Daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah saw. bersabda: “Jika ada seseorang berkata: “Orang ramai (sekarang ini) sudah rosak”, maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka”. [H.R. Muslim]

Thursday, February 18, 2010

ANUGERAH JUARA LAGU YANG DIBANGGAKAN OLEH ***...

Aku dapat ini dari e-mail aku... maka aku "copy paste" untuk perkongsian... sebab intipatinya macam menarik untuk dikongsikan...

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Apa yang ingin dipaparkan adalah tujuan untuk mengetahui apakah tujuan dan kenapa diadakan..

Dunia sudah dipenghujung Masa..

Mari kita bangkit demi Agama kita yang kita cintai..



Minggu lepas, blog Jejaki Tinggalan Rasul (JTR) mengajak anda memerhati dalam Negara kita sendiri apa yang telah dilakukan oleh si Antichrist berkaitan dengan senibina KLCC. Terdapat pelbagai clue-clue menarik yang sangat memeranjatkan bagi mereka yang asing dalam dunia penuh penipuan ini. Kali ini saya pula ingin mengajak anda, selepas anda gembira dan puas menonton Anugerah Juara Lagu ke 24, mengenai apa yang ada pada malam AJL 24 dengan tema Origami tersebut?

Saya tidak mahu berkata mengenai dosa atau tidak diadakan program seperti itu kerana saya tahu anda lebih arif mengenainya. Apa yang membuatkan jari jemari saya menekan papan kekunci di laptop ini adalah untuk memberitahu dan berkongsi dengan anda illuminati sial ini memang sudah lama wujud di tanah air kita. Cuma sejak-sejak kebelakangan ini, mereka seolah sengaja menampakkan wajah mereka yang ditutupi ‘kain hitam’ itu.

Cadangan: Adalah lebih baik kalau anda boleh tonton kembali AJL 24 di website www.tv3.com.my selepas anda baca apa yang saya dapati dari siaran tv tersebut.

1) Pertama sekali, sila perhatikan gambar dibawah ini;




Apa persamaan dengan scene yang disnapshot ini?



Adakah ini satu kebetulan? 2) Yang kedua, anda juga mungkin dapat lihat apa persamaan penari-penari ini dengan salah satu dari kerabat-kerabat firaun yang dipercayai oleh mereka mempunyai suatu yang berkuasa?




Mungkin anda tidak hairan kerana sudah terlalu banyak kostum ala-ala bangsawan firaun selalu dipakai dalam acara-acara sebegini. Tapi, mengapa ingin dipertontonkan sangat si firaun yang telah dilaknat ini? Untuk mengetahui jawapannya, anda perlu buka fikiran anda dan fikirkan tentangnya…

3) Yang ketiga, Alyah yang merupakan finalis AJL 24 mengenakan gaun merah ala-ala lady in red.



Jadi apa yang dipakai oleh Alyah? Mungkin ada di antara kita kurang senang dengan persamaan ini, terpulang kepada anda. Bagi saya ini merupakan satu rancangan tertutup dan saya juga percaya yang di atas pentas itu juga tidak tahu menahu mengenai semua ini. Kebetulan? saya kata tidak.
Jom kita lihat apa yang seterusnya. Anda mungkin ada yang sudah tahu mengenai the Master Carpet, turut dikenali sebagai Checkered Floor, tetapi bagi yang belum tahu, sila ambil tahu. Ini adalah gambaran jelas mengenainya.




Adakah ia juga ada di AJL 24? Ya, memang ada.






Kenapa dihamparkan juga? Ini juga terdapat di tali pengikat gitar yang dipakai oleh Bunkface dan beberapa orang guitarist yang lain. Cuba lihat gambar di atas.

Dan apa pula ini?


Apa persamaannya?


