Daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah saw. bersabda: “Jika ada seseorang berkata: “Orang ramai (sekarang ini) sudah rosak”, maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka”. [H.R. Muslim]

Friday, January 22, 2010

BERSIAP SEDIA UNTUK MENJADI AYAH

Aku berminat untuk berkongsi kiriman e-mel dari seorang sahabat... walaupun sekarang masih belum ada tanda-tanda kedatangan 'orang baru' dalam hidup aku... namun aku berpendapat... tak salah membuat persiapan awal untuk bergelar seorang ayah... tak gitu?

Berikut adalah kandungan e-mel tersebut...

------------------------------------------------------------------------------------------------
RAHSIA JADI AYAH YANG BERKESAN
15 Feb 2006
Endok Sempo Mohd Tahir

BEBERAPA kajian menunjukkan bahawa kehadiran ayah menyumbang terhadap kejayaan anak dalam setiap fasa kehidupan mereka. Kajian itu disimpulkan dalam Father Facts, Edisi Ketiga (1998), antaranya:

* Bayi yang mempunyai ayah yang selalu bersama-sama anaknya di lapan minggu pertama, lebih berkemampuan menangani tekanan di alam persekolahan.

* Anak yang rapat dengan ayahnya pada zaman kanak-kanak menjadi ejen ‘penyelesai masalah’ yang baik apabila dewasa berbanding kanak-kanak yang tidak dipedulikan oleh ayahnya.

* Apabila anak lelaki dan perempuan dididik dan dibelai oleh ayahnya serta sentiasa di sampingnya, sikap mereka apabila dewasa menjadi lebih berinisiatif dan mampu mengawal diri.

* Kanak-kanak yang mempunyai hubungan rapat dengan ayahnya ketika zaman tumbesarannya akan menjadi seorang remaja dan orang dewasa yang seimbang.

Kajian menunjukkan kekosongan daripada belaian kasih ayah mempunyai hubungan rapat dengan pelbagai permasalahan gejala sosial dan prestasi pembelajaran anak-anak. Anak yang tidak tinggal dengan ayahnya menunjukkan gejala seperti di bawah:

* Lima kali lebih teruk prestasi pembelajaran.

* Tiga kali lebih ramai yang mengandung tanpa nikah.

* Lebih 50 peratus kemungkinan keciciran dalam pembelajaran, terbabit dengan gangsterism, penyalahgunaan dadah dan jenayah juvana.

(Sumber: Pusat Kebapaan Kebangsaan)


TUJUH RAHSIA MENJADI AYAH YANG BERKESAN.

Ramai lelaki terbilang berjaya dan berbangga kerana menjadi seorang ayah cemerlang dan berkesan. Menurut kajian Dr. Ken Canfield, pengasas dan juga Presiden Pusat Kebapaan Kebangsaan dalam penyelidikannya mengenai ‘kebapaan’ ada tujuh rahsia menjadi ayah yang berkesan:

* Bapa yang komited dan bertanggungjawab.

Jalankan tugas bapa dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab. Kenalpasti apakah tugas anda sebagai bapa dalam rumah tangga. Tunjukkan dan beritahu anak bahawa anda juga ada tugas dalam rumahtangga, di samping ibu mereka.

Anda bukan hanya bertugas di luar. Sekali-sekala berikan mereka peluang untuk mengutarakan pandangan atau menegur anda jika terlupa atau terlalai melakukan tugas anda di rumah.

Selalu memeriksa dan memantau apakah anda telah melaksanakan tugas di rumah. Bayangkan ‘hadiah’ atau ‘anugerah’ yang bakal didapati (sama ada di dunia atau akhirat) jika anda menjadi ayah cemerlang!

* Kenali anak anda.

Ambil masa untuk mengenali secara khusus keunikan dan kualiti anak anda. Libatkan diri dalam dunia mereka, hadiah yang mereka sukai, ketakutan, kekecewaan, malah impian dan cita-cita mereka. Cuba ingatkan semua nama kawan mereka serta pembawaan masing-masing.

Kenalpasti apa yang selalu mengecewakan, ditakuti, dibenci, paling memalukan, serta yang boleh memberi motivasi dan perangsang kepada mereka.

* Istiqamah (tetap pendirian)
Apabila anak tahu apa yang bapa mahukan, mereka akan lebih berasa yakin serta boleh menyesuaikannya dengan kehendak anda. Jadi, istiqamah, tetap pendirian serta konsisten.

Ada enam tempat anda perlu konsisten iaitu hadkan perubahan mood (jangan terlalu mengikuti perasaan); sentiasa ada di rumah (selalu menghadirkan diri dalam acara kekeluargaan); kotakan apa yang dikata, bukan cakap tidak serupa bikin; sentiasa menjaga moral dan adab sopan; mempunyai atur cara kehidupan teratur serta ada hobi dan kegemaran baik yang boleh dilihat dan diikuti.

