Kenapa umat Islam diharamkan menyambut
Hari Kekasih atau dengan nama lainnya
Valentine Day pada
14 Februari setiap tahun...
1) Merupakan perayaan keagamaan iaitu Kristian (p/s: bagi sesiapa yang buta sejarah tapi masih buta tuli nak bantah... rajin-rajinlah cari maklumat asal usul St. Valentine) dan umat Islam DIHARAMKAN meraikan/meniru perayaan AGAMA lain selain Islam...Allah berfirman, mafhumnya: “
Bagi setiap umat itu telah Kami jadikan bagi mereka amalan yang mereka ikuti.” (Surah al-Hajj : 67)
Rasulullah s.a.w. telah bersabda, maksudnya: “
Sesungguhnya bagi setiap kaum itu perayaan masing-masing, dan ini (Aidilfitri dan Aidiladha) adalah perayaan kita." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Rasulullah s.a.w. telah bersabda, maksudnya: “
Barangsiapa yang meniru atau berkumpul meramaikan sesuatu kaum, maka dia adalah dari kalangan mereka.” (Riwayat Abu Daud)
* Sekiranya perayaan bukan atas asas keagamaan... maka hukumnya harus dengan syarat tiada unsur maksiat atau syirik...2) Merupakan perayaan yang menggalakkan zina dan maksiat (bagi sesiapa yang terlalu gedik dengan pelbagai dakyah untuk membantahnya... sila buktikan ianya lebih mendatangkan manfaat mengatasi mudharat)... dan Islam mengharamkan majlis yang berunsur maksiat serta HARAM MENDEKATI ZINA...
Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “
Dan janganlah kamu menghampiri zina sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan keji dan satu jalan yang jahat.’’ (Surah al-Isra : 32)
* Zina adalah HARAM... mendekatinya juga HARAM... dan membuka laluan kepada zina juga HARAM...3) Merupakan agenda jahat orang kafir yang memusuhi Islam... yang mahu kita hanyut mengikuti jejak sumbang mereka (mendekati dan melakukan zina)... dan Islam melarang umatnya dari terlibat, duduk, serta bersekongkol dalam majlis yang mempersendakan Islam dan bercanggah dengannya...Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “
Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam al-Qur'an bahawa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki perbicaraan yang lain. Kerana sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahanam." (Surah an-Nisa' : 140)
Rasulullah s.a.w. telah bersabda, maksudnya: “
Nescaya kamu akan turut jejak langkah mereka sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang biawak. Lantaran sahabat bertanya: Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka.’’
* Allah sudah memberi amaran... Rasulullah telah memberi peringatan...apa lagi alasan anda? Faktanya ialah musuh Islam sentiasa berusaha keras untuk menyesatkan umat Islam... sejak dahulu lagi... bukankah mencegah itu lebih baik dari mengubati?4) Islam tidak mengiktiraf hari kasih sayang.... kerana kasih sayang dalam Islam bersifat universal... tidak dibatasi waktu dan tempat... serta tidak dibatasi oleh objek dan motif...Rasulullah s.a.w. telah bersabda, maksudnya: “
Cintailah saudara seIslam seperti kamu mencintai dirimu sendiri." (Riwayat Bukhari)
Rasulullah s.a.w. telah bersabda, maksudnya: “
Janganlah kamu saling membenci, berdengki-dengkian, saling berpalingan, dan jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Juga tidak dibolehkan seorang muslim meninggalkan (tidak bertegur sapa) terhadap saudaranya lebih dari tiga hari." (Riwayat Muslim)
* Mengapa perlu diwujudkan hari yang spesifik untuk berkasih sayang? sedangkan kita sepatutnya berkasih sayang setiap hari... namun kasih sayang yang dimaksudkan bukan antara kasih sayang nafsu antara lelaki dan wanita bukan mahram... anda sendiri sedia maklum ertinya... bagi yang tidak memahami... aku sungguh simpati... bagi yang sengaja atau berpura-pura gagal menghayati... malang sungguh nasibmu... semoga Allah membuka pintu hatimu dengan hidayah-Nya sebelum Malaikat datang merentap nyawamu...Maka... dapatlah disimpulkan di sini... bahawa
Hari Kekasih adalah HARAM... dan sebarang aktiviti... sama ada menyambut... membuat ucapan... menggalakkan... bersekongkol... menjual barangan yang melibatkan perayaan HARAM tersebut... dan sewaktu dengannya... adalah dilarang dan ditegah sama sekali... walaupun bersama suami isteri anda... sekian... Wallahualam...
p/s: Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “
Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang baik dan MENCEGAH DARI YANG MUNGKAR...” (Surah Ali Imran : 110)
Salam,
ReplyDeleteBagus info ni buat anak2 muda & org dewasa yg masih menyambutnya..bagi akak semua ni dimulai dgn niat..bukan nak kena tunggu 14feb baru berkasih sayang..berkasih sayang tu seumur hidup 24-7...
Assalamualaikum w.b.t
ReplyDeleteBagus saudara menulis entri mengenai ini. Ramai orang tak tahu pasal ni. Kalau tahu pun buat-buat tak tahu. Pejamkan mata, pekakkan telinga.
Sedih melihat anak muda mudi sekarang ni yang terlalu mengagungkan 'Hari Kekasih' Barat ni. Walhal mereka sedang menjalinkan hubungan yang tiada tahu hujung pangkalnya.
Istilah yang lebih tepat, no term 'COUPLE' in Islam. Tapi siapa mahu peduli? Ramai yang menganggap ini perkara biasa. Tapi sebenarnya sesuatu yang sangat luar biasa. Salah siapa? Ianya seolah-olah trend yang tiada kesudahan.