Ini adalah merupakan logo salah sebuah kumpulan nyanyian di Malaysia. Anda dan saya mungkin sudah sebati dengan nama Search. Terlalu ketara persamaannya. Saya tidak perlu menulis panjang kerana anda telah berfikir dan terfikir apa yang saya akan tulis. Pembaca sekelian, selalu dikatakan, ini hanya merupakan satu kebetulan sahaja. Tapi benarkah ia sebagai satu kebetulan? Kalau anda teruskan pandangan anda seperti itu, anda mungkin salah seorang mangsa makhluk perosak yahudi. Saya percaya bahawa apa-apa yang terjadi hari ini, bukan lagi kebetulan bahkan ia diatur sebaik mungkin. Untuk apa? bagi memperlihatkan kepada anda bahawa ia suatu kebetulan. Bebaskan minda anda...


*penambahan:


Lihat ditangga turun naik di atas pentas ini. Terdapat susunan cahaya berbentuk piramid. Lihat snapshot di bawah.



Sekadar penambahan. Terima Kasih.
Ditulis oleh: Abu Hannan Mohammad Sufian Bin Talib
B.Sc in Islamic Jurisprudence & Its Foundations
Al al-Bayt University, Jordan.
25 Muharram 1431 | 11 Januari 2010

** Sekarang Ejen (Dajjal) Illuminati dah pon memberanikan diri menonjolkan diri..

Cume kita sedar atau tak sedar atau yang lebih parah lagi PURA-PURA TAK SEDAR DAN LANGSUNG TIDAK AMBIL PEDULI DAN AMBIL TAHU...

Jangan Salahkan Artis kita 100% kerana itu adalah sebahagian dari rezeki mereka..

Cuma Bila dah sampai masa,sedar lah mereka..kerana Dunia ibarat pentas,kita adalah pelakonnya..


Wednesday, February 10, 2010

ULASAN KEPADA KES SAIFUL DENGAN ANWAR


Di sekeliling aku... terlalu ramai orang yang berminat untuk membuat spekulasi berkenaan kes panas yang aku tak begitu berminat untuk mengikuti... iaitu kes perbicaraan Mohd. Saiful Bukhari Azlan dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim... tapi disebabkan telinga aku dah hampir bernanah mendengar teori yang pelbagai... pihak yang menyokong Saiful akan mengeluarkan beribu macam teori betapa kesiannya Saiful dan betapa salahnya Anwar... manakala pihak yang menyokong Anwar juga dengan pelbagai hujah mereka... maka pun cuba meneliti setiap hujah mereka dengan serasional yang aku mampu... dan akhirnya... aku berasa aku lebih setuju dan sangat suka dengan pandangan oleh Ustaz Azhar Idrus (aku suka dengar kuliah beliau) yang terkandung dalam video di bawah ini...

Bagi sesiapa yang berminat... sila dengar hujah beliau dari awal sehingga habis... memang menarik... kalau tak berminat... jangan buang masa anda untuk mendengar sekerat-sekerat... bagi yang dengar tapi tak paham (sebab beliau guna dialek Pantai Timur)... sila tanya kepada she-G... hehehe... semoga menonton...



p/s: kalau tak boleh tengok video ni... sila buka lama youtube... klik di sini... sekian...

p/s2: takziah buat she-G sekeluarga atas pemergian ibu mertuanya... semoga Allah menempatkan ibunya di tempat yang mulia di sisi-Nya di "sana"... Innalillah...

Saturday, February 6, 2010

JANGAN SAMBUT VALENTINE!!!


Kenapa umat Islam diharamkan menyambut Hari Kekasih atau dengan nama lainnya Valentine Day pada 14 Februari setiap tahun...


1) Merupakan perayaan keagamaan iaitu Kristian (p/s: bagi sesiapa yang buta sejarah tapi masih buta tuli nak bantah... rajin-rajinlah cari maklumat asal usul St. Valentine) dan umat Islam DIHARAMKAN meraikan/meniru perayaan AGAMA lain selain Islam...

