Daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah saw. bersabda: “Jika ada seseorang berkata: “Orang ramai (sekarang ini) sudah rosak”, maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka”. [H.R. Muslim]

Saturday, November 7, 2009

Berpesan-pesan dengan KEBENARAN serta berpesan-pesan dengan KESABARAN



Kadangkala apabila seseorang yang cuba menasihati orang lain... terutamanya apabila nasihat berkaitan dengan agama diberi... lalu dibalas dengan kata-kata seperti berikut:

(1) "sebelum nasihat aku baik nasihat diri kau dulu..."

(2) "tak payahlah kau nak tunjuk baik pulak..."

(3) "kau siapa nak nasihat aku..."

(4) "aku tak layan orang yang slow macam kau ni..."

(5) "kau nasihat orang pandai tapi engkau pun sama saja..."

(6) "kau ni cakap agama ni berapi-api... tapi aku tengok pada amalan kau tak seberapa pun.."

(7) "kau ni ada tauliah agama ke... pandai-pandai nak mengajar orang pula... nanti sesat lagi menyesatkan pula..."

Baiklah... biar apa jua balasan dan ucapan yang dilontarkan... pastikan niat kita atau tujuan sebenar kita menasihati orang lain hanyalah:

(1) Ikhlas semata-mata kerana Allah... kerana Allah telah bersumpah dalam al-Quran yang bermaksud, "Demi masa! Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran" (Surah al-'Asr; 1-3)... maka janganlah kita sengaja mencampakkan diri dalam golongan yang rugi itu... selagi perkara itu benar di sisi Allah... maka wajib kita sampaikan... semoga Allah berikan kita kekuatan turut melaksanakan apa yang kita sampaikan itu... itu harapan kita... sambil kita turut perlu berusaha...

(2) Sebagai tanda kita cintakan Nabi saw. kerana Baginda pernah bersabda "Sampaikan walaupun hanya dengan sepotong ayat"... Nabi tak pernah cakap... sampaikanlah kebenaran hanya apabila kamu sudah capai tahap sempurna... tetapi selagi ayat itu adalah tentang kebenaran... maka wajib kita sampaikan...

(3) Dengan harapan Allah akan memberikan kita kekuatan dalam melaksanakan apa yang disampaikan... seperti yang dikatakan oleh Dato' Dr. Haji Mohd. Fadzillah Kamsah ketika memberikan motivasi pagi di TV3... beliau juga banyak perkara yang beliau nasihatkan belum mampu dilaksanakan... tetapi dia sedang berusaha dan berharap atas usaha beliau dalam menyampaikan kebenaran kepada orang lain... maka Allah akan membantunya dengan memberikannya kekuatan dalam usaha melakukan apa yang belum dapat beliau laksanakan...

(4) Dengan harapan moga Allah beri petunjuk kepada orang yang kita nasihati agar berubah dan makin dekat pada Allah... mana tahu... orang itu turut mendoakan kita agar makin dekat kepada Allah...

Maka... aku seru kepada rakan-rakan... lebih-lebih lagi kepada diri aku sendiri... agar berusaha untuk menyampaikan kebenaran walaupun kadangkala kebenaran itu agak pahit untuk ditelan... dan marilah sama-sama kita bersangka baik kepada semua... sebab sangkaan buruk itu merupakan penyakit yang berbahaya...

Renungilah bait-bait di bawah ini...

Orang beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka diet
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela
.........
mana tahu yang diam itu kerana
berzikir kepada Allah
mana tahu yang senyum itu kerana
bersedekah
mana tahu yang masam itu kerana
mengenangkan dosa
mana tahu yang menawan itu kerana
bersih hati dan mindanya
mana tahu yang ceria itu kerana
cergas cerdasnya

p/s: Tolong doakan aku agar tidak termasuk dalam golongan yang rugi di dunia lebih-lebih lagi di akhirat...

p/s2: Akhir-akhir ini juga aku lebih cenderung untuk berbalah dengan orang dan membalas kembali cercaan orang lain dengan kurang rasa sabar dan hikmah... sikap buruk sangka juga mula bercambah dalam jiwa... moga-moga dengan berkat doa semua... Allah permudahkan usaha aku untuk meninggalkan akhlak buruk ini... Amin...

