Daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah saw. bersabda: “Jika ada seseorang berkata: “Orang ramai (sekarang ini) sudah rosak”, maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka”. [H.R. Muslim]

Sunday, November 15, 2009

TAMSILAN




TAMSILAN 1


Ditakdirkan anda berjumpa seorang budak di tepi longkang... lalu anda membela budak itu... memberikannya tempat tinggal... makanan dan minuman... pakaian... menanggung perbelanjaan hariannya... smpai baju anda juga anda langsung tidak kisah untuk dipinjamkan kepadanya...

Namun... anda telah memberikannya beberapa syarat yang setimpal dengan jasa anda... antaranya:


1) sila hormati aku (sebagai tuan rumah sekurang-kurangnya)
2) jangan berak merata-rata terutamanya di dalam rumah
3) jangan melepaskan kentut ke muka aku
4) jangan bawa balik 'jantan' lalu berlaga lubang kencing di rumah aku
5) sila jaga barang-barang aku yang kau pinjam elok-elok
6) tolong kemas rumah aku
7) aku suka makan tomyam... sekali-sekala masaklah untuk aku


Namun... budak itu tidak seperti yang anda harapkan... jangan katakan kegemaran anda tidak pernah dipenuhi... segala perintah anda tidak diendahkan... segala larangan anda itu yang kerap dibelakangkan... dengan penuh 'selamba' dia masih menggunakan rumah dan harta anda... tanpa dibelenggu rasa bersalah... langsung tak rasa terhutang budi... anda cuba memberikannya peluang beberapa kali... namun dia langsung tak menghargai... malah berani mengatakan... "ini semua hak aku"...

Maka... anda sebagai anda... apakah tindakan anda seterusnya???


Mafhumnya:


Aku yakin... tak ramai yang mampu bersabar bila berhadapan dengan situasi sedemikian... termasuklah aku sendiri... ada yang pasti berkata budak itu tidak patut... maka... adakah patut kita sebagai makhluk yang diciptakan Allah dan diberikan segala macam kemudahan dan nikmat... tapi selalu berlagak umpama dunia ni kita yang punya? Apa yang Allah larang kita selalu buat... apa yang Allah suruh buat kita buat "derk" sahaja... apa yang Allah suka... kita cakap dengan sambil lewa... "alaa... sunat je"... maka apa beza kita dengan budak dalam tamsilan di atas?



TAMSILAN 2 dan MAFHUMNYA (maaf... laras bahasa yang bercelaru atas faktor kekurangan masa)


Seorang PENGARAH FILEM (USOP SELAM) telah mengarah dan membuat FILEM yg best... judulnya AKU SEJAK DULU BERIMAN YANG KOMPOM MASUK SYURGA DAN ENGKAU TAK PAYAH NAK BERLAGAK ALIM KAT SINI WAHAI AHLI NERAKA... ada watak protagonis dan ada antagonis (watak baik dan jahat)... WATAK BAIK bernama (JOYAH) dilakonkan oleh NURRA VANISH dan WATAK JAHAT bernama BEDAH dilakonkan oleh FARISHA SENDAT... lakonan depa mmg mantap... especially FARISHA SENDAT... smpai MAKCIK2 yg tgk akan ckp... jahat laa FARISHA SENDAT ni... kesian kat NURRA VANISH...

tapi hakikatnya... tul ke si NURRA VANISH yg baik dan si FARISHA SENDAT yg jahat?

sbnrnya makcik2 tu dah tertipu dgn kebijaksanaan pengarah... dia yg aturkan suma tu... dia yg cipta watak tu... maka makcik2 dah tersilap sbb sangka si NURRA VANISH yg baik dan si FARISHA SENDAT yg jahat... siap makcik2 tu nak USOP SELAM buang si SENDAT dari filem seterusnya sbb jahat sgt...