Allah berfirman, mafhumnya: “Bagi setiap umat itu telah Kami jadikan bagi mereka amalan yang mereka ikuti.” (Surah al-Hajj : 67)

Rasulullah s.a.w. telah bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya bagi setiap kaum itu perayaan masing-masing, dan ini (Aidilfitri dan Aidiladha) adalah perayaan kita." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah s.a.w. telah bersabda, maksudnya: “Barangsiapa yang meniru atau berkumpul meramaikan sesuatu kaum, maka dia adalah dari kalangan mereka.” (Riwayat Abu Daud)

* Sekiranya perayaan bukan atas asas keagamaan... maka hukumnya harus dengan syarat tiada unsur maksiat atau syirik...


2) Merupakan perayaan yang menggalakkan zina dan maksiat (bagi sesiapa yang terlalu gedik dengan pelbagai dakyah untuk membantahnya... sila buktikan ianya lebih mendatangkan manfaat mengatasi mudharat)... dan Islam mengharamkan majlis yang berunsur maksiat serta HARAM MENDEKATI ZINA...

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “Dan janganlah kamu menghampiri zina sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan keji dan satu jalan yang jahat.’’ (Surah al-Isra : 32)

* Zina adalah HARAM... mendekatinya juga HARAM... dan membuka laluan kepada zina juga HARAM...


3) Merupakan agenda jahat orang kafir yang memusuhi Islam... yang mahu kita hanyut mengikuti jejak sumbang mereka (mendekati dan melakukan zina)... dan Islam melarang umatnya dari terlibat, duduk, serta bersekongkol dalam majlis yang mempersendakan Islam dan bercanggah dengannya...

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam al-Qur'an bahawa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki perbicaraan yang lain. Kerana sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahanam." (Surah an-Nisa' : 140)

Rasulullah s.a.w. telah bersabda, maksudnya: “Nescaya kamu akan turut jejak langkah mereka sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang biawak. Lantaran sahabat bertanya: Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka.’’

* Allah sudah memberi amaran... Rasulullah telah memberi peringatan...apa lagi alasan anda? Faktanya ialah musuh Islam sentiasa berusaha keras untuk menyesatkan umat Islam... sejak dahulu lagi... bukankah mencegah itu lebih baik dari mengubati?


4) Islam tidak mengiktiraf hari kasih sayang.... kerana kasih sayang dalam Islam bersifat universal... tidak dibatasi waktu dan tempat... serta tidak dibatasi oleh objek dan motif...

Rasulullah s.a.w. telah bersabda, maksudnya: “Cintailah saudara seIslam seperti kamu mencintai dirimu sendiri." (Riwayat Bukhari)

Rasulullah s.a.w. telah bersabda, maksudnya: “Janganlah kamu saling membenci, berdengki-dengkian, saling berpalingan, dan jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Juga tidak dibolehkan seorang muslim meninggalkan (tidak bertegur sapa) terhadap saudaranya lebih dari tiga hari." (Riwayat Muslim)

* Mengapa perlu diwujudkan hari yang spesifik untuk berkasih sayang? sedangkan kita sepatutnya berkasih sayang setiap hari... namun kasih sayang yang dimaksudkan bukan antara kasih sayang nafsu antara lelaki dan wanita bukan mahram... anda sendiri sedia maklum ertinya... bagi yang tidak memahami... aku sungguh simpati... bagi yang sengaja atau berpura-pura gagal menghayati... malang sungguh nasibmu... semoga Allah membuka pintu hatimu dengan hidayah-Nya sebelum Malaikat datang merentap nyawamu...


