohol methanol, karbon monoksida, ammonia, dan lain-lain) yang terkandung di dalamnya...
  • Dunia perubatan sedunia semuanya sepakat menyatakan betapa merokok memudaratkan kesihatan secara pasti, juga menjadi penyebab pelbagai penyakit membunuh. Allah swt. menyuruh kita agar merujuk kepada ahli dalam sesuatu ilmu sebagaimana erti firman-Nya "...Maka hendaklah kamu bertanya kepada yang berpengalaman" (Al-Furqaan; 59)...
  • Ia juga boleh memudaratkan hubungan kemasyarakatan dengan sebab baunya yang kuat dan busuk. Hal ini tidak dibenarkan oleh Islam berdasarkan sabda Nabi saw. ertinya: "Tiada boleh memberi mudarat dan membalas mudarat." (Riwayat Malik)
  • Aku suka dengan pesanan dari seorang saudara muslim di ruangan komentar web www.zaharuddin.net:
"Saya pernah bekerja di sebuah syarikat rokok terkemuka selama hampir 10 tahun. Antara ramuan rahsia selain dari kimia berbahaya adalah sejenis arak/liqour. Ada juga perisa coklat/madu yang menyebabkan ketagihan..

Selain itu, adunan tembakau dimasak/salai untuk membunuh sejenis kumbang/vewil. Tapi telur vewil ini masih hdup dan bercampur udara lembab ia akan menetas selepas 3bulan! Tu sebab kretek/rokok expired akan ada bintik2 minyak/air pada kertas.

Boleh koyak chek tengok, hehe.. Kalau hisap mesti ada bunyi terbakar/meletis..
Alhamdulillah, saya tak pernah hisap rokok (kerja makan gaji je!) Dan dah berhenti lama dah pun..

Jadi TOLONG BERHENTI MEROKOK!

Mulakan dengan menghormati orang yang tidak merokok di keliling anda.. eg: anak2, isteri2, kawan2, orang lain di tempat awam..

Soalan: YANG MANA LEBIH TERUK?
1. Saya ludah kahak kuning saya ke muka anda? (Dan anda boleh cuci)
2. Anda hembus asap rokok pada orang lain? (Dan sedut asap beracun & najis tu dan mudaratkan kesihatan.. Habis derita keluarga dan masyarakat secara tak langsung!)
"



p/s: ANDA MAMPU MENGUBAHNYA!!!

Ahmad Syahril bin Abdul Rahim
KISAH SEBUAH PERJALANAN
29 September 2009 / 10 Syawal 1430H

12 comments:

  1. aku suke hujah no 3 tu..

    ~akuhamba~

    ReplyDelete
  2. hujah no 3 tu aku tiru taktik sorg ustaz yg bg kuliah maghrib kat masjid kangar dulu... tapi dia ckp isu lain... aku modified sket... hehehe...

    ReplyDelete
  3. kalau heavy smoker tu cmne? nak stop tetiba bahaya lak. kita kena elak mudarat kan?

    ReplyDelete
  4. kalu stop tibe2 jd camane?aku mmg xtau

    ~akuhamba~

    ReplyDelete
  5. anonymous~
    ehh... kalo stop tetiba bahaya ke? cm pelik je... yg aku tau... mmg susah nak stop... tapi takdak laa sampai tahap bahaya... aku tak nafi laa kalo dah kuat hisap mmg susah nak stop... tapi skrg ada byk dah kaedah utk stop... pak long aku dulu pun heavy smoker... dia gi farmasi beli chewing gum utk bantu ilang ketagih rokok... tak mahal pun... skrg dah stop dah pun... mula2 je dia ada pengsan skali... tapi pastu ok je... makin sihat je skrg... so apa yg bahaya tu?

    akuhamba~
    aku pun tak tau... hehehe...

    ReplyDelete
  6. Maklumat tambahan (http://www.zaharuddin.net)

    Cuma Syeikh Al-Qaradawi di dalam Fatwanya (Fatwa muasiroh, 1/667) menjelaskan hukumnya berkata (dengan pindaan):

    a) Sekiranya seorang perokok cuba sedaya upaya memberhentikan tabiat rokoknya, bagaimanapun ia gagal, maka ia patut terus mencuba dan diberikan uzur (tidak berdosa) setakat yang ia gagal. Perlulah ia menghalang dari menyebarkan tabiatnya kepada orang lain.

    b) Walaupun ianya haram, tapi tidaklah haramnya besar seperti zina, mencuri, dan lain-lain dosa besar. Setiap perkara haram ada tahapnya di sisi Shariah, ada yang dikira dosa besar dan ada yang kecil. Dosa hasil rokok bolehlah di katakan termasuk dalam dosa kecil. Bagaimanapun perlu diingat, Ibn Abbas r.a menegaskan bahawa dosa kecil pasti menjadi besar apabila berterusan atau kesannya benar-benar memudaratkan. Kesimpulan Al-Qaradawi, rokok adalah haram secara pasti bagi yang belum merokok, dan makruh bagi sesiapa yang telah terjebak sehingga sukar untuk keluar darinya. Apa yang pasti, segala jenis usaha bagi memberhentikan aktiviti buruk ini mesti dicari segera. Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  7. oked tak suke perokok..ok fine nk rokok..tapi hormat org bukan perokok..

    nk tgk oked tmuntah dpn muke?hembuslah asap rokok..nescaya oked akan muntah dan meminta maaf ats ketidaksengajaan itu

    rokok haram sama mcm haramye arak dadah sbb tu sume melalaikan kite..sesungguhnya segala jenis hiburan atau ape2 je yg melalaikan dan mmudaratkan kita mmg haram

    pukul ibu tidak mmudaratkan diri sendiri..mungkin bg perokok ianya tidak haram

    ReplyDelete
  8. oked
    hehe..kite pn xbpe suke org isap rokok dpn kite..akan dgn sengaja tutup idung gune tdung, biaq depa terasa..kihkih

    ~akuhamba~

    ReplyDelete
  9. perempuanku~
    selamat dtg... thanks sbb sudi singgah...

    oked~
    bgus gak kalo termuntah dpn dorg... mana tau trus bleh tinggal rokok pasni... hehehe sory gurau je...

    akuhamba~
    hehehe kalo aku jadi depa... sure aku terasa sungguh pedih... lebih pedih drp biasa... cewahh...

    ReplyDelete
  10. abang lak kata..die merokok sebab nak bantu petani2 yang menanam tbakau..naikkan mutu ekonomi diorang..alasan...
    saya tak reti nak berhujah dari sudut agama...tp setakat nak patahkan hujah sorang perokok..biler2 masa...
    p/s: 1st time datang...trima kasih jenguk blog saya

    ReplyDelete
  11. she-G~
    selamat dtg... thnks utk awk jgk sudi singgah blog sy ni...

    ReplyDelete