Daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah saw. bersabda: “Jika ada seseorang berkata: “Orang ramai (sekarang ini) sudah rosak”, maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka”. [H.R. Muslim]

Saturday, November 28, 2009

RAYA DAN KORBAN...


Salam alaik... rasanya masih belum terlambat lagi untuk aku mengucapkan kepada semua...

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDUL ADHA

Semoga perayaan selama empat hari ini... dapat memberi kita kesedaran (sedikit pun sudah memadai Alhamdulillah)... menghayati pengajaran dan hikmah pengorbanan... tak kira apa jua tindakan... apa jua niat... apa jua situasi... aku berpesan kepada semua... terutamanya pada diri aku sendiri... agar betulkan niat agar ikhlas semata-mata kerana Allah...

Rasanya majoriti kita sudah sedia maklum kisah Nabi Allah Ibrahim a.s. berkenaan pengorbanan Baginda... tapi berapa ramaikah kita yang benar-benar menghayati pengajaran di sebalik kisah tersebut? Jujur aku katakan... aku rasa aku sendiri pun masih gagal menghayati sepenuhnya kisah tersebut... buktinya mudah... sekiranya aku telah berjaya menghayatinya... maka sudah pasti aku tak berani lagi untuk melakukan sebarang dosa kecil... apatah lagi dosa besar... kerana keyakinan yang jitu kepada Allah... yakin bahawa setiap suruhan-Nya semestinya ada pelbagai kebaikan... dan segala larangan-Nya juga pasti ada sebab musababnya...

Maka... marilah sama-sama kita berdoa... agar kita benar-benar dapat mengikhlaskan diri... berkorban apa saja untuk Allah s.w.t. dengan melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan-Nya... berusaha untuk mendapatkan keredhaan Allah... walaupun cara kita untuk 'memikat' Allah mungkin berbeza... namun... selagi tak bertentangan dengan syariat... selagi mana mengikut kehendak Allah, al-Quran, dan sunnah... maka teruskanlah usaha tersebut...

SALAM AIDUL ADHA KEPADA SEMUA

p/s: Gambar lembu yang sedang menanti giliran untuk ditumbangkan...

p/s2: Lembu seolah-olah berkata... "aku sanggup berkorban untuk Allah... takkan anda tak sanggup?"

No comments:

Post a Comment