Maka... dapatlah disimpulkan di sini... bahawa Hari Kekasih adalah HARAM... dan sebarang aktiviti... sama ada menyambut... membuat ucapan... menggalakkan... bersekongkol... menjual barangan yang melibatkan perayaan HARAM tersebut... dan sewaktu dengannya... adalah dilarang dan ditegah sama sekali... walaupun bersama suami isteri anda... sekian... Wallahualam...

p/s: Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang baik dan MENCEGAH DARI YANG MUNGKAR...” (Surah Ali Imran : 110)

Wednesday, February 3, 2010

PERBINCANGAN SOAL HIJAB


Kepada semua pembaca blog aku... tak kira sama ada memang suka singgah... ataupun tersinggah... atau tersengaja singgah... atau nak tunjuk gah... lelaki mahupun wanita terutamanya... aku nak cadangkan untuk baca entri ni... ilmu baru yang Allah kurniakan kepada aku melalui penulis blog ni... penulis blog ialah isteri kepada Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman (UZAR)...

http://ummuhusna99.blogspot.com/2010/02/thats-not-hijab.html

Entri tersebut membicarakan tentang soal hijab... yang memang semakin kronik dan parah di kalangan umat Islam terutamanya muslimah... isu ini tersangatlah penting... bukan sahaja untuk kaum wanita... tetapi juga untuk para lelaki... kerana lelaki nanti insyaAllah akan menjadi suami... dan akan mempunyai tanggungjawab yang sungguh besar ke atas isteri... iaitu sebagai ketua keluarga...

Mula-mula cuba renung ayat al-Quran pada gambar di atas... surah al-Ahzab ayat 59... Allah PERINTAHKAN Nabi s.a.w. suruhlah isteri-isteri, anak-anak perempuan Baginda, dan PEREMPUAN-PEREMPUAN YANG BERIMAN supaya TUTUP AURAT...

IMAN dari segi bahasa ialah MEMBENARKAN... maksudnya membenarkan kewujudan Allah... yakni berasa yakin bahawa Allah itu Tuhan kita... bila sebut Tuhan... arahan daripada-Nya bolehkah dibantah lagi? Sedangkan perintah hakim mahkamah dunia pun kita sudah gerun... arahan pihak polis pun kita ikuti dan takuti... inikan pula dengan Tuhan...

Dari segi syarak pula ialah membenarkan dengan keyakinan yang tidak terbelah bagi kepada Rukun-rukun Iman:
001 Allah Taala yang Maha Esa dan Maha Pencipta serta tiada sekutu bagi-Nya
002 Malaikat yang merupakan hamba-hamba-Nya yang mulia dan sentiasa taat kepada suruhan Allah Taala
003 Kitab yang diturunkan oleh Allah Taala sebagai syariat kepada manusia
004 Rasul yang telah dipilih dan diutuskan oleh-Nya kepada manusia untuk memberi petunjuk. 005 Hari Kiamat yang pasti berlaku untuk menghitung segala amalan manusia
006 Qada dan Qadar yang berlaku samada baik atau buruk semuanya adalah ketentuan dari-Nya. Setiap perkara yang berlaku terdapat hikmah yang tersembunyi. Namun kita tetap dikehendaki untuk berusaha bagi memperolehi kebaikkan dan kejayaan

Ok... berbalik kepada surah al-Ahzab ayat 59... perintah ini khas untuk perempuan yang beriman... maksudnya perempuan yang percaya pada Allah pasti akan respon pada ayat ini... kalau tiada respon... maka agak malanglah nasibnya... moga Allah memberikan mereka hidayah sebelum malaikatulmaut datang merentap roh dari tubuh pinjaman ini...

Renungkan pula hadis sahih ini... daripada Abu Hurairah r.a katanya, bersabda Rasulullah s.a.w., maksudnya: “
Ada dua golongan dari ahli neraka yang aku belum pernah melihat mereka, iaitu suatu kaum yang membawa cemeti seperti ekor lembu, mereka memukul orang dengannya (iaitu penguasa yang kejam) dan wanita-wanita berpakaian tetapi telanjang, yang menarik orang melakukan maksiat, di samping dia sendiri melakukan maksiat pula, kepalanya meninggi lonjong seperti bonjol unta, mereka ini tidak dapat memasuki syurga, tidak dapat mencium syurga, padahal wangi syurga itu sudah tercium dari jarak yang sangat jauh.” (Riwayat Muslim)

