Kadangkala apabila seseorang yang cuba menasihati orang lain... terutamanya apabila nasihat berkaitan dengan agama diberi... lalu dibalas dengan kata-kata seperti berikut:
(1) "sebelum nasihat aku baik nasihat diri kau dulu..."
(2) "tak payahlah kau nak tunjuk baik pulak..."(3) "kau siapa nak nasihat aku..."
(4) "aku tak layan orang yang slow macam kau ni..."(5) "kau nasihat orang pandai tapi engkau pun sama saja..."(6) "kau ni cakap agama ni berapi-api... tapi aku tengok pada amalan kau tak seberapa pun.."
(7) "kau ni ada tauliah agama ke... pandai-pandai nak mengajar orang pula... nanti sesat lagi menyesatkan pula..."Baiklah... biar apa jua balasan dan ucapan yang dilontarkan... pastikan niat kita atau tujuan sebenar kita menasihati orang lain hanyalah:
(1) Ikhlas semata-mata kerana Allah... kerana Allah telah bersumpah dalam al-Quran yang bermaksud, "Demi masa! Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran" (Surah al-'Asr; 1-3)... maka janganlah kita sengaja mencampakkan diri dalam golongan yang rugi itu... selagi perkara itu benar di sisi Allah... maka wajib kita sampaikan... semoga Allah berikan kita kekuatan turut melaksanakan apa yang kita sampaikan itu... itu harapan kita... sambil kita turut perlu berusaha...(2) Sebagai tanda kita cintakan Nabi saw. kerana Baginda pernah bersabda "Sampaikan walaupun hanya dengan sepotong ayat"... Nabi tak pernah cakap... sampaikanlah kebenaran hanya apabila kamu sudah capai tahap sempurna... tetapi selagi ayat itu adalah tentang kebenaran... maka wajib kita sampaikan...
(3) Dengan harapan Allah akan memberikan kita kekuatan dalam melaksanakan apa yang disampaikan... seperti yang dikatakan oleh Dato' Dr. Haji Mohd. Fadzillah Kamsah ketika memberikan motivasi pagi di TV3... beliau juga banyak perkara yang beliau nasihatkan belum mampu dilaksanakan... tetapi dia sedang berusaha dan berharap atas usaha beliau dalam menyampaikan kebenaran kepada orang lain... maka Allah akan membantunya dengan memberikannya kekuatan dalam usaha melakukan apa yang belum dapat beliau laksanakan...
(4) Dengan harapan moga Allah beri petunjuk kepada orang yang kita nasihati agar berubah dan makin dekat pada Allah... mana tahu... orang itu turut mendoakan kita agar makin dekat kepada Allah...
Maka... aku seru kepada rakan-rakan...
lebih-lebih lagi kepada diri aku sendiri... agar berusaha untuk menyampaikan kebenaran walaupun kadangkala kebenaran itu agak pahit untuk ditelan... dan marilah sama-sama kita bersangka baik kepada semua... sebab sangkaan buruk itu merupakan penyakit yang berbahaya...
Renungilah bait-bait di bawah ini...
Orang beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka diet
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela
.........
mana tahu yang diam itu kerana
berzikir kepada Allah
mana tahu yang senyum itu kerana
bersedekah
mana tahu yang masam itu kerana
mengenangkan dosa
mana tahu yang menawan itu kerana
bersih hati dan mindanya
mana tahu yang ceria itu kerana
cergas cerdasnya
p/s: Tolong doakan aku agar tidak termasuk dalam golongan yang rugi di dunia lebih-lebih lagi di akhirat...
p/s2: Akhir-akhir ini juga aku lebih cenderung untuk berbalah dengan orang dan membalas kembali cercaan orang lain dengan kurang rasa sabar dan hikmah... sikap buruk sangka juga mula bercambah dalam jiwa... moga-moga dengan berkat doa semua... Allah permudahkan usaha aku untuk meninggalkan akhlak buruk ini... Amin...