Daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah saw. bersabda: “Jika ada seseorang berkata: “Orang ramai (sekarang ini) sudah rosak”, maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka”. [H.R. Muslim]

Monday, October 5, 2009

Jemputan ke Walimatul Urus...

Salam alaik... Salam Syawal... Salam Perpaduan... Salam Kasih Sayang... Salam Rindu... Salam Salam dan Salam...

Aku ingin menjemput semua sahabat dan semua pelawat blog ini untuk hadir ke majlis perkahwinan aku yang insyaAllah bakal berlangsung pada:

10 Disember 2009
Felda Chuping, Perlis

12 Disember 2009
Kulim, Kedah

Mohon kerjasama semua untuk memberi alamat saudara/i untuk saya poskan kad jemputan... insyaAllah...

Mohon juga pertolongan saudara/i untuk menghebahkan kepada rakan-rakan lain yang mengenali diri ini...

Saudara/i boleh menghubungi saya di talian 019-4773641 / 012-5774868 atau boleh juga melalui email mad_syahril@yahoo.co.uk / madsyahril@gmail.com atau boleh juga menerusi blog http://kisahsebuahperjalanan.blogspot.com ini...

Sekian... terima kasih... Salam alaik...


Ahmad Syahril bin Abdul Rahim
KISAH SEBUAH PERJALANAN
5 Oktober 2009 / 16 Syawal 1430H

Sunday, October 4, 2009

Muhasabah diri sementara stok masih ada...



Manusia mudah lupa... begitulah aku ingin tujukan kepada diri sendiri... apabila ditimba musibah... baru nak bermuhasabah... bila dalam kesusahan... baru teringat Tuhan...

Jadi... wahai Ahmad Syahril bin Abdul Rahim... sila baca petikan di bawah ini... khas untukmu... bak kata Nabil... "lu pikir la sendiri..."


ALLAH MAHA MENGETAHUI APA YANG TERBAIK UNTUK HAMBA-NYA

Firman Allah, maksudnya: "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah al-Baqarah; 216)


PERKAHWINAN ITU SUNNAH RASULULLAH

Daripada Aishah r.a. berkata, bersabda Nabi S.A.W. : "Perkahwinan itu adalah sunnahku, sesiapa yang tidak suka mengikut sunnahku, maka bukanlah dia drp golongan umatku." (Riwayat Ibn Majah)


LARANGAN MENINGGALKAN KAHWIN KERANA TAKUT MISKIN

Sabda Nabi S.A.W. : "Sesiapa yang meninggalkan berkahwin kerana takut miskin, maka bukanlah dia drp golonganku." (Riwayat Abu Daud)


KEBERKATAN SEORANG WANITA

"Sesungguhnya di antara keberkatan wanita ialah kemudahan peminangannya dan kemudahan maharnya." (Riwayat Ahmad)


CARA-CARA MEMILIH ISTERI AGAR SENANG HIDUP DUNIA AKHIRAT

Rasulullah S.A.W. bersabda: "Dikahwini seseorang perempuan itu berdasarkan 4 perkara, kerana kekayaannya, kecantikannya, keturunannya, dan kerana agamanya, maka utamalah pemilihan perempuan yang beragama, pasti kamu akan mendapat keuntungan."




LARANGAN AGAR MENJAUHI PERKARA HARAM

Rasulullah S.A.W. bersabda: "Sesungguhnya daging yang dibesarkan dengan perkara haram, maka nerakalah yang lebih utama untuknya." (Riwayat at-Tabrani)


RISIKO NIKMAT DUNIA

"Aku takut akan nikmat dunia kerana halalnya dihisab, manakala haramnya diazab." (Muqarrabin)


RENUNGAN UNTUK DIRI SENDIRI

"Aku tidak menangis kerana dunia ini, tetapi kerana jauhnya perjalananku dan sedikitnya bekalanku. Aku berjalan mendaki, tempat mendapat adalah syurga dan neraka, aku tidak tahu di antara keduanya di mana aku dimasukkan." Abu Hurairah r.a. (Ibnu Mubarak, Az-Zuhd, 38, Siyar, 2/578)



