Aku tidaklah petah bercerita… namun ingin juga aku coretkan sesuatu di sini untuk menzahirkan rasa syukurku kepada-Mu ya Allah kerana telah mengurniakan seorang isteri yang sangat sempurna dari kaca mata aku… maafkan suamimu kerana kelu lidahku untuk menghamburkan pujian di hadapanmu… insyaAllah akan aku usaha untuk menjadi suamimu yang soleh agar sama-sama mengecap keredhaan Allah di dunia dan di akhirat… khabarkan pada ayah mertuaku Ustaz Md. Radzi dan ibu mertuaku Puan Saodah… dengan izin Allah… aku akan menjaga baik anak mereka dengan sedaya upayaku… juga mohonlah mereka… restuilah rumahtangga kita…
Berikut adalah beberapa perkara yang ingin ku luahkan padamu…
1) Aku bersyukur kerana diizinkan Allah untuk memperisterikanmu… dan Allah telah mempermudahkan segala urusan perkahwinan kita… walaupun aku bukan orang yang kaya-raya… tak mampu untuk menyaluti hidupmu dengan kekayaan… namun… mulutmu sentiasa dengan ucapan syukur dengan jodoh ini… engkau sentiasa bersyukur dengan keadaan diriku yang penuh kelemahan… engkau menerimaku dengan seadanya…
Nabi Muhammad s. a. w. bersabda (bermaksud): "Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada seorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya."
2) Engkau dan keluargamu telah banyak membantu dalam memudahkan urusan perkahwinan kita ini… terutamanya urusan peminangan dan mahar… ucapan jutaan terima kasih aku sekeluarga kepada kamu… semoga kamu mendapat keberkatan sebagaimana sabdaan Nabi s.a.w. yang bermaksud, "Sesungguhnya di antara keberkatan wanita ialah kemudahan peminangannya dan kemudahan maharnya." (Riwayat Ahmad)
3) Aku berkahwin denganmu… ku akui atas cintaku padamu… namun yang paling utama… ku telah berusaha untuk disisipkan dalam hati bahawa perkahwinan ini adalah untuk mengikuti sunnah Rasulullah… seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Majah… daripada Aishah r.a. berkata, bersabda Nabi S.A.W. : "Perkahwinan itu adalah sunnahku, sesiapa yang tidak suka mengikut sunnahku, maka bukanlah dia daripada golongan umatku."
4) Masih ku simpan “sms”mu… yang menguatkan kembali semangatku tatkala dalam kesusahan dalam usaha untuk memperisterikanmu… tatkala aku rebah lemah tiada daya untuk bangun… pesanan yang akan kusematkan dalam jiwaku insyaAllah… katamu… Firman Allah, maksudnya: "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah al-Baqarah; 216)… dan katamu lagi… sabda Nabi S.A.W. : "Sesiapa yang meninggalkan berkahwin kerana takut miskin, maka bukanlah dia daripada golonganku." (Riwayat Abu Daud)
5) Sesungguhnya aku kini amat bahagia bersamamu… setelah aku memperisterikanmu… dengan pertimbangan yang sewajarnya ke atas sifat-sifat yang ada pada dirimu… menepati saranan Nabi kesayangan kita Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Dikahwini seseorang perempuan itu berdasarkan 4 perkara, kerana kekayaannya, kecantikannya, keturunannya, dan kerana agamanya, maka utamalah pemilihan perempuan yang beragama, pasti kamu akan mendapat keuntungan."
6) Setelah bersamamu… pada zahir mataku… ku lihat betapa kamu berusaha untuk menjadi isteri yang solehah… kamu begitu taat pada perintah Tuhanmu… begitu bersungguhnya kamu untuk menawan hati suamimu… engkau begitu taat dengan perintahku… ajakanku untuk bersolat sunat berjemaah engkau turuti dengan wajah yang gembira… panggilanku kau sahut dengan jawapan manja… pelbagai permintaanku kau tunaikan tanpa muncung di muka… aku sebagai suamimu amat redha… moga Allah izinkan kau masuk syurga dari pintu mana pun yang kau suka… Nabi s.a.w. ada bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai". (Riwayat Ahmad)
7) Sepanjang kita melayari bahtera… tidak pernah ku melihatmu tanpa senyum di muka… tak kira masa… waktu memasak, mengemas, membaca, mahupun sedang sakit derita… kuntuman senyummu tetap sampai ke telinga… hilang letihku memandang wajahmu yang ceria… kalau aku marah pun boleh hilang begitu saja… aku amat redha… syukur pada-Mu Yang Maha Esa… aku doakan kamu tergolong dalam golongan isteri... sebagaimana yang Rasulullah bersabda: "Mahukah aku beritahukan kepada kalian, isteri-isteri kamu yang menjadi penghuni syurga ialah isteri yang penuh kasih sayang, banyak anak, selalu kembali kepada suaminya. Di mana jika suaminya marah, dia mendatangi suaminya, dan meletakkan tangannya pada tangan suaminya seraya berkata: "Aku tak dapat tidur sebelum engkau redha". (Riwayat al-Nasai) dan ingin memperingati kamu dengan hadith ini… Nabi saw. bersabda, yang bermaksud: “Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya."