15 comments:

  1. mcm cerita malam semalam oked tgk..dalam sekelip mata..tuhan bole ubahkan kedudukan seseorang tu..

    ReplyDelete
  2. sebab tu kita kena sentiasa berdoa agar hidup dalam iman dan mati jugak dlm iman...

    yg plg takut... hidup dlm iman... disangkakan sudah selamat... last2 mati tanpa iman...

    p/s: moga kita sama2 hidup dan mati bersama2 iman...

    ReplyDelete
  3. aslih nafsaka wad'u ghairaka

    perbaiki diri kamu dan ajak lah org lain

    setiap kali kite ajak org lain, setiap kali tu kita igtkan diri kita..tul x?

    so sgtlah rugi kalu ajakan kite dpt menyentuh hati kwn2 kite (dgn izin Allah) tp xdpt memberi ape2 kesan pada hati kita..

    sekian

    p/s: sy dh solat mgrb (pmpn) kat umah (xpi msjd xpe kan)

    ReplyDelete
  4. AYUH...ingat-megingat bermanfaat untuk org mukmin.tetapi bhikmahlah dlm memperingati.don't defeat your enemy/fren.etc but win them,win their heart.

    ReplyDelete
  5. anon~
    tul2 tu... setuju2... mmg sntiasa kena perbaiki diri... smbil ajak org lain dlm masa yg sama...

    pakcik~
    konsep yg sering aku terlupa... walaupon kdg2 bjaya wat... tapi kdg2 ttinggal gak... thnks ingatkan...

    ReplyDelete
  6. Seorang Salafusoleh pernah berkata, "Adakalanya seorang yang melakukan kesalahan akhirnya masuk syurga dan adakalanya seorang hamba yang melakukan ketaatan akan dicampakkan ke neraka". Salah seorang yang mendengar ungkapan itu bertanya, "Bagaimana itu boleh terjadi?" Lalu beliau menjawab, "Dia melakukan dosa dan dosa itu selalu tampak dimatanya. Ketika berdiri, duduk dan berjalandia selalu teringat kepada dosa-dosanya yang menyebabkan hatinya hancur lalu segera bertaubat, menyesal dan memohon keampunan Allah sehingga keadaan itu menyelamatkannya.


    Sementara Orang yang melakukan kebaikan, selalu melihat kebaikan itu di depan matanya. Apabila ia berdiri, duduk dan berjalan semua kebaikan yang telah dilakukannya selalu diingati sehingga dia menjadi takabbur, ujub dan merasa telah mendapatkan rahmat dari Allah SWT. Padahal, situasi itu menjadi sebab kebinasaanya".

    salam singgah

    ReplyDelete
  7. anonymous~
    salam singgah... thnks atas peringatan tu... moga sama2 kita mhayatinya lalu segera ambil tindakan ke atasnya... insyaAllah...

    ReplyDelete
  8. jgn dilihat siapa yang berkata tetapi lihatlah apa yang dikata2kan nyer...hmmm...buat diri sendiri juga...trima kasih mengingatkan

    ReplyDelete
  9. stuju2... tapi masih ramai golongan manusia yg suka sgt2 melihat siapa yg berkata bknnya apa yg dikata... lebih musykil dgn iman org lain berbanding musykil dgn iman sendiri... seolah2 dia saja betul dan org lain walaupun berbuat baik tapi bagi puak2 ni... sentiasa ada yg tak kena dgn org lain... kdg2 diri sy pun tpengaruh dgn perangai buruk puak2... hrp2 Allah selamatkan kita dari terikut2 perangai puak2 ni... Amin...

    p/s:nama saya Ahmad Syahril...

    ReplyDelete
  10. salam
    sy tak boleh nak loading blog ni lama2
    msti kuar script error tu.
    kuar byk2 kali
    silap kt mana ek?

    ReplyDelete
  11. ok dah dibetulkan... blog ni mmg ada scripting error... try skali lg... ada lg tak??