Tengoklah dunia sekarang ni kalau tiada 'awek' atau 'pakwe' dianggap kolot. Tak up too date konon. Saya sendiri pernah dilabel sebegitu. Sememangnya saya ini 'anti-couple'. Tapi saya senyum saja dengan 'teguran' mereka.
Bukanlah dengan saya memberitahu ini membawa maksud bangga or apa-apa. Tidak sama sekali. Hanya ingin berkongsi dengan saudara. Saya akan cuba terus menegur kawan-kawan yang 'menjayakan' 'Hari Kekasih' Barat ni.
Izinkan saya copy entri saudara untuk saya masukkan ke dalam entri terbaru saya nanti. Mungkin berkisar mengenai ini jua. InsyaALLAH. Tetapi sekiranya keberatan, tiada masalah.
Saudara teruskan berdakwah ya. Saya akan sentiasa menyokong saudara. InsyaALLAH. Harap saudara juga sokong perjuangan saya.
p/s : Mungkin cara penyampaian saya agak berbeza. Saya cuba menyelit unsur humor dalam entri-entri saya di samping cuba memberi inputnya. Sila beri tunjuk ajar ya.
Wassalam ~
tak pernah sambut..dn tak trasa nak sambut...
ReplyDeletemase study dulu...velentine ni bagi geng2 saya la..adelah hari MENGAWAN SEDUNIA untuk kapel2...
tah hape2 la...
hmmm...saya pun berkapel..tp tak de la ke arah gitu...syukurla walopon saya ni bukan nyer baik ngat..(hehehe...)
apepun...14hb ni mmg kena sambut la taun ni..sebab adik laki kawen...(baru pasan tarikh die jatuh valentine punya ari)hehehe
aisha pernah baca..di negara arab pun anak-anak muda sibuk sambut valentine.
ReplyDeleteaishah tak sambut
sebab bercinta setiap hari
heee
;)
yg berkapel cnderung utk sambut
ReplyDelete~akuhamba~
sambut jangan tak sambut
ReplyDeleteYeay... Jom sambut valentine..... Ikut 'petua' pakcik.. keh3
ReplyDeleteKniedaz~
ReplyDeleteSalam alaik... ya... kasih syg mmg perlu 24-7... tapi make sure kasih syg yg halal saja...
Hami Asraff~
tujuan entri ini ditulis 1stly sbg ingatan diri sndiri... baru je dgr ceramah psl isu ni... sy salin... n tulis dlm entri ni sbg simpanan diri sndiri... dan INI BUKAN FATWA SAYA... dan 2ndly... sy tulis sbb masih ada kenalan sy dan murid2 sy yg masih kabur tentang isu ini... kabur bmaksud kurang jelas / antara tau tak tau... malah ada juga yg dgn kerasnya cuba menghalalkan hari ini... jadi bab hukum... sy bpendapat kita perlu tunjukkan ketegasan dlm soal ini... kalo bermanfaat... silalah copy paste... tak perlu minta izin... SAYA TAMPILKAN FATWA INI (BUKAN DARI SAYA) KERANA SAYA TELAH MENDAPATNYA DARI SEORANG GURU (USTAZ)... USTAZ JUGA MENGELUARKAN FATWANYA IN ATAS ILMUNYA YG DIPELAJARI DARI GURUNYA (ULAMA') DAN ULAMA PULA MENDAPATKAN ILMU INI DARI RUJUKAN KEPADA PENINGGALAN NABI YAKNI AL-QURAN DAN AL-HADITH..
she-G~
alhamdulillah bgus laa kalo tak penah sambut... JGN SAMBUT... KEPALA HOTAK utk org yg claim hari tu hari mengawan sedunia... adik laki kawen 14hb... jgn ckp sambut valentine... tapi sambutlah kehadiran ahli keluarga baru... VALENTINE TETAP HARAM UTK DISAMBUT...
aishah~
kat arab ke kat mana2 ke... selagi dok jahil soal ni.... tetap akan ada sambutan...
akuhamba~
mmg betul.. yg berkapel cenderung sambut... satu kesilapan besar aku dulu adalah berkapel... tapi aku bernasib baik kerana Allah pelihara aku dari sambutan valentine ni... alhamdulillah... Allah Maha Baik... tetap baik dgn aku walaupun aku dok wat dosa (berkapel)...
parkchick~
JANGAN SAMBUT JANGAN SAMBUT!!!
paklang yg lama menyepi setelah ber"hijrah"~
Nauzubillah... JANGAN SAMBUT VALENTINE... jom ikut "petua" parkchick yg telah DIUPGRADE... diadun sebati dengan FATWA (bukan fatwa aku) yg aku tampilkan di atas... dan jom sama2 terang dan jelaskan kpd saudara2 kita yg sedang alpa di luar sana... bukan sekadar mengeluh dan menyatakan rasa tidak puas hati di belakang tabir... jom sama2 berdoa kpd Allah lepas kita berusaha... keh3... eh silap... sepatutnya... astarghfirullah...
p/s: aku skrg mengajar kat sekolah menengah agama al-islahiyah perlis... dan ahli lembaganya slh sorg adalah dato' dr. haron din... dan dlm meeting ada pesanan berbunyi... "KITA SEMUA WAJIB BERDAKWAH... DAKWAH NI ADA PELBAGAI METHOD (CARA)... ADA YG IKUT CARA A... ADA YG IKUT CARA B... MAKA JANGANLAH SMPAI YG CARA A KATA CARA DIA LAA YG PALING BETUL... CARA B BUKAN DAKWAH SEBENAR... YG CARA A PANDANG CARA B MCM CARA B NI TAKKAN MASUK SYURGA DSB... DAN BEGITULAH SEBALIKNYA... SELAGI DIA MEMBAWA MAKSUD AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR... SELAGI ITU IANYA DAKWAH..."