Daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah saw. bersabda: “Jika ada seseorang berkata: “Orang ramai (sekarang ini) sudah rosak”, maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka”. [H.R. Muslim]

Monday, September 21, 2009

SALAM AIDILFITRI...


Salam alaik.... Salam Aidilfitri... Salam kemaafan... Saya ingin memohon kemaafan kerana sudah lama tidak menulis... terutamanya kepada murid-murid aku... sesungguhnya aku hanya mampu merancang tetapi Allah Maha Menentukan...

Kali ini... izinkan aku menulis bagi menjawab persoalan yang telah berulangkali diutarakan oleh pelajar-pelajar aku... soalan mereka adalah seperti berikut (diubahsuai menjadi bahasa baku):

"Di blok asrama kami telah dibina surau-surau baru. Padahal di maktab terdapat sebuah masjid yang hanya dalam lingkungan 300 meter sahaja dari blok asrama. Bolehkah kami menunaikan solat di surau walaupun terdapat masjid yang berhampiran dengan kami? Kerana ada yang berpendapat solat di surau adalah sama saja dengan solat di masjid asalkan berjemaah.."

Maka, inilah adalah jawapan aku:

  • Ada pendapat ulama' yang menyatakan bahawa WAJIB untuk solat berjemaah di masjid sebagaimana diperintahkan oleh Rasulullah saw. Bahkan... baginda ingin membakar rumah-rumah mereka yang tidak solat berjemaah di masjid...
  • Kaum lelaki (muslimin) tetap diwajibkan menghadiri solat berjemaah di dalam masjid... ia adalah salah satu daripada ciri-ciri MUNAFIK bagi sesiapa yang mengingkarinya...
  • Oleh itu, para pelajar wajib ke masjid. Terdapat banyak kelebihannya, seperti pahala berjalan kaki ketika pergi dan pulang... kelebihan masuk dan keluar masjid... kelebihan iktikaf... dan banyak lagi kelebihan-kelebihan yang tidak mampu untuk cikgu fikirkan ketika ini. Ganjaran yang berlipat ganda daripada Allah bagi sesiapa yang jauh jaraknya, sebagaimana sabda Nabi saw., mafhumnya: "Orang yang paling besar pahala solatnya adalah orang yang paling jauh perjalanannya dari masjid." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)...
  • Cikgu pernah dengar dalam satu kuliah bab solat, Imam al-Nawawi rh. dalam kitabnya al-Majmu' yang menyatakan bahawa solat berjemaah di masjid diwajibkan ke atas orang yang berhampiran dengan masjid bukan ke atas orang yang jauh dari masjid... atau lebih tepat lagi... orang yang mendengar azan dari masjid...
  • Seingat cikgu... ada hadith riwayat Muslim berkenaan Nabi dengan seorang buta yang meminta keringanan kepada Rasulullah supaya boleh bersolat dalam rumah... selepas itu Nabi bertanya sama ada lelaki buta itu dapat mendengar azan solat... dan jawapannya lelaki itu "ya"... maka Nabi saw. pun menyuruhnya untuk datang berjemaah di masjid...
  • Ibn Abbas ra. berkata: Nabi saw. bersabda: "Sesiapa mendengar suara azan tetapi tidak mendatanginya, tidak sah solatnya kecuali ada keuzuran." (Riwayat Ibn Majah)
  • Solat dalam beberapa surau boleh memisahkan jemaah kaum Muslimin. Hal ini bercanggah dengan kehendak syariat iaitu menyatukan kaum Muslimin dalam satu masjid dalam pelbagai ibadah...
  • Antara perbezaan masjid dan surau ialah masjid diwakafkan sehingga hari kiamat sedangkan surau boleh sahaja dipindahkan tempatnya, dijual beli, diwariskan, dan sebagainya. Oleh itu, solat tahiyatul masjid disyariatkan ketika masuk dalam masjid...
  • Para pendakwah (guru atau warden asrama) semestinya bersikap bijaksana dalam mendorong para pelajar supaya melaksanakan solat di masjid dan janganlah menggalakkan mereka untuk solat di surau blok...

Sekian sahaja jawapan dari cikgu... mohon maaf sekiranya terdapat kekurangan dalam penjelasan di atas... sekiranya tidak faham atau ingin mendapat kepastian yang lebih mendalam... bolehlah bertanya cikgu... atau lebih baik lagi... sila rujuk ustaz atau ulama' yang lebih arif... wallahualam...

SALAM AIDILFITRI... MAAF ZAHIR DAN BATIN...

Ahmad Syahril bin Abdul Rahim
KISAH SEBUAH PERJALANAN
21 September 2009 / 2 Syawal 1430H

5 comments:

  1. sy stuju ngn cg. sy pon tk stuju depa buat surau byk2 kat blok. sure pasni mkin kurg la stdnt p msjid. tima kacih cg sbb slalu bg nasihat kt kmi. cg mmg best

    ReplyDelete
  2. setuju ngn cikgu..cikgu mmg best (~^)

    ~akuhamba~

    ReplyDelete
  3. anonymous - thnks... segala puji hanya utk Allah... errr.. sape ni ey???

    akuhamba - masyaAllah... :)

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum encik ahmad syahril

    salam syawal untuk kamu.
    semoga sama2 kita beroleh kemenangan~

    =)

    ReplyDelete
  5. wslm wbt cik aishah...

    salam syawal jgk utk kamu...

    p/s:masih belum mula puasa 6...teruk sungguh...huhuhu...

    ReplyDelete