bila komen makcik2 tu smpai ke gegedang USOP SELAM... lantas beliau ckp... "bodo ke bengong makcik2 ni... ni filem aku laa... suka hati aku laa nak wat sape jadi jahat sape jadi baik... pelakon mana yg aku nak biar hidup yg mana biar mampos... ko nak masuk cmpur apa kes??? diam2 tgk dah laa..."

so cmtu jgk laa kejadian alam yg kita tgh tgk skrg... Allah laa PENGARAHnya... kalo ada si A yg baik dan si B yg jahat... bkn keje kita nak HUKUM dia jahat atau dia baik... sbb suma yg berlaku tu adalah aturan dari-Nya... kita lgsg tak berhak nak mempertikaikan aturan-Nya... kita cuma hamba... dan apa yg patut bg kita hanyalah berdoa dan berusaha agar kita tak menjadi watak jahat dlm aturan hidup ketentuan-Nya... di smping jgn lupa utk mencegah kemungkaran... insyaAllah...



MAKLUMAN:

(1) Tamsilan ini adalah rekaan aku semata-mata... tiada kena mengena antara hidup ataupun yang telah mati... dan bertujuan untuk muhasabah diri aku ini (tujuan utama)... bukan untuk menunjuk-nunjuk kononnya aku memang baik (maaf kenyataan ini terpaksa diletakkan kerana sentiasa ada puak yang memang hobinya bersangka buruk)... tapi kalau bermanafaat untuk kawan-kawan... anda boleh ambil tanpa perlu minta izin dan sebagainya...

(2) Blog aku ini aku gunakan sebagai salah satu tempat untuk meletakkan sesuatu yang baik yang aku terfikir... atau terdengar... atau teringat... dan lain-lain... supaya aku dapat merujuknya kembali di masa hadapan kelak... manalah tau aku ditakdirkan sesat dari jalan yang lurus... maka ditakdirkan Allah aku terbaca balik blog aku ini... moga-moga timbul rasa insaf dalam diri...

(3) Aku juga manusia biasa... kadangkala ada waktu aku tersilap langkah... ada kala bahasa aku agak menyakitkan hati... ada kala aku lalai dari melakukan apa yang pernah aku nasihatkan kepada orang lain... namun... aku berharap... kawan-kawan dapat mendoakan aku agar sentiasa istiqamah dalam perjalanan ini... menolong menghulurkan tangan pabila aku sesat jalan... dengan penuh kasih sayang... tanpa rasa benci dan syak wasangka... tanpa ada langkah yang boleh mematikan hasrat murni yang ingin aku laksanakan... kerana aku hanyalah seorang manusia yang hina dina... yang ingin belajar mengenali Tuhanku Allah s.w.t.

7 comments:

  1. nk otograph farisha sendat..haha..

    jawapan keliru anda tepat

    ReplyDelete
  2. aku fakir,
    air segelas pun daku berhutang,
    saban hari ku-minum dalam gelas yang sama,
    hakikatnya kini jumlahnya sudah berlaksa gelas,
    dalam fakir aku berfikir.

    ReplyDelete
  3. http://ummu-anas.blogspot.com/2009/11/lihat-diri-sendiri.html

    saje nk share

    ReplyDelete
  4. anon~
    thnks... stuju sgt ngn artikel tu... especially kesimpulan pertama dia...

    "...jgn berburuk sangka dengan org lain serta memandang rendah padanya."

    p/s:moga2 kita dpt pengajaran dari kisah Hassan al-Basri tu...

    ReplyDelete
  5. semua orang ade kelemahan termaksudlah cikgu.oleh itu,tidaklah dapat kite daripada menahan marah....

    betulkan...?!!peace semoge bahagia disisi bakal isteri kelak...

    daripada anak murid 1 kindi

    cubelah teka yang mane satu....:p

    ReplyDelete
  6. errr.... ni sape ek? errr... dayah ke? ke ikhwan?

    ReplyDelete