Daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah saw. bersabda: “Jika ada seseorang berkata: “Orang ramai (sekarang ini) sudah rosak”, maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka”. [H.R. Muslim]

Wednesday, February 3, 2010

PERBINCANGAN SOAL HIJAB


Kepada semua pembaca blog aku... tak kira sama ada memang suka singgah... ataupun tersinggah... atau tersengaja singgah... atau nak tunjuk gah... lelaki mahupun wanita terutamanya... aku nak cadangkan untuk baca entri ni... ilmu baru yang Allah kurniakan kepada aku melalui penulis blog ni... penulis blog ialah isteri kepada Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman (UZAR)...

http://ummuhusna99.blogspot.com/2010/02/thats-not-hijab.html

Entri tersebut membicarakan tentang soal hijab... yang memang semakin kronik dan parah di kalangan umat Islam terutamanya muslimah... isu ini tersangatlah penting... bukan sahaja untuk kaum wanita... tetapi juga untuk para lelaki... kerana lelaki nanti insyaAllah akan menjadi suami... dan akan mempunyai tanggungjawab yang sungguh besar ke atas isteri... iaitu sebagai ketua keluarga...

Mula-mula cuba renung ayat al-Quran pada gambar di atas... surah al-Ahzab ayat 59... Allah PERINTAHKAN Nabi s.a.w. suruhlah isteri-isteri, anak-anak perempuan Baginda, dan PEREMPUAN-PEREMPUAN YANG BERIMAN supaya TUTUP AURAT...

IMAN dari segi bahasa ialah MEMBENARKAN... maksudnya membenarkan kewujudan Allah... yakni berasa yakin bahawa Allah itu Tuhan kita... bila sebut Tuhan... arahan daripada-Nya bolehkah dibantah lagi? Sedangkan perintah hakim mahkamah dunia pun kita sudah gerun... arahan pihak polis pun kita ikuti dan takuti... inikan pula dengan Tuhan...

Dari segi syarak pula ialah membenarkan dengan keyakinan yang tidak terbelah bagi kepada Rukun-rukun Iman:
001 Allah Taala yang Maha Esa dan Maha Pencipta serta tiada sekutu bagi-Nya
002 Malaikat yang merupakan hamba-hamba-Nya yang mulia dan sentiasa taat kepada suruhan Allah Taala
003 Kitab yang diturunkan oleh Allah Taala sebagai syariat kepada manusia
004 Rasul yang telah dipilih dan diutuskan oleh-Nya kepada manusia untuk memberi petunjuk. 005 Hari Kiamat yang pasti berlaku untuk menghitung segala amalan manusia
006 Qada dan Qadar yang berlaku samada baik atau buruk semuanya adalah ketentuan dari-Nya. Setiap perkara yang berlaku terdapat hikmah yang tersembunyi. Namun kita tetap dikehendaki untuk berusaha bagi memperolehi kebaikkan dan kejayaan

Ok... berbalik kepada surah al-Ahzab ayat 59... perintah ini khas untuk perempuan yang beriman... maksudnya perempuan yang percaya pada Allah pasti akan respon pada ayat ini... kalau tiada respon... maka agak malanglah nasibnya... moga Allah memberikan mereka hidayah sebelum malaikatulmaut datang merentap roh dari tubuh pinjaman ini...

Renungkan pula hadis sahih ini... daripada Abu Hurairah r.a katanya, bersabda Rasulullah s.a.w., maksudnya: “
Ada dua golongan dari ahli neraka yang aku belum pernah melihat mereka, iaitu suatu kaum yang membawa cemeti seperti ekor lembu, mereka memukul orang dengannya (iaitu penguasa yang kejam) dan wanita-wanita berpakaian tetapi telanjang, yang menarik orang melakukan maksiat, di samping dia sendiri melakukan maksiat pula, kepalanya meninggi lonjong seperti bonjol unta, mereka ini tidak dapat memasuki syurga, tidak dapat mencium syurga, padahal wangi syurga itu sudah tercium dari jarak yang sangat jauh.” (Riwayat Muslim)

Ulama termasyhur, Syeikh Dr. Yusuf al-Qardawi dalam bukunya, Halal dan Haram Dalam Islam menghuraikan hadis di atas: “Dikatakan kepadanya berpakaian tetapi telanjang kerana pakaian yang dipakainya tidak berfungsi menutup tubuhnya kerana TERLALU NIPIS DAN JARANG, sehingga pakaian itu MENAMPAKKAN BENTUK TUBUH di sebalik pakaian itu, sebagaimana kebanyakan pakaian wanita pada zaman ini. “Bonjol unta itu adalah tulang tinggi di tengkuknya yang diserupakan kepala wanita itu dengan bonjol berkenaan, kerana ditinggikan rambutnya ke atas kepala. “Seolah-olah Rasulullah sudah melihat di belakang ghaib apa yang akan berlaku pada zaman ini, di mana dikhususkan tempat-tempat istimewa yang dikenal dengan nama salun rambut.” Kalangan ulama Islam bersetuju yang wanita seharusnya berperilaku dan berpakaian yang tidak menarik perhatian seksual kepada dirinya apabila berada dengan seseorang berlainan jantina. Sesetengah ulama pula memperincikan bahagian yang perlu ditutupi iaitu semua tubuh kecuali muka dan tangan..."

