Akhir-akhir ini... aku telah diuji oleh Allah dengan pelbagai perkara... dihujani dengan pelbagai kerja dan tanggungjawab... ditekan dengan pelbagai kesibukan... dan syukur Alhamdulillah... aku berjaya selesaikan satu per satu walaupun ada sesetengah perkara yang aku gagal selesaikan secara memuaskan. InsyaAllah... pada pagi Jumaat yang serba indah ini... izinkan aku berkongsi dua peristiwa yang aku tempuhi sepanjang minggu ini... moga-moga ada manfaatnya...
Peristiwa 1
Berlaku pada pagi tadi sesudah solat Subuh... masjid di Qariah aku (Masjid Abdurrahman Putra, Kampung Keladi) tiba-tiba didatangi oleh seorang Arab dan beliau telah mengimamkan solat Subuh kami... dan setelah selesai bersolat... beliau telah memberikan kuliah Subuh... dan Alhamdulillah diterjemahkan oleh seorang ustaz yang sangat muda dan amat fasih berbahasa Arab...
Rupa-rupanya Tok Arab itu ialah Dr Syeikh Muhammad Mahmud Shiyam... bekas Imam Besar Masjid al-Aqsa Palestin... aku sangat teruja kerana beliau sudi datang ke masjid kami. Walaupun ringkas kuliahnya... tetapi aku tetap berasa puas hati... dan antara isi yang betul-betul aku ingat... ketika menjawab soalan jemaah berkenaan perselisihan Hamas dan Fatah... beliau menjawab... Hamas merupakan golongan yang benar-benar berjuang mengikut syarak... ingin menegakkan Islam secara menyeluruh... jihad sejati... tetapi Fatah menggunakan pendekatan yang berbeza... mereka lebih gemar akan Islam sekular... dan mereka lebih berminat untuk membuat hubungan diplomasi dengan Israel dan sekutu-sekutunya... disebabkan perbezaan ideologi ini... mereka sukar mencapai kata sepakat... dan kini Hamas sedang berusaha berdakwah untuk membawa Fatah kepada Islam yang dibawa oleh Rasulullah dan menjauhi Islam sekular... walaupun Hamas sering difitnah dan diberikan imej jahat oleh musuh-musuh Islam dan juga saudara seagama... dan menurutnya lagi... keadaan ini hampir sama seperti di Malaysia... ada yang betul-betul mengamalkan Islam dan sering difitnah dengan diberi imej yang jahat serta sesat oleh saudara Islam sendiri... dan ada juga yang bermati-matian mempertahankan Islam sekular... sambil si kafir menangguk di air yang keruh...
Setelah selesai... aku ingin bersalam dengan Tok Arab tersebut... namun tidak berkesempatan kerana terlalu ramai orang yang menyerbunya untuk bersalam-salaman... maka... aku teus pulang bersama perasaan sedikit hampa...
Peristiwa 2
Ada seorang jiran yang agak rapat dengan aku yang amat rajin bersolat berjemaah... namun dia kebanyakkan waktu dia bersolat di rumah bersama isterinya... disebabkan tingkap ruang tamu rumahnya ada yang berlubang... maka aku sentiasa dapat melihat kerajinan dia bersolat bersama isterinya... Alhamdulillah kadang-kala dia turut bersolat di masjid pada waktu Subuh serta Maghrib... disebabkan umurnya jauh lebih tua dari aku... maka tidak berani untuk tegur secara terus... sekali-sekala apabila aku dalam perjalanan ke masjid.... aku akan melintasi hadapan rumahnya... dan sekali-sekala dapat aku berselisih dengannya... cuma ayat ini sahaja mampu terkeluar dari mulut aku... "Assalamualaikum pakcik... nak pi mana tu? nak pi masjid ke? jom laa naik dengan saya"... lebih kurang begitulah... diringkaskan cerita... baru-baru ini (minggu ini)... kami sempat berbual... dan pakcik itu pun berkata-kata (lebih kurang begini ayatnya)...