Ulama termasyhur, Syeikh Dr. Yusuf al-Qardawi dalam bukunya, Halal dan Haram Dalam Islam menghuraikan hadis di atas: “Dikatakan kepadanya berpakaian tetapi telanjang kerana pakaian yang dipakainya tidak berfungsi menutup tubuhnya kerana TERLALU NIPIS DAN JARANG, sehingga pakaian itu MENAMPAKKAN BENTUK TUBUH di sebalik pakaian itu, sebagaimana kebanyakan pakaian wanita pada zaman ini. “Bonjol unta itu adalah tulang tinggi di tengkuknya yang diserupakan kepala wanita itu dengan bonjol berkenaan, kerana ditinggikan rambutnya ke atas kepala. “Seolah-olah Rasulullah sudah melihat di belakang ghaib apa yang akan berlaku pada zaman ini, di mana dikhususkan tempat-tempat istimewa yang dikenal dengan nama salun rambut.” Kalangan ulama Islam bersetuju yang wanita seharusnya berperilaku dan berpakaian yang tidak menarik perhatian seksual kepada dirinya apabila berada dengan seseorang berlainan jantina. Sesetengah ulama pula memperincikan bahagian yang perlu ditutupi iaitu semua tubuh kecuali muka dan tangan..."

Kupasan yang lebih menarik... sila baca blog isteri UZAR di atas... banyak benda yang dapat dikongsi... antaranya bagaimana seorang wanita yang menutup auratnya namun masih jauh dari mendapat keredhaan Allah dan masih dekat dengan pintu neraka... baca jangan tak baca... jangan jadi malas ok...

Aku seru kepada semua terutamanya diri aku sendiri (tak lupa juga isteri aku)... untuk membaca serta menghayati dalil-dalil di bawah ini... semoga Allah membuka pintu hati kita untuk menerima hidayah-Nya... Amin...

Sabda Nabi s.a.w, maksudnya: “Sesiapa saja wanita yang memakai wangi-wangian, lalu melewati tempat kaum lelaki supaya mereka dapat mencium bau wangiannya, maka dia itu adalah penzina dan setiap mata yang memandang itu pun penzina.” (Riwayat Nasa’i, Ibnu Khuzaimah, dan Ibnu Hibban)

Allah Taala berfirman, maksudnya: “Janganlah wanita-wanita itu menghentak-hentakkan kakinya di tanah, agar diketahui apa yang disembunyikannya dari perhiasan dirinya." (Surah an-Nur : 31)

Sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: “Sesiapa yang menyeretkan kainnya kerana sombong , Allah tidak akan memberikan pandangan kepadanya di hari kiamat.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: “Sesiapa yang memakai pakaian menagih kemasyhuran, nescaya Allah akan memakaikannya pakaian kehinaan di hari kiamat.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasa’i, dan Ibnu Majah)

Seorang lelaki bertanya kepada Ibnu Umar r.a katanya: “Pakaian yang macam mana yang boleh aku memakainya? Jawabnya: Pakaian yang tidak sampai dibangga-banggakan oleh orang-orang yang jahat dan dan tidak dicelanya kamu oleh orang-orang yang ahli ilmu dan bijaksana." (Riwayat Thabrani)

Tuesday, February 2, 2010

DUNIA BLOG PUN BAHAYA JUGAK!!!

(AMARAN: Penggunaan bahasa pasar... jangan contohi...)

Aku baru ja bukak blog Parkchick... komen sedas dua kat entri terbaru dia... pastu cam biasa aku wat blog-walking dengan hati yang tenang dan gembira... sampai je kat blog Dr. Asri... tetiba aku jadi panas dan panas dan panas... isu Aduka Taruna...

aku tak peduli sapa dia... malas nak ambik tau pasal kes dia hina Almarhum Sultan Johor tu... blog dia aku pun tak ingin nak baca... sebab takdak faedah... dengan komen dari orang yang memang tak puas hati dengan dia... huhh... takut aku terjoin sekali...

yg buat aku panas tu... sebab pendedahan oleh Dr. Asri... psl si Aduka ini ada wat entri menghina isteri Rasulullah... huhh... korang baca laa sendiri... memang menyakitkan hati... dan aku jugak bersetuju dengan Dr. Asri... bagi sesiapa yang malas sangat nak klik kat link yang aku dah buat tu... meh aku tulis sikit apa yang Dr. Asri tulis kat blog dia...