PERINGATAN AGAR BERHATI-HATI APABILA MENDAPAT SESUATU BERITA (JANGAN MUDAH PERCAYA TANPA USUL PERIKSA)

Firman Allah, maksudnya: "WAHAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN! JIKA DATANG KEPADA KAMU ORANG FASIQ (*) YANG MEMBAWA BERITA MAKA TELITILAH TERLEBIH DAHULU NANTI KAMU MENGENAKAN SESUATU KAUM SECARA JAHIL, MAKA MENYEBABKAN KAMU MENJADI ORANG YANG MENYESAL" (Surah al-Hujurat; 49)

(*) Orang FASIQ ialah orang yang sering melanggar perintah Allah, contohnya Allah sudah memberi amaran betapa berdosanya meninggalkan solat fardhu dan betapa pentingnya menutup aurat dengan sempurna... namun orang FASIQ sering meringankan (mengabaikan) solatnya dan memakai pakaian yang menampakkan susuk badannya...


p/s: Ya Allah... sukarnya jalan menuju ke syurga-Mu... dan begitu mudahnya jalan ke neraka-MU... aku mohon pertolongan-Mu ya Rahman ya Rahim...

Ahmad Syahril bin Abdul Rahim
KISAH SEBUAH PERJALANAN
4 Oktober 2009 / 15 Syawal 1430H

Saturday, October 3, 2009

TOO FAST TOO FURIOUS!!!

KAITAN GAMBAR: JANGAN PERASAN DIRI TU FAST SANGAT... NANTI KEMALANGAN!!!


Maaf entri kali ini agak bercelaru penggunaan bahasa... bersesuaian dengan jiwa aku yang juga bercelaru...

Topik kali ini berkenaan tahap pembacaan dan pemahaman seseorang... FAST atau SLOW... dipilih setelah aku penat menziarahi satu blog ni (maaf kerana tidak dapat memberi link kpd blog terbabit atas alasan yang aku rasa agak munasabah)... terdapat perbalahan yang bagi aku amatlah merugikan... bermula dengan salah paham pembaca tentang maksud artikel yang ditulis pemilik blog... lalu memberikan pendapat yg bertentangan (mulanya kurang keras)... lalu dibalas oleh pembaca lain dengan kekerasan... lalu berbalasanlah dengan kekerasan tersendiri... namun aku kagum dengan penulis blog terbabit kerana tidak terlalu melayan perbalahan itu... perbalahan yang selayaknya aku label sebagai AMATLAH BODOH LAGI MEMBODOHKAN!!! AMATLAH RUGI LAGI MERUGIKAN!!!

Kenapa aku label sebagai AMATLAH BODOH LAGI MEMBODOHKAN!!! AMATLAH RUGI LAGI MERUGIKAN!!!??? Kerana masing-masing cuba menegur atau menasihat dengan cara sinis... menyakitkan hati... cercaan... hinaan... semuanya gara-gara apabila tidak sekepala... bila pendapat kamu tidak sama dengan aku... kamu SLOW... kamu SLOW... kamu SLOW... kamu SLOW... kamu SLOW... kamu SLOW... kamu SLOW... kamu SLOW... kamu SLOW...

Beginilah cara mereka berdakwah... dengan menghina orang lain... dengan perasan diri mereka cukup FAST... tanya diri anda... adakah anda cukup FAST di sisi Allah?? meh aku copy paste sket komen-komen mereka yang menganggap diri mereka FAST dan cuba berdakwah... ingin mengubah... menasihati dan membetulkan seseorang yang kurang paham... dengan ayat dakwah mereka... "hei... engkau ni SLOW laa... insaflah sket..." ini:

Ayat "dakwah" 1:
"wei ******** *****..kalau hang btl2 rase blog ni hampeh..blah je la..ni note untuk diri die sendiri..kalau ko rase bagus..keep it up..kalau x ko, blah je..banyak lagi blog2 yang aku rase sesuai dengan kau..chow..zass!!!!......."