"orang-orang kita... suka prasangka buruk... tak nampak kita kat masjid ja... mula buat muka... pandang macam kita tak solat ja... awat dia ingat dia ja yang solat jemaah? kita pun jemaah jugak... tapi kita ni bukan jenis menunjuk-nunjuk... awat haram ka solat jemaah dgn isteri? tak sah? lagi elok dari orang yang tarawikh dia pi masjid tapi waktu lain tak nampak batang hidung pun... riak je lebih"
Aku hanya mampu diam sambil tersenyum apabila mendengar... terdetik juga di hati... adakah orang yang di maksudkan itu aku? Aku gagal untuk mencari ayat yang sesuai untuk mematahkan hujah pakcik iu... risau kalau aku gagal menyusun ayat... lagi bertambah jauh dia... aku terus mendiamkan diri sambil tersenyum... walaupun di hati aku berasa tidak enak sekali...
Maka... aku telah putuskan untuk menaip sedikit tazkirah berkenaan solat berjemaah dan insyaAllah akan aku edarkan kepada setiap rumah di taman kediaman aku... moga-moga dapat membantu memperbetulkan persepsi segelintir masyarakat yang salah dalam bab solat berjemaah... demikian sebahagian isi kandungan tazkirah tersebut (dipetik dari Dato' Dr. Haron Din Menjawab Persoalan Fikah Harian Edisi Kemaskini; m/s 82-83)...
Terdapat banyak pendapat yang mengancam mereka yang mengabaikan solat berjemaah (di masjid). Antaranya:
1) Ummul Mukminin, Aisyah berkata, "Sesiapa mendengar azan, lalu tidak ditunaikan solat berjemaah tanpa uzur, maka dia TIDAK MENDAPAT KEBAIKAN."
2) Ali bin Abu Talib berkata, "Sesiapa mendengar azan di masjid, lalu tidak ditunaikan solat berjemaah sedangkan dia sihat tanpa uzur, maka TIDAK ADA SOLAT baginya."
3) Pada suatu masa, Umar al-Khattab mendapati hanya beberapa orang sahaja datang berjemaah, lalu beliau bertanya, "Apakah sebab mereka tidak datang bersolat? Mereka perlu datang ke MASJID ataupun biar saya kirimkan kepada mereka orang yang akan MENEBAS BATANG LEHER mereka." Kemudian beliau menyeru dengan sekuat-kuat suaranya, "DATANGLAH BERJEMAAH! DATANGLAH BERJEMAAH! DATANGLAH BERJEMAAH!"
4) Hadith Nabi s.a.w., mafhumnya "Aku bercita-cita menyuruh mendirikan solat, lalu aku perintahkan seorang lelaki mengimami solat bersama manusia. Kemudian aku akan pergi bersama beberapa orang lelaki dengan membawa seberkas kayu api lalu menuju kepada kaum yang tidak menghadiri solat. Aku akan membakar mereka dan rumah-rumah mereka dengan api."
5) Hadith Nabi s.a.w., mafhumnya "TIDAK ADA SOLAT untuk mereka yang hampir dengan masjid MELAINKAN DI MASJID."
6) Hadith Nabi s.a.w., mafhumnya "SOLAT YANG PALING BERAT ke atas ORANG MUNAFIK adalah solat ISYAK dan SUBUH. Sekiranya mereka mengetahui betapa besarnya pahala pada solat itu, pasti mereka datang (BERJEMAAH) walaupun dalam keadaan merangkak."
Sekian sahaja dua peristiwa yang berlaku pada minggu ini dalam perjalanan hidup aku... insyaAllah sekiranya ada kelapangan... aku akan coretkan pula peristiwa yang lain juga... JANGAN LUPA UNTUK MEREBUT SEGALA PELUANG YANG ALLAH SEDIAKAN DI BULAN RAMADHAN INI SEMENTARA STOK MASIH ADA... Wassalam...
p/s: Kepada anak-anak murid cikgu... diharap bersabar... insyaAllah nanti cikgu coretkan kisah-kisah dan luahan hati cikgu berkenaan perjalanan di MRSM PDRM Kulim pula... terima kasih kerana sentiasa buat cikgu gembira...