    ReplyDelete
  12. hmm..tumpang mencelah sikit. Iman dalam hati tu ibarat pelita. Minyak kurang, tambahkan lagi agar sentiasa hidup. Lama2 pelita akan menerangi yg lain juga. ringkasnya..jgn cuba ubah manusia tp ubah diri agar jadi contoh.keduanya: banyak cakap banyk salah..simplenya jgn cari salah org, cari salah diri. ketiganya: tugas makhluk menyampai, hidayah hak Allah. Last but not least,jgn duduk dalam amarah, cari sakinah mantain mahmudah insyaallah muthmainnah. apa aku merepek daaaa..

    ReplyDelete
  13. anon~
    thnks atas perkongsian...

    sy setuju... kita mesti cari salah sendiri... jgn cari salah org lain... contohnya bila kita buat salah kita butakan mata... tapi bila org lain buat sesuatu... kita pulun habis cari salah dia... paling tak kita pertikaikan niat dia... sedangkan kita dah buat salah dgn berburuk sangka... kesalahannya itu pula dihalalkan...

    sy jg setuju... iman ibarat pelita... maka kita perlu ubah diri kita... maka menjadi contoh kpd yg lain... dan di sini suka sy nak tambah... sambil2 mengubah diri dan hijrah ke arah kebaikan (semua manusia sepatutnya terlibat sbb tiada manusia yg sempurna dgn kebaikan)... maka jgn laa dilupakan dgn org2 sekeliling kita... sampaikanlah walaupun satu ayat sekiranya kita tahu... selagi kita ada ilmu dlm perkara itu... maka perlulah kita sampaikan... betul tak? dan tak perlulah tunggu kita sampai lengkap ilmu baru nak sampaikan (mana ada manusia yg lengkap serba serbi ilmunya)... ini pdpt sy je... pepun sy stuju sgt dgn ayat "banyak ckp byk salah"... sbb Nabi dah pesan... mulut dan kemaluan laa punca utama manusia masuk neraka... tapi Nabi jg ada bersabda:“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia BERKATA YANG BAIK atau diam.”(Riwayat Bukhari dan Muslim)

    paling sy stuju... "jgn cuba ubah manusia... tugas makhluk menyampai... hidayah hak Allah"... mmg betul sgt2... sbb tiada upaya makhluk melainkan dari pertolongan Allah... jadi tugas kita adalah menyampaikan yg benar lah... tapi sbgai manusia yg masih terlalu jauh utk layak mendapat tempat di syurga... sekali sekala sy termakan hasutan syaitan dek lemahnya iman... maka oleh sbb itu entri ini ditulis... agar sy kwn2 dpt memberikan nasihat serta peringatan (contohnya cm sedara anon...thnkiu)... serta dapat mdoakan sy agar terus istiqamah dlm mencari keredhaaan Allah... sekaligus memperingati diri sy serta semua yg membaca agar patah smgt dlm menyampaikan kebenaran...

    yg plg sy tak stuju... sedara tak merepek pun... apa yg sedara ckp mmg byk benarnya... dan byk gunanya... bukan setakat utk diri sy... tetapi utk semua yg membaca... dan sudah tentu utk diri sedara jg... dan insyaAllah amalan ini akan membantu kita menjauhi golongan yg disumpah Allah sbg manusia yg berada dalam kerugian (dlm surah al-asr)...

    akhir kata... terima kasih byk2 sedara... hanya Allah mampu membalas kebaikan sedara... :)

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

    “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah dan janganlah kamu sekalian berpecah belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu semua ketika kamu bermusuh-musuhan maka Dia (Allah) menjinakkan antara hati-hati kamu maka kamu menjadi bersaudara sedangkan kamu diatas tepi jurang api neraka, maka Allah mendamaikan antara hati kamu. Demikianlah Allah menjelaskan ayat ayatnya agar kamu mendapat petunjuk” (Ali Imron ayat 103)

    ReplyDelete
  15. saya nak copy untuk perkongsian dengan sahabat. .mohon halalkan yek .. menyukai karya inj

    ReplyDelete