Ayat "dakwah" 2:
"PERATURAN MEMBACA BLOG ***********"
"Jangan jadi SLOW"
p/s: Sila patuhi peraturan

Ayat "dakwah" 3:
ni 'rumah' dia...apa ko kisah..

Ayat "dakwah" 4:
Eiii...
jijik ak dgr...

Ayat "dakwah" 5:
Nasihat ke tiga:
JANGAN JADI MANGKUK!!!

Ayat "dakwah" 6:
Blog nie tak sesuai dengan ko.. jadi aku anggap kau nie 'SLOW'

Ayat "dakwah" 7:
hm pape jela..ko g blaja alim2 dulu **** pas2 ko terang kat blog ni k

Ayat "dakwah" 8:
Kepada geng slow yang dah pecah belahkan umat islam tak payah la nak marah2 dan berfatwa2 sangat....amal itu yang penting....dalam hati anda penuh dengan marah....dendam.....so nabi tak ajaq semua ini pada umatnya.....jadi kepada yang slow2 tu kalu nak teruskan.....teruskan ajelah jangan nak kacau org lain.....ya Allah berilah hidayah kepada semua umat manusia agar mentaati mu dan ikut cara hidup baginda SAW.

Ayat "dakwah" 9:
Tak payah la ko bagi komen2 yg SLOW...
Dari menganggu blog org, wat la blog sendiri...

Ayat "dakwah" 10:
bangsat to anonymous..

Ayat "dakwah" 11:
tak sangka gak , ada yang tak SLOW tapi balas komen macam orang SLOW

Ayat "dakwah" 12:
aku bersyukur kerana diberikan nikmat tidak slow..woha!!

cukuplah sket2 aku bagi contoh ayat dakwah depa... cuba tanya diri korang... kalau ditakdirkan korang wat kesalahan... pastu ada orang yang nasihat korang... guna ayat "dakwah" cam kat atas tu... korang rasa korang boleh terima ke dakwah depa???

yang aku tetap rasa bangga... sebab ada yang di kalangan mereka pendakwah2 hebat tu... ckp cmni...

"cukuplah kita berbantah-bantah, kepada pengkritik/pemuji , buatlah apa yang difikirkan sesuai..kerana itu adalah HAK anda dan kerana itu juga adalah cermin diri anda... janganlah kita mengkritik utk kepuasan diri tapi buatlah cadangan/komen lillahhitaala..."

lega aku baca... cadangan dan komen semata2 kerana Allah... bagus sungguh pendakwah ini... tapi tetiba diikuti dengan ayat ini...

Ok... sekarang giliran aku untuk buat ulasan menyeluruh tentang perkara ini:

Kpd orang2 yg perasan diri mereka FAST... aku langsung tak berniat nak membela orang yang korang label SLOW tu... aku pun memang tak setuju dengan dia atas beberapa perkara... terutamanya cara dia komen... tapi cuba korang baca balik dari mula... dia cuma menyatakan pendapat dia sahaja... iaitu tak bersetuju dengan artikel tersebut... tapi korang mula menyerang dia dengan pelbagai ayat... aku cuba bersangka baik yang korang sayang kat dia... tak mau dia sesat... so korang nasihat laa dia... tapi sedar tak korang yang cara korang (bukan semua) tak kena... tak hikmah... tgklah kesan dia... dia dah sampai mencarut dah... sejak bulan Ramadhan lagi... nampak tak secara tak langsung korang dah membuatkan saudara kamu makin jauh dengan Allah???

Hentilah guna perkataan menghina tu... gunalah cara berlembut sket... berhikmah laa sket... memang ada time kita kena berkeras tapi tgk tgk laa keadaan beb... jgn laa suka2 hati je buat ayat... moga2 korang pun tak label aku SLOW kalo aku tak sependapat dengan korang...