3. Malanglah kita jika ada pihak yang hanya marah apabila golongan atasan dihina atau dipersendakan, tetapi tidak punya marah apabila rakyat bawahan menerima nasib yang sama. Jika ada pihak atau individu atau ulama yang demikian, mereka itu memang pengampu yang berat sebelah.

4. Saya mendapat maklumat bahawa Aduka Taruna sebelum ini dalam blognya pernah menghina isteri Nabi s.a.w yang mulia iaitu ‘Aishah r.ha. Setelah saya sendiri baca, amatlah buruknya budi dan bahasa beliau. Dia menyatakan kepada isteri Nabi yang mulia itu ‘bangang’, ‘dua ekor mangkuk’, ‘bangang tukil’ dan berbagai lagi perkataan-perkataan yang amat biadap terhadap seorang wanita yang dibela oleh al-Quran dan al-Sunnah. Amat menyedihkan. Sila lihat lampiran.

6. Malang sekali, ketika beliau menghina isteri Nabi s.a.w, tiada pula bantahan, campurtangan menteri, desakan agar diambil tindakan dan berbagai lagi. Siapakah yang lebih mulia antara dua insan yang dihina itu?

7. Sepatutnya sejak dahulu beliau dibantah. Namun ketika dia menghina isteri Nabi s.a.w, mereka yang melayari blognya tidak bertindak, bila dia menghina sultan mereka bantah ‘sakan’dan naik angin. Jiwa melayu kitakah yang lebih tebal, atau jiwa islami kita yang telah nipis?


Ok... disebabkan Dr. Asri dah ulas... aku malas lagi nak ulas pasal Aduka Taruna tu... sekarang aku teringat pasal entri Parkchick... nasihat pada pengguna internet amnya... beliau berkata mafhumnya:

"semenaqnya pakcik nak ingatkan supaya kalo hangpa main facebook ke, frenster ke, twitter ke...hati2 kalo nak sharing, caring la konon, tau2 habih hangpa punye rahsia terexposing..dapat pulak kat yg bitching..pastu hangpa crying,losing sumtin and ying3..."

ok... aku setuju dengan Parkchick... dan sukahatinya aku nak tambah... kena letak jugak blog ni... sebab tengok trend blogger sekarang... anggap blog ni tempat dia punya... suka hati nak cakap macam mana pun... bahasa kasar dan biadap... ikut suka hati dan mulut (tangan kot) je... last-last keluar fatwa sendiri... antara ayat yang aku rasa agak kasar nak bagi contoh... aku tak ingat blog sape tapi kepada yang tak berkenaan (contohnya dulu macam ni tapi sekarang dah insaf ke)... tolong jangan melatah ok...

"ni blog gua ni bukan blog bapak kau dowh"

"suka hati laa aku nak mencarut ke apa ke... ada aku kacau f**k bini kau?!!!"

"WTH (what the hell)... WTF (what the f**k)... damn sh*t"

ok... memang bukan blog bapak aku... dan juga bukan blog bapak kau dowh (tolong jangan tiru akhlak buruk ini)... aku ngaku ok...

dan... nak ingatkan kau jugak... sebenarnya blog tu bukan blog kau... lidah yang kau guna tu bukan kau punya... otak yang ada dalam kepala hotak kau tu pun bukan hak milik kau... nyawa tu pun bukan kau punya... dunia yang kau hidup ni bukan kau punya... bukan aku punya... bukan sapa-sapa punya... semuanya hak milik kekal Allah s.w.t....

