BAB 1 - SERANG-MENYERANG TEMPAT IBADAT
DALIL :
Allah s.w.t. berfirman yg bermaksud, “Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agama-Nya; sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Kuasa. (Surah al-Baqarah : 251)
KOMEN AKU :
Amat jelas bahawa Allah melarang kita menceroboh tempat ibadat agama lain... apatah lagi melakukan kerosakan tanpa alasan konkrit... walaupun masih belum jelas siapa yang bertanggungjawab melakukannya (kerana mungkin juga kejadian ini merupakan propaganda serta provokasi pihak musuh Islam)... namun... sekiranya penyerangnya merupakan umat Islam sendiri... aku berasa sangat kecewa... kerana secara tak langsung mereka telah merosakkan imej suci Islam... dan mengabaikan larangan Allah... salah cara begitu... lebih kurang bak kata kawan baik aku... blogger Parkchick... dakwah ni umpama peperangan... terbaik adalah kita jangan kalahkan mereka tapi menangilah hati mereka...
BAB 2 - TAK SALAH ORANG BUKAN ISLAM SEBUT KALIMAH ALLAH
DALIL :
Firman Allah yang bermaksud, “Dan Demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: “Siapakah yang menciptakan mereka?” Sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah!”. (Jika demikian) Maka bagaimana mereka rela dipesongkan? Dan (Dialah Tuhan Yang mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman!” (Surah al-Zukhruf : 87-88)
DALIL :
Firman Allah yang bermaksud, “Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” Sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (Wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal (untuk memahami tauhid) (Surah al-Ankabut : 63)
KOMEN AKU :
Ada yang begitu sensitif sampai mengharamkan terus orang kafir menyebut nama Allah... mereka dengan lantang (moga-moga bukan sekadar tin kosong) menyatakan hanya muslim sahaja yang boleh guna KALIMAH ALLAH... bagi aku mereka ini keliru sebenarnya... sila rujuk dalil di atas... Allah menyuruh Nabi s.a.w. mengucapkan "Alhamdulillah" kerana golongan musyrik menyebut Allah... mengaku Allah yang menurunkan hujan dari langit... maka... kalimah Allah bukan hanya eksklusif untuk orang Islam sahaja... takkan apabila mereka mengaku Allah turunkan hujan... tiba-tiba anda ingin marah dan melarang mereka membuat pengakuan tersebut... sila berfikir dengan tenang lagi waras dan tanpa sebarang emosi serta sentimen... tolong bersikap rasional...
BAB 3 - KENAPA MESTI TIDAK BERSETUJU DENGAN AKHBAR KATOLIK HERALD?
DALIL :
Firman Allah yang bermaksud, “Sesungguhnya telah kafirlah mereka yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah salah satu dari yang tiga (triniti)”. Padahal tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan Yang Maha Esa..." (Surah al-Maidah : 73)
DALIL :
Allah s.w.t. berfirman yg bermaksud, “Katakanlah: “Dialah Allah, Yang Maha Esa (Tunggal)”. “Allah ialah tempat untuk bergantung kepadaNya segala urusan”. “Dia tidak beranak dan tiada pula diperanakkan”. “Dan tidak ada suatu pun yang setara dengan Dia”." (Surah al-Ikhlas : 1- 4)
KOMEN AKU :
Bagi yang terlalu emosi dan kuat sentimennya... dia pasti akan menghukum aku apabila membaca BAB 2 di atas... dengan menuduh aku menyokong penggunaan KALIMAH ALLAH bagi menggantikan nama Tuhan mereka... tapi mereka telah tersilap besar kerana menuduh serta bersangka buruk... sebenarnya... aku amat TIDAK BERSETUJU dan MENENTANG SEKERAS-KERASNYA Herald menggantikan nama Tuhan mereka dengan nama Allah... alasannya cukup jelas... sebab mereka MENYEKUTUKAN ALLAH... rujuklah dalil-dalil di atas... malah... aku juga mempunyai sedikit rasa tidak sedap hati kepada tujuan sebenar tuntutan mereka ini... berkemungkinan juga mereka ada agenda tersembunyi yang memerlukan kita berhati-hati... namun... selagi mereka menggunakan KALIMAH ALLAH dengan betul... maka aku tak akan sesekali membantah...
BAB 4 - KALIMAH ALLAH BUKAN SEKADAR UNTUK DIPERTAHANKAN
DALIL :
Allah s.w.t. berfirman yg bermaksud, “Sesungguhnya orang-orang yang benar-benar beriman adalah mereka-mereka yang apabila disebutkan KALIMAH ALLAH gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, bertambah (kuat) iman mereka, dan hanya kepada Tuhan mereka, mereka bertawakal.” (Surah al-Anfal : 2)
KOMEN AKU :
Aku kagum dengan sensitiviti orang Islam di Malaysia ni... kerana begitu ramai yang bersungguh-sungguh dalam isu KALIMAH ALLAH ini... namun apa yang aku harapkan... JANGAN HANYA SEKADAR GAH MEMPERTAHANKAN NAMA ALLAH tetapi hakikatnya suruhan Allah diabaikan... larangan Allah disondolkan... kesukaan Allah diletak ke tepi... PERTAHANKANLAH KALIMAH ALLAH DENGAN SEBENAR-BENARNYA... bukan hanya pada nama...