Bimbinglah saudara2 kita yang dalam kegelapan (jgn lupa aku) secara hikmah... agar sama2 dapat menuju syurga... dan jauh ke neraka... dan yang paling penting... MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH DI DUNIA DAN AKHIRAT...

Yang paling aku sedih... bila ada yang cuba mendamaikan keadaan... cuba jadi orang tengah... nak meredakan keadaan... last2 dapat label SLOW jgk... so... AKU MEMOHON... AKU MERAYU... AKU MEMINTA DENGAN SGT2...

JGNLAH MENGHINA DAN MENCERCA SESAMA KITA ANDAI PUNYAI PANDANGAN BERBEZA...

Jgn laa sia2kan Ramadhan yg baru je lepas... jadikan golongan yang mendapat TAKWA... bukan golongan yang mendapat CELAKA...

Marilah kita hayati hadith di bawah ini...

Dalam hadis riwayat al-Imam al-Bukhari daripada Abu Hurairah, beliau berkata: “Dibawa kepada Nabi s.a.w seorang yang mabuk (minum arak), maka baginda memerintahkan agar dipukul, maka dalam kalangan kami ada yang memukulnya dengan tangan, ada yang memukul dengan selipar dan ada pula yang memukulnya dengan kainnya. Apabila selesai, seseorang berkata: “Allah telah menghinanya”. Maka Rasulullah s.a.w pun bersabda: “Jangan kamu menjadi pembantu syaitan (merosakkan) saudara kamu”.

Ahmad Syahril bin Abdul Rahim
KISAH SEBUAH PERJALANAN
3 Oktober 2009 / 14 Syawal 1430H

Thursday, October 1, 2009

Tentera Flat Bosnia Versi 2


p/s: Memang seronok apabila bersama kalian... akan aku abadikan sebagai salah satu peristiwa penting dalam kisah perjalanan aku ini... insyaAllah...

*AKU BERCADANG UNTUK ZIARAH KALIAN DI FLAT TERCINTA PADA 10 OKTOBER 2009 NI... INSYAALLAH...

Ahmad Syahril bin Abdul Rahim
KISAH SEBUAH PERJALANAN
1 Oktober 2009 / 12 Syawal 1430H

Tuesday, September 29, 2009

AMACAM BRO??? MACHO TAK AKU???



Segelintir perokok mengeluarkan hujah:

01 Rokok ni bagus sebab boleh halau nyamuk...

02 Rokok ni bukanlah sampai tahap haram... makruh je...

03 Cuba rujuk dalam kitab al-Quran... mana ada nyatakan rokok ni haram...

04 Ada ustaz dan tok imam masjid pun hisap rokok... mereka lebih alim dari kamu...

05 Malaysia ni negara Islam... kalaulah betul haram... kenapa kerajaan tak haramkan saja?


Izinkan aku membalas hujah mereka:

01 Adakah di Malaysia tiada ubat nyamuk? Anda sungguh kreatif serta inovatif sekali kerana anda sanggup mengorbankan diri sendiri semata-mata untuk menghalau nyamuk... mungkin demi untuk keluarga tersayang... tahniah kerana anda mempunyai kekuatan untuk ber"jihad"...

02 Anda pasti sungguh "alim" (berilmu tinggi) dalam hukum-hakam... anda mampu meletakkan merokok sebagai makhruh sedangkan MAJORITI ULAMA' zaman ini, seluruh fatwa antarabangsa, dan pakar kesihatan mengharamkan rokok...

03 Dalam al-Quran, Allah swt. berfirman yang bermaksud: "...Janganlah kamu mengatakan kepada kedua-duanya (ibu bapa) dengan perkataan uh, dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia." (Surah al-Isra'; 23)... maka adakah kamu akan kata begini... "Sepak punggung ibu boleh dan tak haram... cuba rujuk al-Quran... mana ada nyatakan sepak punggung ibu tu haram..."... dan untuk pengetahuan kamu... dalam surah al-Baqarah ayat 195 Allah berpesan “...janganlah kamu dengan sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan...”... sesungguhnya ROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN ANDA!!!