Allah bagi kita pinjam je... nanti Dia amik balik nanti... rasa-rasanya Allah suka ke tak ayat kau tu? kalaulah Nabi masih hidup pastu kau cakap depan Baginda... rasa-rasanya Baginda suka tak... bagi yang tegar mesti tak peduli semua ni... "aku dengan Tuhan aku... kau dengan Tuhan kau"... ayat camni pun boleh terbit... bukan sebab diri tu betul pun... tapi sebab berlagak dengan nikmat yang Tuhan bagi... Allah bagi pinjam otak pastu rasa cam pemikiran dia yang the best... pastu wat keluar ayat yang bodoh... kalau diri tu hebat sangat... takkan benda camni pun tak boleh nak pikir???

Rasulullah s.a.w. bersabda (mafhumnya): “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, hendaklah ia berkata yang baik atau diam”.

Rasulullah s.a.w. bersabda lagi (maksudnya): “Allah memberi rahmat kepada orang yang berkata baik lalu mendapat keuntungan, atau diam lalu mendapatkan keselamatan
.

Iman membawa maksud percaya... kalau percaya kepada kepada Hari Kiamat... cakaplah (tulislah) benda yang baik-baik... kalau tak better diam je... kalau berkata baik dapat keuntungan... diam dapat keselamatan... siap dapat rahmat Allah lagi...

Bagi aku tak salah guna sesetengah perkataan contohnya "gua" "lu" dan lain-lain... yang bukannya dalam kategori mencarut atau yang jenis terlampau kasar hingga menyakitkan hati orang lain... jaga bahasa kita...

Ok... ada yang cakap kat aku... "aku tak suka jadi hipokrit... dan memang aku macam ni dari dulu nak wat camne..."... hohoho sape cakap kau ni dari dulu camni... meh dengar hujah aku... sebelum tu baca dua dalil kat bawah ni...

Rasulullah SAW bersabda: “Setiap bayi itu lahirnya di atas fitrah (Islam), ibu bapanya (suasana pembesarannya) lah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani, dan Majusi


Allah SWT pula berfirman: “Dan ingatlah ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam dari belakang mereka, dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (Dia berfirman): Bukankah Aku ini Tuhan kamu? Mereka semua menjawab: Benar, kami menjadi saksi(mengakuinya).” (Surah al-A’raff : 172)

Sabda Nabi dan firman Allah kat atas tu bukti yang asalnya kita semua baik sebab Islam = baik... tapi disebabkan terpengaruh dengan suasana dan didikan yang salah... kita jadi jahat... jadi sifat jahat tu bukan diri kita sendiri... takkan nak cakap Tuhan ngan Nabi tipu kot? jadi... sapa yang hipokrit??? orang yang berbuat baik ke atau yang berbuat jahat? maka... jadilah diri sendiri... JANGAN JADI HIPOKRIT...

Lastly... disebabkan aku pun kesuntukan masa... dan entri ni pun aku tulis dengan pantas (perasan)... so aku harap andai aku tersalah bahasa atau tersalah hurai... maafkan aku dan tolong betulkan aku dengan fakta disertakan dengan rasional... ini datang dari hati aku... aku juga banyak dosa... mungkin lebih banyak dari korang... langsung tak yakin boleh masuk syurga... tapi disebabkan aku tak snggup masuk neraka... maka aku pun buatlah apa Allah suruh dan Nabi buat... harap amalan aku diterima...

Aku tinggalkan korang dengan 4 ayat ni... kata-kata Allah yang dirakankan dalam al-Quran... renung-renungkan dan selamat beramal...

Allah berfirman (maksudnya): "Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya. Semasa dua malaikat (yang mengawal dan menjaganya) menerima dan menulis segala perkataan dan perbuatannya; yang satu duduk di sebelah kanannya, dan yang satu lagi di sebelah kirinya. Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya). Dan (apabila sampai ajal seseorang) datanglah “Sakaratulmaut” membawa kebenaran (yang telah dijanjikan, serta dikatakan kepada yang mengingkarinya sebelum itu): “Inilah perkara yang engkau selalu mengelak diri daripadanya!" (Surah Qaf : 16 -19)