#tambahan dari aku: bapa kena istiqamah dalam melaksanakan tuntutan agama... termasuklah solat berjemaah di masjid atau surau... membaca al-Quran... solat SUNAT berjemaah bersama keluarga... dan lain-lain...

* Melindungi, menyara, dan mendoakan.

Sediakan suasana dan rasa selamat dalam rumah dengan memberikan respon yang positif setiap kali berlaku krisis dan permasalahan dalam rumah. Paling penting anda memberikan saraan yang cukup kepada mereka. Bapa tidak boleh menghalang berlakunya krisis, tetapi tindakan anda ketika berlaku krisis dan mengembalikan suasana normal, sebenarnya ‘mengajar’ anak menangani krisis. Jangan lupa doakan untuk anak selepas solat.

* Mencintai ibu mereka.

Zahirkan cinta anda kepada isteri anda di depan anak untuk menunjukkan satu hubungan suami isteri yang intim dan bermakna. Jadikan diri anda sebagai anggota dalam pasukan ‘keibubapaan’, bukan hanya ibu. Inilah langkah dan hadiah terbaik untuk anak.

Dalam jangka panjang, anak mendapat manfaat yang sangat bernilai daripada hubungan ibu bapa yang hormat-menghormati, bekerjasama, dan berkasih sayang.

* Menjadi pendengar yang baik

Sedarlah bahawa anak mudah tersesat atau terpesong dalam arus dunia. Dengar apa yang mereka katakan dan apa yang tidak terluahkan. Tunjukkan kepada mereka bahwa mereka ‘berhak’ untuk didengari dan diberi perhatian.

* Jadikan diri anda ‘pemimpin’ kerohanian. (#aku: sepatutnya ini yang pertama)

Beri peluang anak anda mengenali Allah (#aku: ini yang paling utama... ilmu akidah) dengan menunjukkan ‘keimanan’ dan amal harian anda yang selari dengan tuntutan agama. Bersolat bersama-sama dan jadi imam dalam solat lima waktu di rumah (#aku: solat fardhu mesti berjemaah di masjid atau surau bagi lelaki kecuali ada keuzuran... solat sunat tidak menjadi masalah). Bawalah mereka bersama-sama menunaikan solat berjemaah di masjid. Selalu bercerita mengenai makhluk yang dicintai Allah di bumi dan langit.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Demikianlah artikel yang dikirimkan oleh sahabat saya itu... moga sedikit sebanyak dapat diambil manfaat daripadanya...

Di samping itu... atas permintaan murid-murid aku... juga beberapa sahabat aku... untuk aku meletakkan gambar perkahwinan aku untuk dikongsi bersama... walaupun kebanyakannya meminta aku untuk "upload"kan gambar ke friendster dan facebook... namun... disebabkan kesuntukan masa... maka aku letakkan beberapa gambar di blog ini terlebih dahulu... yang lain insyaAllah bakal menyusul... mohon doa dari semua untuk kebahagiaan kami... Wassalam...











p/s: Internet terlalu perlahan... maka... gambar ini sahaja yang dapat dikongsi... harap maaf...

p/s2: Klik pada gambar untuk besarkan imej...

10 comments:

  1. isteri syah sangat cantik... :) bulu mata nyer..jeles ai...hahaha

    ReplyDelete
  2. ops lupa..pasal ayah tu...saya nak tmbah satu...mgkin dah ade cuma kupasan sket...(ni input mase blaja kauseling kanak2 dlu)

    anak prmpuan yang membesar cukup dgn pujian dari seorang ayah akan kurang kemungkinan untuk mendapatkan perhatian dan pujian secara gedik2an dari lelaki2 yang tak sepatutnya...(sori bahasa tah hape2)

    anak prmpuan yang mndapat perhatian ckup dari ayah juga walopun tak rapat...dia akan cnderung memilih pasangan seperti ayah die juga

    anak lelaki yang mendapat perhatian ayah...akan membesar sebagai lelaki yang jantan..kalau perhatian mak die lebih gentleman..so kena seimbang...

    ini kajian dan teori sahaja...wallahuaklam

    p/s : krim salam assalamualaikum dari saya unt isteri syah...tak pe,lambat sket org ketiga leh bulan madu lame sket... :)

    ReplyDelete
  3. salam.
    lahh..ingatkan dah nak dapat baby tadi =)
    yup doakan kebahagiaan berpanjangan.

    nice artikel btw.