Ahmad Syahril bin Abdul Rahim
KISAH SEBUAH PERJALANAN
11 September 2009 / 21 Ramadhan 1430H
'Maka... aku telah putuskan untuk menaip sedikit tazkirah berkenaan solat berjemaah dan insyaAllah akan aku edarkan kepada setiap rumah di taman kediaman aku... moga-moga dapat membantu memperbetulkan persepsi segelintir masyarakat yang salah dalam bab solat berjemaah'
ReplyDeleteHmm...pakcik nak tau nak cakap cmna tp hang agak2 apa respon depa bila baca risalah tu.relax jap..pk dulu
hmmmm.....
ReplyDeletehg buat aku bpikir blk...
tapi aku letak kat atas hanya sebahagian ja...
permulaan aku wat kebaikan solat berjemaah...
pastu baru tarok ancaman org yg abai solat jemaah...
pastu tulih... jom bersolat di masjid!!!
tapi risau gak kalo cara ni tak betul... dats y aku kongsi dlm blog dulu... moga ada yg tegur...
p/s:hmmmm... masih memikir....
Pada aku boleh ja hang nak buat cam tu tapi lagi elok rasanya jangan sampai orang nampak hang yang buat. Takut jadi fitnah or etc. Mungkin asbab dari keja ni kot2 Allah bagi depa hidayah. InsyaAllah..
ReplyDeletepaklang - keja baik, niat baik, InsyaAllah Allah tolong.
memang aku nak buat tak letak nama aku...
ReplyDeleteaku just wat artikel je... aku pos ke setiap alamat... so insyaAllah org tak tau sapa yg buat... ni je laa yg mampu... nak ckp depan2... tak upaya...
p/s: thanks paklang...
sibuk atau menyibuk?
ReplyDeletesibuk atau buat2 sibuk?
~aku...~
padahal tak sibuk pun tapi buat2 sibuk...
ReplyDeletetgh sibuk2 pun... sempat lg menyibuk...
p/s: hehehe...
xpe, sntiasa la perasan sibuk
ReplyDeletesupaya bnda2 yg menyibuk tu
xjadi agenda utama kita..
p/s : menda la aku duk merepek..jom rebut mlm2 akhir ramadan, sedih sgttt
cikgu pe khabar???? ni fakhrul.... anak murid cikgu... kelas 1 kindi...fakhrul baru buat blog... tolong beri tunjuk ajar....
ReplyDeleteemmm... bagus laa dah start wat blog... tapi ingat... tulis laa benda2 yg elok2... hati2 ngn ayat... cuba laa setakat yg mampu utk elak sengketa... moga2 kamu jadi blogger yg best... dunia akhirat... cikgu sokong kamu....
ReplyDeletefakhrul - nape tak bleh komen blog kamu???
ReplyDeletecikgu..saya pn ank murid cikgu, sila beri tunjuk ajar pd saya, saya budak baru belajaq,
ReplyDelete~akuhamba~
hai cikgu,saya fatin nazifa 1 batani. video ari tu kat mane? saya nak cikgu doakan saya coz saya nak pekse minggu depan. saye nak ucapkan selamat pengantin baru kat cikgu. sory coz saya tak dapat datang nanti.
ReplyDeleteakuhamba - aik...nak jadi stdnt aku gak ke? hehehe...
ReplyDeletefatin nazifa - maaf sgt2... cikgu tak sempat nak edit lg... sbb nak letak dlm blog ni kena kecikkan saiz dia... so kena amik masa... cikgu pun agak bz sket sejak raya aritu... p beraya... ngn urusan kawen lg... mcm2 laa... insyaAllah nanti cikgu usahakan... Selamat hari raya...