04 Ya... ustaz dan tok imam tersebut lebih alim dari aku... ilmu mereka lebih tinggi... aku terlalu kerdil... tapi aku bersyukur kerana Allah telah pilih aku untuk menjadi makhluk yang tidak suka makan asap... hamba yang tidak suka membakar duit (membazir itu amalan siapa entah)... insan yang takut untuk membinasakan diri sendiri dan orang sekeliling... izinkan aku ulang kata-kata bekas mufti Perlis... "ustaz yang kaki hisap rokok tentu menyatakan rokok makruh, walaupun seluruh fatwa antarabangsa; ulama dan para pakar kesihatan menyatakan ia haram."

05 Malaysia memang sebuah negara Islam... sebagaimana yang telah diisytiharkan... dan arak juga haram... dan arak juga dijual secara bebas... tak kira di negeri mana pun... dikilangkan juga di Malaysia... adakah atas alasan Malaysia jual... maka jatuh hukum halal?


Info tambahan:
  • Terdapat unsur arak dan racun di dalam rokok, maka ia adalah seperti darah dan bangkai yang diharamkan kerana unsur kotor dan racun (seperti nikotin, tar, alkohol methanol, karbon monoksida, ammonia, dan lain-lain) yang terkandung di dalamnya...
  • Dunia perubatan sedunia semuanya sepakat menyatakan betapa merokok memudaratkan kesihatan secara pasti, juga menjadi penyebab pelbagai penyakit membunuh. Allah swt. menyuruh kita agar merujuk kepada ahli dalam sesuatu ilmu sebagaimana erti firman-Nya "...Maka hendaklah kamu bertanya kepada yang berpengalaman" (Al-Furqaan; 59)...
  • Ia juga boleh memudaratkan hubungan kemasyarakatan dengan sebab baunya yang kuat dan busuk. Hal ini tidak dibenarkan oleh Islam berdasarkan sabda Nabi saw. ertinya: "Tiada boleh memberi mudarat dan membalas mudarat." (Riwayat Malik)
  • Aku suka dengan pesanan dari seorang saudara muslim di ruangan komentar web www.zaharuddin.net:
"Saya pernah bekerja di sebuah syarikat rokok terkemuka selama hampir 10 tahun. Antara ramuan rahsia selain dari kimia berbahaya adalah sejenis arak/liqour. Ada juga perisa coklat/madu yang menyebabkan ketagihan..

Selain itu, adunan tembakau dimasak/salai untuk membunuh sejenis kumbang/vewil. Tapi telur vewil ini masih hdup dan bercampur udara lembab ia akan menetas selepas 3bulan! Tu sebab kretek/rokok expired akan ada bintik2 minyak/air pada kertas.

Boleh koyak chek tengok, hehe.. Kalau hisap mesti ada bunyi terbakar/meletis..
Alhamdulillah, saya tak pernah hisap rokok (kerja makan gaji je!) Dan dah berhenti lama dah pun..

Jadi TOLONG BERHENTI MEROKOK!

Mulakan dengan menghormati orang yang tidak merokok di keliling anda.. eg: anak2, isteri2, kawan2, orang lain di tempat awam..

Soalan: YANG MANA LEBIH TERUK?
1. Saya ludah kahak kuning saya ke muka anda? (Dan anda boleh cuci)
2. Anda hembus asap rokok pada orang lain? (Dan sedut asap beracun & najis tu dan mudaratkan kesihatan.. Habis derita keluarga dan masyarakat secara tak langsung!)
"



p/s: ANDA MAMPU MENGUBAHNYA!!!

Ahmad Syahril bin Abdul Rahim
KISAH SEBUAH PERJALANAN
29 September 2009 / 10 Syawal 1430H