    ReplyDelete
  4. wahh romantiknye ^^
    moga cpt2 jd ayah..he

    ~akuhamba~

    ReplyDelete
  5. bg sy laa... yg penting kecantikan hati... sy suka dia sbb hati dia cantik...

    psl bulu mata... dlm Islam... haram pakai bulu mata palsu... Rasulullah s.a.w. menegaskan: “Allah melaknat wanita yang menyambung rambutnya dan meminta rambutnya disambung.” (H.R. Bukhari)... based on kaedah qiyas (anologi)... sama laa ngn bulu mata palsu... termasuk dlm mengubah ciptaan Allah... tak kira laa sekadar hajat atau nak penuh permintaan org... kecuali atas sesetengah kes terpencil (sila rujuk ustaz)...

    dia pakai time akad je... lepas akad je sy nasihat dia... alhamdulillah dia dpt terima... terus tak pakai lepas tu... dan alhamdulillah dia dah wat solat sunat taubat... moga Allah ampun dosa...

    ReplyDelete
  6. she-G~
    kajian dan teori yg ada relevannya... insyaAllah boleh digunapakai...

    isteri jwb blk waalaikum salam wbt... kami hari2 bulan madu... hehehe...

    ReplyDelete
  7. lynn gudigudi~
    thnks atas doa awk... sy sebut... AMIN...
    artikel ni sy copy paste je...

    akuhamba~
    tima kasih... :)

    ReplyDelete
  8. oh..bulu mata palsu ke??sehari tu jer pakai..tak pe kot..hehehe...

    tak pakai pun mase kawen...huuu...mak tak kasi...hehe...

    p/s:solan..nak tahu..katakan lau permintaan suami camna???cam suami suka lau isteri berbulu mata lentik tp die tak de..so pakai y palsu..ataupun cam dalam paper hari tu...besarkan dada sbb nak rukunkan rumahtgga kes suami suka...tu kira camna ya???nak tahu

    ReplyDelete
  9. she-G~
    bulu mata dia mmg dah elok... dah lentik... tapi sbb org mekap tu pujuk2 dia pakai... dia pun pakai laa... alasan dia... sehari je... bkn selalu pon... tapi... kalo alasan setakat cmtu... tetap haram pakai... tak elok laa kata takpe kot... sbb bila Allah larang maksudnya berdosa... Allah tak suka... kalo ngn manusia pon... kalo benda yg dia tak suka kita tak bleh wat... apatah lg ngn Tuhan... jgn katakan sehari je... sesaat pun kita tak patut langgar larangan Tuhan...

    bgus laa alhamdulillah kalo awk tak pakai mase kawen dulu...

    sepengetahuan sy... ulama'2 hanya memberi pengecualian kepada larangan pakai bulu mata palsu ni... iaitu bagi mereka yang mengalami kecacatan ke... penyakit ke... or kemalangan yang menyebabkan kehilangan bulu mata asal ke... yg bleh bwk kpd aib serta penghinaan... rasa malu dan rendah diri... smpai tganggu pjalanan hidup... so golongan ni dikecualikan...

    kalo permintaan suami eh... ok... sy baru je sembang ngan ustaz (Ustaz Bustomi bin Abdullah) smlm... dia ckp ada ulama' yg kata harus... ada yg ckp haram... yg harus atas alasan nak mjaga kerukunan rumahtangga... stlh dgr hujah ustaz tu... maka sy kuat utk bpegang kpd... HARAM... tetap tak boleh... semua permintaan suami wajib ditunaikan KECUALI YANG BERTENTANGAN DGN PERINTAH ALLAH...

    isteri tak bleh berhias dgn perkara yg diharamkan oleh Allah... nak paham mudah je... Allah larang kita tgk aurat org lain... tapi suami ajak bini tgk cd blue (lucah) utk naikkan ghirah time jimak... suami suka tapi Allah benci... so cmne? sape patut kita ikut??? mesti laa Allah... so kalo Allah ckp HARAM pakai bulu mata palsu... suami ckp suka... so sape patut ikut? dah tentu Allah... suami yg baik dan soleh... takkan suruh isteri wat benda yg Allah larang... kecuali dia masih jahil bab agama (kalo jahil mesti kena tuntut ilmu laa)...

    ReplyDelete
  10. Dalil yang sy pegang:

    1) Allah s.w.t. berfirman: “Apa-apa yang didatangkan Rasul maka ambillah, dan apa yang dia larang, tinggalkanlah" (Surah al-Hasyr: 7)

    2) Rasulullah s.a.w. bersabda: “Allah melaknat wanita yang menyambung rambutnya dan meminta rambutnya disambung.” (H.R. Bukhari)

    3) Sahih daripada Aisyah r.a. bahawa seorang wanita Ansar menikahkan anak wanitanya lalu menyambung rambutnya. Wanita itu datang menemui Nabi s.a.w. dan menceritakan hal tersebut pada beliau sambil berkata: “Sesungguhnya suaminya memerintahkan untuk menyambung rambutnya.” Maka bersabda Rasulullah: “Tidak boleh kerana sesungguhnya orang yang menyambung rambut itu dilaknat."

    ReplyDelete