8) Aku amat suka akan reaksi senyuman dan lirikkan manjamu apabila aku membacakan hadith ini… Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya: “Suami adalah penjaga
(pemimpin) terhadap kaum keluarga dan dia dipertanggungjawabkan terhadap
orang-orang di bawah jagaannya, dan isteri adalah penjaga (pemimpin) di dalam
rumah tangga suaminya dan anak-anaknya dan dipertanggungjawabkan
terhadap orang-orang yang di bawah tanggungannya.” (Riwayat Bukhari)
9) Aku juga suka tindakanmu apabila menasihatimu bahawa hukumnya haram bagi sesiapa yang memakai bulu mata palsu… yang kau pakai sewaktu majlis akad nikah kita… Rasulullah s.a.w. menegaskan: “Allah melaknat wanita yang menyambung rambutnya dan meminta rambutnya disambung.” (Riwayat Bukhari)… lantas kau buang dan tanpa membuang masa engkau bersolat sunat taubat 2 rakaat… lalu aku cuma mampu untuk mengucapkan Alhamdulillah… kerana… Abu Daud, Ibnu Majah, Ahmad, dan Tirmizi pernah meriwayatkan daripada Abu Bakr al-Siddiq r.a. bahawa beliau berkata: "Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidaklah seorang hamba melakukan perbuatan dosa, kemudian ia mengelokkan wuduk dan solat dua rakaat, kemudian meminta keampunan kepada Allah, melainkan Allah pasti akan mengampuni baginya”.
10) Nasihatku buat isteriku… jagalah dirimu dengan sebaik-baiknya… taatlah pada perintah Allah… ajaran Rasul… dan taatlah pada suamimu… pada zahir mataku engkau amatlah sempurna.. maka aku nasihati dirimu agar selaraskanlah zahir dan batin… tak kira di hadapan mahupun di belakangku… Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: "Wanita (isteri) solehah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada dikeranakan Allah telah memelihara mereka." (Surah al-Nisa': 34)
Demikianlah luahan hatiku… walaupun masih banyak yang terbuku… namun… cukuplah setakat ini untuk waktu ini… sesungguhnya… perkahwinan itu memang indah… aku kini sedang merasainya dan berharap agar kemanisan ini berkekalan… mohon doa dari kalian…
Allah berfirman yang bermaksud: “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir" (Surah ar-Ruum : 21)
Nabi s.a.w. bersabda: "Kamu sampaikan kepada perempuan yang kamu jumpa, bahawa taatlah kepada suami, dan mengakui hak-hak suami, nescaya sama pahalanya dengan berperang dan bertempur dengan musuh-musuh Islam di medan pertempuran. Sungguhpun begitu sedikit sangat daripada isteri-isteri yang menyempurnakan hak-hak suami mereka." (Riwayat al-Bazzar)
terharu..
ReplyDelete~akuhamba~
akuhamba~
ReplyDeleteaku sbg suami lebih terharu... syukur pada Allah... moga nikmat ini berkekalan hingga ke akhir hayat... amin...
insya ALLAH...smoga bukan untuk 47hari cuma..harapnya hingga 47tahun..47 dekad nnti pun sntiasa begini...insya ALLAH
ReplyDelete*hmm...lelaki mmg payah nak bagi pujian yer..sedangkan itulah harga termahal bagi sorang isteri mahukan...owh..nnti nak suh abg anta surat bunga2 gak ar..hahaha
kerana awak selalu memberi semangat dan kata2 peransang kepada saya, maka saya melantik awak menjadi mamanda bendahara kerajaan saya ni..seseungguhnya saya sangat menghargai segala nasihat dari awak..berbanyak2 terima kasih saya ucapkan kerana banyak menyedarkan saya atas banyak benda yang saya lupa dan tidak tahu..maklumlah saya ini jahil orangnye..tapi dengan bantuan dan nasihat dari awak insyalah sya berharap suatu hari nanti saya akan menjadi seorang yang lebih baik dan lebih baik..terima kasih..
ReplyDeleteshe-G~
ReplyDeletememula heran cmne dia ni tau dah brapa lama aku kawen... last2 baru tingat... hohoho... tak suma laki pandai memuji... dan ramai jgk sebenarnya amat bijak memuja...
miss oren~
Allah berfirman, “Demi masa! Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka berpesan-pesanan dengan kebenaran serta berpesan-pesanan dengan kesabaran”. (Surah al-Asr: 1-3)
huk..nak menangis dah ni
ReplyDeleteaishah~
ReplyDeletejgn nangis... kang sy pon nangis gak... huk huk (mula bergenang air mata ini)... hehehe...