Maaf entri kali ini agak bercelaru penggunaan bahasa... bersesuaian dengan jiwa aku yang juga bercelaru...
Topik kali ini berkenaan tahap pembacaan dan pemahaman seseorang... FAST atau SLOW... dipilih setelah aku penat menziarahi satu blog ni (maaf kerana tidak dapat memberi link kpd blog terbabit atas alasan yang aku rasa agak munasabah)... terdapat perbalahan yang bagi aku amatlah merugikan... bermula dengan salah paham pembaca tentang maksud artikel yang ditulis pemilik blog... lalu memberikan pendapat yg bertentangan (mulanya kurang keras)... lalu dibalas oleh pembaca lain dengan kekerasan... lalu berbalasanlah dengan kekerasan tersendiri... namun aku kagum dengan penulis blog terbabit kerana tidak terlalu melayan perbalahan itu... perbalahan yang selayaknya aku label sebagai AMATLAH BODOH LAGI MEMBODOHKAN!!! AMATLAH RUGI LAGI MERUGIKAN!!!
Kenapa aku label sebagai AMATLAH BODOH LAGI MEMBODOHKAN!!! AMATLAH RUGI LAGI MERUGIKAN!!!??? Kerana masing-masing cuba menegur atau menasihat dengan cara sinis... menyakitkan hati... cercaan... hinaan... semuanya gara-gara apabila tidak sekepala... bila pendapat kamu tidak sama dengan aku... kamu SLOW... kamu SLOW... kamu SLOW... kamu SLOW... kamu SLOW... kamu SLOW... kamu SLOW... kamu SLOW... kamu SLOW...
Beginilah cara mereka berdakwah... dengan menghina orang lain... dengan perasan diri mereka cukup FAST... tanya diri anda... adakah anda cukup FAST di sisi Allah?? meh aku copy paste sket komen-komen mereka yang menganggap diri mereka FAST dan cuba berdakwah... ingin mengubah... menasihati dan membetulkan seseorang yang kurang paham... dengan ayat dakwah mereka... "hei... engkau ni SLOW laa... insaflah sket..." ini:
Ayat "dakwah" 1:
"wei ******** *****..kalau hang btl2 rase blog ni hampeh..blah je la..ni note untuk diri die sendiri..kalau ko rase bagus..keep it up..kalau x ko, blah je..banyak lagi blog2 yang aku rase sesuai dengan kau..chow..zass!!!!......."
Ayat "dakwah" 2:
"PERATURAN MEMBACA BLOG ***********"
"Jangan jadi SLOW"
p/s: Sila patuhi peraturan
Ayat "dakwah" 3:
ni 'rumah' dia...apa ko kisah..
Ayat "dakwah" 4:
Eiii...
jijik ak dgr...
Ayat "dakwah" 5:
Nasihat ke tiga:
JANGAN JADI MANGKUK!!!
Ayat "dakwah" 6:
Blog nie tak sesuai dengan ko.. jadi aku anggap kau nie 'SLOW'
Ayat "dakwah" 7:
hm pape jela..ko g blaja alim2 dulu **** pas2 ko terang kat blog ni k
Ayat "dakwah" 8:
Kepada geng slow yang dah pecah belahkan umat islam tak payah la nak marah2 dan berfatwa2 sangat....amal itu yang penting....dalam hati anda penuh dengan marah....dendam.....so nabi tak ajaq semua ini pada umatnya.....jadi kepada yang slow2 tu kalu nak teruskan.....teruskan ajelah jangan nak kacau org lain.....ya Allah berilah hidayah kepada semua umat manusia agar mentaati mu dan ikut cara hidup baginda SAW.
Ayat "dakwah" 9:
Tak payah la ko bagi komen2 yg SLOW...
Dari menganggu blog org, wat la blog sendiri...
Ayat "dakwah" 10:
bangsat to anonymous..
Ayat "dakwah" 11:
tak sangka gak , ada yang tak SLOW tapi balas komen macam orang SLOW
Ayat "dakwah" 12:
aku bersyukur kerana diberikan nikmat tidak slow..woha!!
cukuplah sket2 aku bagi contoh ayat dakwah depa... cuba tanya diri korang... kalau ditakdirkan korang wat kesalahan... pastu ada orang yang nasihat korang... guna ayat "dakwah" cam kat atas tu... korang rasa korang boleh terima ke dakwah depa???
yang aku tetap rasa bangga... sebab ada yang di kalangan mereka pendakwah2 hebat tu... ckp cmni...
"cukuplah kita berbantah-bantah, kepada pengkritik/pemuji , buatlah apa yang difikirkan sesuai..kerana itu adalah HAK anda dan kerana itu juga adalah cermin diri anda... janganlah kita mengkritik utk kepuasan diri tapi buatlah cadangan/komen lillahhitaala..."
lega aku baca... cadangan dan komen semata2 kerana Allah... bagus sungguh pendakwah ini... tapi tetiba diikuti dengan ayat ini...
