Daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah saw. bersabda: “Jika ada seseorang berkata: “Orang ramai (sekarang ini) sudah rosak”, maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka”. [H.R. Muslim]

Wednesday, February 10, 2010

ULASAN KEPADA KES SAIFUL DENGAN ANWAR


Di sekeliling aku... terlalu ramai orang yang berminat untuk membuat spekulasi berkenaan kes panas yang aku tak begitu berminat untuk mengikuti... iaitu kes perbicaraan Mohd. Saiful Bukhari Azlan dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim... tapi disebabkan telinga aku dah hampir bernanah mendengar teori yang pelbagai... pihak yang menyokong Saiful akan mengeluarkan beribu macam teori betapa kesiannya Saiful dan betapa salahnya Anwar... manakala pihak yang menyokong Anwar juga dengan pelbagai hujah mereka... maka pun cuba meneliti setiap hujah mereka dengan serasional yang aku mampu... dan akhirnya... aku berasa aku lebih setuju dan sangat suka dengan pandangan oleh Ustaz Azhar Idrus (aku suka dengar kuliah beliau) yang terkandung dalam video di bawah ini...

Bagi sesiapa yang berminat... sila dengar hujah beliau dari awal sehingga habis... memang menarik... kalau tak berminat... jangan buang masa anda untuk mendengar sekerat-sekerat... bagi yang dengar tapi tak paham (sebab beliau guna dialek Pantai Timur)... sila tanya kepada she-G... hehehe... semoga menonton...



p/s: kalau tak boleh tengok video ni... sila buka lama youtube... klik di sini... sekian...

p/s2: takziah buat she-G sekeluarga atas pemergian ibu mertuanya... semoga Allah menempatkan ibunya di tempat yang mulia di sisi-Nya di "sana"... Innalillah...

10 comments:

  1. ngeeee...sayang lebih la kat ustaz azhar ni...hehe

    ReplyDelete
  2. oh kes ini. pun tak berminat. =) mahu buat aksi tunggu n lihat sajer

    ReplyDelete
  3. aishah~
    comel kan ustaz azhar ni... ngeeee

    lynn~
    kalo bleh sy nak tunggu n lihat pun malas... =)

    ReplyDelete
  4. yurks.... sape salah cepat2 la tobat. Kalau tak tunggu la azab Allah.

    ReplyDelete
  5. parkchick~
    aku pun geli... tapi nak wat cmne... la ni ramai yg suka sgt dok bincang benda geli ni... huuuu...

    paklang~
    tul2... bkn saja yg salah kena tobat... org2 yg suka wat teori suka hati psl kes ni (cm yg ustaz azhar ni ckp)... kena tobat gak... sbb ni kes besar (dlm Islam)... "Kalau tak tunggu la azab Allah"...

    ReplyDelete
  6. aku sangat menyampah dengan kes nih

    ReplyDelete
  7. salam. nilailah sendiri mana yang terbaik. sama-samalah kita tunggu keputusannya. kebenaran pasti tertegak jua.

    ReplyDelete
  8. hans~
    menyampah dengan kes takpe... tapi jgn sampai menyampah pada mereka yang tak sepatutnya... yakni jatuh hukum sebelum dibicarakan... elak prasangka buruk... elak buat fitnah dan percaya fitnah... itu yg plg selamat...

    hamiasraff~
    nilai sendiri ok... tapi make sure tak salah nilai... dan nilai yg salah tu tersebar dan mempengaruhi org lain lak...

    ReplyDelete
  9. owh..baru baca entri neh...pomot yer???hahaha...bahsa kelantan saya pun bukan ok ngat...terlongo ngak kekadang tu..

    igt arwah mak..suka guna ayat kelantan yang diluarkan...fenin pale nantu die neh...

    ReplyDelete