BAB 5 - TEKNIK UNTUK BERDEPAN DENGAN SITUASI BEGINI
DALIL :
Allah s.w.t. berfirman yg bermaksud, “Wahai manusia bertaqwalah kepada Rabb kalian yang telah menciptakan kalian dari diri yang satu dan daripadanya Allah menciptakan isterinya dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak, dan bertaqwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain dan (peliharalah) hubungan silaturrahim, sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.” (Surah an-Nisaa’ : 1)
DALIL :
Firman Allah yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman bertaqwalah kalian kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan janganlah kalian mati kecuali dalam keadaan Islam.” (Surah Ali Imran : 102)
DALIL :
Firman Allah yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman bertaqwalah kalian pada Allah dan katakanlah perkataan yang benar, nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. dan barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya dia telah mendapat kemenangan yang besar.” (Surah al-Ahzab : 70-71)
DALIL :
Firman Allah yang bermaksud, “...tetapi mereka senantiasa berselisih pendapat kecuali orang-orang yang diberi rahmat oleh Tuhannya.” (Surah Huud : 118-119)
DALIL :
Allah s.w.t. berfirman yg bermaksud, “Dan janganlah kalian saling berselisih yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu.” (Surah al-Anfaal : 46)
DALIL :
Allah s.w.t. berfirman yg bermaksud, “Dan berpegang teguhlah kamu semua kepada tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai berai.” (Surah Ali Imran: 103)
DALIL :
Dari Anas bin Malik r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, mafhumnya:
“Dan jadilah kalian hamba Allah yang saling bersaudara.” (Riwayat Bukhari)
KOMEN AKU :
Ikutlah saranan yang telah Allah berikan dalam al-Quran... maka rujuk dalil-dalil di atas... insyaAllah... kalau sentiasa usaha untuk perkukuhkan akidah kita... sentiasa menambahkan ilmu (terutamanya ilmu agama)... dan melaksanakan amalan dengan berkualiti lagi istiqamah (berterusan)... moga-moga Allah selamatkan kita dari fitnah ini... moga redha Allah sentiasa kita peroleh... Amin...
p/s : Aku sekadar menyatakan pendapat aku berdasarkan ilmu yang aku peroleh dari ustaz-ustaz yang memberi kuliah dan disisipkan dengan secebis ilmu yang Allah pinjamkan kepadaku... anda bebas untuk bersetuju apatah lagi untuk tidak bersetuju... hakikatnya inilah yang aku sedang yakini... maka harapan aku agar sekiranya ada perbezaan pendapat... berlapang dadalah...
alhamdulillah..akhirnya kua gak entri pasal ni..laa dah tunggu..nak suh syah wat cam tak kene jer...bukan pe.nak pandangan org yang lebih memahami sbnrnya(dari pdgan mata saya saudara lebih arif dari saya ni)
ReplyDeletememula kes ni tersebar...cam konfius..sy jus pk scara logik..bagus la lau bukan muslim nak sebut ALLAH tp..bimbang lau bnda tu diputar belitkan..kot nnti org yang kurang paham akan paham cara lain..(bg org cam awk mgkin ok la)
mgkin..mgkin nnti diorang akan pk yang ALLAH ni ade dalam mana2 agama dan mean kalo anut agama lain pun tak pe...ALLAH kan ade jg kat sana???ni jus pndapat saya la...tp bila baca entri ni..saya dah tak rasa konpius daa...cuma nak menrangkan dgn betul tu mgkin bukan tahap saya..harap bnda ni ada kebaikannya..dan dijauhkan dari keburukan
pjg lak komen...hmmm...trasa lak kekurangan diri ini..hmmm
bla nak buang countdown kawen tu???
ReplyDeletealhadulillah dah kawen..
cik epal~
ReplyDeletejgn lupa usaha bersungguh2 dulu baru bleh tawakal...
she-G~
sbnrnya bkn semua pdgn sy ni bleh pakai... kalo konfius bleh laaa rujuk ustaz ustazah... psl isu ni... mmg ramai org awam yg konfius... sy asalnya pun konfius... dats y diam dulu... bagi betul2 phm 1st... faham kronologi dulu... pastu baru bleh bg pdpt... komen pjg takpe... sy pon jenis komen pjg gak :P
she-G~
ReplyDeleteooppss tak perasan lak tak buang lg countdown tu... hehehe tapi bila pk2 blk... takpe kot simpan... bleh tau dah berapa lama dah kawen... baru isteri impress nanti... hehehe...
ada perkara yg lebih perlu dibimbangkan, usaha2 depa ni utk merebut kalimah Allah dari hati kita sebenaqnya lebih dahsyat dan terus berjalan. Yang ni yg perlu diberi perhatian yg sgt2
ReplyDeleteparkchick~
ReplyDeleteaku stuju ngn apa yg hg ckp... kita ni asyik dok pulun kecoh psl usaha depa rebut kalimah Allah atas kertas... smpai tlupa yg kalimah Allah dah makin hilang dari hati kebanyakan kita... mmg tlampau bahaya... nasib baik hg sentuh... tima kasih atas pkongsian...
stuju....hehehe..tetiba jer stuju...hmmm..
ReplyDeletep/s : trima kasih sbb memberi maklumat berguna pad orang yang kurang ilmu ini..hmmm...sedih lak
(dah tau kurang tak reti2 lak nak menambah.hahaha) smoga dgn ade blog2 cam syah ni leh bantu sy tak lansung
35 hari..still dalam honey2 time...smoga sntiasa honey rumahtngga...insya ALLAH
ReplyDeletepehal tetiba stuju nih??? hehehe...
ReplyDeletep/s : sy ni pun byk yg kurg lg... ilmu tak lengkap... kalo tak tau... kena laa byk tanya pada yg lebih arif... yg tbaik sila laa rujuk ustaz / ustazah... tak pon rujuk ngn parkchick... hehehe...
p/s2 : hari ni dah hari ke 36 dah... hehe...