Kupasan yang lebih menarik... sila baca blog isteri UZAR di atas... banyak benda yang dapat dikongsi... antaranya bagaimana seorang wanita yang menutup auratnya namun masih jauh dari mendapat keredhaan Allah dan masih dekat dengan pintu neraka... baca jangan tak baca... jangan jadi malas ok...

Aku seru kepada semua terutamanya diri aku sendiri (tak lupa juga isteri aku)... untuk membaca serta menghayati dalil-dalil di bawah ini... semoga Allah membuka pintu hati kita untuk menerima hidayah-Nya... Amin...

Sabda Nabi s.a.w, maksudnya: “Sesiapa saja wanita yang memakai wangi-wangian, lalu melewati tempat kaum lelaki supaya mereka dapat mencium bau wangiannya, maka dia itu adalah penzina dan setiap mata yang memandang itu pun penzina.” (Riwayat Nasa’i, Ibnu Khuzaimah, dan Ibnu Hibban)

Allah Taala berfirman, maksudnya: “Janganlah wanita-wanita itu menghentak-hentakkan kakinya di tanah, agar diketahui apa yang disembunyikannya dari perhiasan dirinya." (Surah an-Nur : 31)

Sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: “Sesiapa yang menyeretkan kainnya kerana sombong , Allah tidak akan memberikan pandangan kepadanya di hari kiamat.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: “Sesiapa yang memakai pakaian menagih kemasyhuran, nescaya Allah akan memakaikannya pakaian kehinaan di hari kiamat.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasa’i, dan Ibnu Majah)

Seorang lelaki bertanya kepada Ibnu Umar r.a katanya: “Pakaian yang macam mana yang boleh aku memakainya? Jawabnya: Pakaian yang tidak sampai dibangga-banggakan oleh orang-orang yang jahat dan dan tidak dicelanya kamu oleh orang-orang yang ahli ilmu dan bijaksana." (Riwayat Thabrani)

11 comments:

  1. owh...tak terlalu elok pemakaian ku...

    tp lebih elok dari 2 3 tahun lepas(mgkin)

    masih dalam proses perubahan..insya ALLAH

    ReplyDelete
  2. syah..nak tny benda..tp tak kait mait dgn soal kat atas tu..leh ke???


    kalau sorang gal tu dah tunang..suka sama suka(walopon mase tunang tu guna seme duit gal atas ade ler prob ke ape)lepas tu die nak minta putus tunang sebab jumpa org lain dan guy tu tak nak kasi...camna ya???leh ke die kawen dgn org lain???sah ke lau die kawen???(of kos la sah kan..hahaha..)boleh ke??ape hukum dan bla bla bla...seme la..banyak lak nak tny..hahaha...

    ReplyDelete
  3. she-G~
    kalo dlm proses berubah... sy sokong sgt2... tp bior istiqamah laa ek... tu yg penting... lg 1 mesti berubah ikhlas kerana Allah... bkn sbb malu ke... apa ke...

    she-G lg~
    jwpnnya boleh je... anon kat bwh dah tlg jwbkan... kebetulan mlm ni ada sambungan kuliah masuk bab pertunangan dan akad nikah... insyaAllah mlm ni salin n nanti wat 1 entri khas utk soalan she-G ni... insyaAllah...

    anon~
    ni akuhamba ke? pepun thnkiu tlg jwbkan... syukran jazilan... :)

    ReplyDelete
  4. ni saja aku nak copy paste 1 tulisan akhbar perdana mengenai seorang artis yg pada namanya ada perkataan ISLAM:
    --------------------------------------------------------------------------------
    Seksi juga adalah fesyen

    Ditanya dengan penampilannya yang kadang-kadang menjolok mata sehingga tidak kena dengan namanya, R****** tetap mempertahankan bahawa gaya seksi yang tonjolkan tetap ada batasannya.

    Dia juga menegaskan nama pada dirinya juga tidak ada kena mengena dengan cara pemakaiannya kerana yang penting tahu menjaga batas diri dan maruah keluarga.

    “Nama saya tiada kena dengan apa yang saya pakai. Nama itu menjadi milik saya sejak saya dilahirkan lagi. Saya hanya menjadi diri sendiri dan tidak mahu hidup dalam belenggu hipokrasi dan kepura-puraan.