Ok... sekarang giliran aku untuk buat ulasan menyeluruh tentang perkara ini:
Kpd orang2 yg perasan diri mereka FAST... aku langsung tak berniat nak membela orang yang korang label SLOW tu... aku pun memang tak setuju dengan dia atas beberapa perkara... terutamanya cara dia komen... tapi cuba korang baca balik dari mula... dia cuma menyatakan pendapat dia sahaja... iaitu tak bersetuju dengan artikel tersebut... tapi korang mula menyerang dia dengan pelbagai ayat... aku cuba bersangka baik yang korang sayang kat dia... tak mau dia sesat... so korang nasihat laa dia... tapi sedar tak korang yang cara korang (bukan semua) tak kena... tak hikmah... tgklah kesan dia... dia dah sampai mencarut dah... sejak bulan Ramadhan lagi... nampak tak secara tak langsung korang dah membuatkan saudara kamu makin jauh dengan Allah???
Hentilah guna perkataan menghina tu... gunalah cara berlembut sket... berhikmah laa sket... memang ada time kita kena berkeras tapi tgk tgk laa keadaan beb... jgn laa suka2 hati je buat ayat... moga2 korang pun tak label aku SLOW kalo aku tak sependapat dengan korang...
Bimbinglah saudara2 kita yang dalam kegelapan (jgn lupa aku) secara hikmah... agar sama2 dapat menuju syurga... dan jauh ke neraka... dan yang paling penting... MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH DI DUNIA DAN AKHIRAT...
Yang paling aku sedih... bila ada yang cuba mendamaikan keadaan... cuba jadi orang tengah... nak meredakan keadaan... last2 dapat label SLOW jgk... so... AKU MEMOHON... AKU MERAYU... AKU MEMINTA DENGAN SGT2...
JGNLAH MENGHINA DAN MENCERCA SESAMA KITA ANDAI PUNYAI PANDANGAN BERBEZA...
Jgn laa sia2kan Ramadhan yg baru je lepas... jadikan golongan yang mendapat TAKWA... bukan golongan yang mendapat CELAKA...
Marilah kita hayati hadith di bawah ini...
Dalam hadis riwayat al-Imam al-Bukhari daripada Abu Hurairah, beliau berkata: “Dibawa kepada Nabi s.a.w seorang yang mabuk (minum arak), maka baginda memerintahkan agar dipukul, maka dalam kalangan kami ada yang memukulnya dengan tangan, ada yang memukul dengan selipar dan ada pula yang memukulnya dengan kainnya. Apabila selesai, seseorang berkata: “Allah telah menghinanya”. Maka Rasulullah s.a.w pun bersabda: “Jangan kamu menjadi pembantu syaitan (merosakkan) saudara kamu”.
Ahmad Syahril bin Abdul Rahim
KISAH SEBUAH PERJALANAN
3 Oktober 2009 / 14 Syawal 1430H
Aku suka dengan komen ni... dari saudara Mokhtar...
ReplyDeleteCuma perkara penting yg ingin aku kongsi ng ko...
Allah jadikan manusia ni mcm2 jenis...
Ada yg lahir2 terus jadi kaya (sbb mak bapak kaya)...
Ada yg lahir2 terus jadi org miskin (sbb mak bapak miskin)...
Ada yg sejak lahir otak dia slow...lambat pickup...
Ada yg blajar skit je trus dapat...otak cepat pickup...
Ada yg lahir sbg org yg hensem (mcm adli)...
Ada yg lahir hodoh je muka (mcm...err...)...
TAPI~ Allah tak pernah bagitau dalam Al-Quran, org kaya je masuk syurga, atau org pandai je masuk syurga, atau org hensem je masuk syurga...
Allah tak pernah bagitau dalam Al-Quran org miskin masuk neraka, atau org bodoh masuk neraka, atau org hodoh masuk neraka...
Allah bagitahu, siapa yg ada iman yang betul pada Allah, dan mengerjakan amal soleh, dialah yg masuk syurga...tak kira la kaya ke, miskin ke, bijak ke, bodoh ke, hensem ke, hodoh ke...
Menunjukkan ALlah Maha Adil...suma org mampu mengusahakan iman dan amal soleh...
Kenkadang kita yg zalim...menilai org berdasarkan harta, rupa atau intelek dia...
Allah Maha Adil...org cacat takder kaki pun leh amal agama dalam hidup...
Allah je yg layak kita cintai sebenarnya...
Cinta yg Kekal...
Cinta yg Suci...
Cinta yg aku belum dapat lagi...
moga Allah hindar dan selamatkan pakcik dari balah-berbalah. pakcik sudah serik, dalam sibuk melayan balah-berbalah, melihat org berbalah, komen org berbalah...hati direntap peristiwa yg berbekas sehingga hari ini.Entahla bekas tu nak hilang tp kesannya sgt berbekas.
ReplyDeletemoga Allah selamatkan kita semua dari perbalahan yang merugikan umat Islam... syaitan mmg licik... sentiasa menghasut kita agar sentiasa berbalah... walhal khilaf atau perbezaan pendapat itu perkara baik... perlu berbesar hati... hormat akan perbezaan tersebut... tapi atas hasutan si licik laknatullah itu... kita lupa akan semua ini...
ReplyDeletep/s: hrp sgt2 umat kita kembali bersatu... dan moga pakcik pulih seperti sediakala serta boleh menulis artikel seperti dahulu...