    “Saya masih remaja dan mahu melaluinya tanpa kongkongan. Saya tahu batas seksi saya. Kalau dulu, pelakon lama berkemban tidak menjadi isu. Tapi sekarang, persepsi itu berubah.

    “Seksi itu juga adalah fesyen. Saya tak ambil peduli, apa pun orang nak kata. Saya tak pernah kacau orang. Mungkin juga orang lain cemburu sebab tak ada nama macam saya,” katanya tulus.

    ---------------------------------------------------------------------------------
    apa pendapat korang???

    ReplyDelete
  5. hehe ye anon tu akuhamba..
    hmm..'nama sy tiada kena mengena dgn apa yg sy pakai'..'belenggu hipokrasi'

    ReplyDelete
  6. akuhamba~
    masalahnya... disebabkan kenyataan ni dari artis dan mmg dah byk pun sblm ni artis wat kenyataan cmni... ditambah terukkan lg oleh media yg papar kenyataan cmtu seolah2 membela nasib depa... so skrg dah makin ramai perempuan Islam yg terpengaruh dgn pemikiran cmtu...

    skrg dah jadi trend... org ckp dia nak jadi diri sndiri dan taknak jadi hipokrit... cm dah jadi barah lak... makin serius...

    ReplyDelete
  7. hmm..sy tak reti nak bagi komen dari sudut agama ngat...hehehe..pandangan jela ek pasal nama tu...

    mak dan ayah pun lau dah pilih nama anak gran2 gitu cubalah bentuk anak segran nama nyer..ni letak jer nama tp ajaran yilek...tak leh gak

    dan anak bila dah leh pk sendiri reti2 jer la...takpun bile nak berlakon tu.tukar la..wat la name kemersil sket...ni suka gak nak tunjuk nama die tu unik...tp prangai...huhuhuh...simpang malaikat 44...

    pakai name R***** tu je kan bagus..

    ReplyDelete
  8. she-G~
    nak salahkan mak ayah sgt pun tak bleh jgk walaupun saham depa plg besar... maybe ada faktor2 lain yg wat dia ada pmikiran cmtu...

    soal nape dia kekalkan Islam pada namanya... wallahualam... kita tak bleh nak judge dia... kita tak sure sama ada mmg dia jahil or mmg dia sngaja nak tunjuk nama dia unik... tak tau dan taknak amik tau...

    skrg yg jd mslh... sbb dia wat keluar ayat yg bleh kelirukan org terutamanya remaja... kalo dia sendiri2 takpe... mslhnya dia kaco pmikiran org lain sama... itu yg jadi mslh... lg malang bila dia kata "Saya tak ambil peduli, apa pun orang nak kata. Saya tak pernah kacau orang"...

    mslhnya makin ramai yg berani anuti kefahaman cmni... so ni laa barah pmikiran... tugas kita... cegah dan rawat barah ni setakat mana yg mampu... n berdoa dan bertawakal kpd Allah...

    cuba bygkan anak2 kita lak yg tpengaruh dgn pemikiran cmni... apa perasaan kita sbg mak pak???

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum.

    Terlebih dahulu terima kasih banyak-banyak sudi singgah ke blog saya yang tak seberapa. Juga sudi memberi buah fikiran yang bernas. Saya sangat hargai.

    Mengenai isu di entri saudara, memang saya sangat-sangat setuju. Saya juga pernah mengutarakan perihal ini di blog saya. Mengenai aurat wanita dan lelaki ( 2 entri yang berbeza ).

    Tetapi saya ni masih jahil tentang pelbagai perkara. Cuma saya cuba mengajak para pembaca berfikir dan cuba mencari hakikat sebuah kebenaran.

    Saudara tentu mempunyai ilmu yang lebih daripada saya. Diharap dapat memberi tunjuk ajar dan bertukar pendapat sekiranya diperlukan. Saya juga memerlukan sokongan blogger-blogger lain untuk sama-sama mengangkat Islam sebagai tunjang perbincangan. InsyaALLAH.

    Minta maaf sekiranya komen saya ini tiada kaitan dengan perihal entri saudara. Ini kerana dah banyak 'point' rasanya. Dan sudah jelas.

    Satu perkongsian yang sangat menarik. Diharapkan teruskan membawab mesej dakwah. Semoga Islam terus menyinar.

    Salam ukhwah dari saya : Hami Asraff Bin Ab Halim.

    hami_asraff@yahoo.com ( email dan ym )

    ReplyDelete
  10. hamiasraff~
    Waalaikumussalam w.b.t... atas pujian awk sy cuma blh kata masyaAllah... sy jg sbnrnya silent reader blog awk... blog awk agak menarik... cuma ada lagu yg selalu wat sy kelam kabut cari kat mana nak tutup... :) teruskan menulis... jazakallah khairan...

    ReplyDelete