Daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah saw. bersabda: “Jika ada seseorang berkata: “Orang ramai (sekarang ini) sudah rosak”, maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka”. [H.R. Muslim]

Sunday, October 4, 2009

Muhasabah diri sementara stok masih ada...



Manusia mudah lupa... begitulah aku ingin tujukan kepada diri sendiri... apabila ditimba musibah... baru nak bermuhasabah... bila dalam kesusahan... baru teringat Tuhan...

Jadi... wahai Ahmad Syahril bin Abdul Rahim... sila baca petikan di bawah ini... khas untukmu... bak kata Nabil... "lu pikir la sendiri..."


ALLAH MAHA MENGETAHUI APA YANG TERBAIK UNTUK HAMBA-NYA

Firman Allah, maksudnya: "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah al-Baqarah; 216)


PERKAHWINAN ITU SUNNAH RASULULLAH

Daripada Aishah r.a. berkata, bersabda Nabi S.A.W. : "Perkahwinan itu adalah sunnahku, sesiapa yang tidak suka mengikut sunnahku, maka bukanlah dia drp golongan umatku." (Riwayat Ibn Majah)


LARANGAN MENINGGALKAN KAHWIN KERANA TAKUT MISKIN

Sabda Nabi S.A.W. : "Sesiapa yang meninggalkan berkahwin kerana takut miskin, maka bukanlah dia drp golonganku." (Riwayat Abu Daud)


KEBERKATAN SEORANG WANITA

"Sesungguhnya di antara keberkatan wanita ialah kemudahan peminangannya dan kemudahan maharnya." (Riwayat Ahmad)


CARA-CARA MEMILIH ISTERI AGAR SENANG HIDUP DUNIA AKHIRAT

Rasulullah S.A.W. bersabda: "Dikahwini seseorang perempuan itu berdasarkan 4 perkara, kerana kekayaannya, kecantikannya, keturunannya, dan kerana agamanya, maka utamalah pemilihan perempuan yang beragama, pasti kamu akan mendapat keuntungan."




LARANGAN AGAR MENJAUHI PERKARA HARAM

Rasulullah S.A.W. bersabda: "Sesungguhnya daging yang dibesarkan dengan perkara haram, maka nerakalah yang lebih utama untuknya." (Riwayat at-Tabrani)


RISIKO NIKMAT DUNIA

"Aku takut akan nikmat dunia kerana halalnya dihisab, manakala haramnya diazab." (Muqarrabin)


RENUNGAN UNTUK DIRI SENDIRI

"Aku tidak menangis kerana dunia ini, tetapi kerana jauhnya perjalananku dan sedikitnya bekalanku. Aku berjalan mendaki, tempat mendapat adalah syurga dan neraka, aku tidak tahu di antara keduanya di mana aku dimasukkan." Abu Hurairah r.a. (Ibnu Mubarak, Az-Zuhd, 38, Siyar, 2/578)



PERINGATAN AGAR BERHATI-HATI APABILA MENDAPAT SESUATU BERITA (JANGAN MUDAH PERCAYA TANPA USUL PERIKSA)

Firman Allah, maksudnya: "WAHAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN! JIKA DATANG KEPADA KAMU ORANG FASIQ (*) YANG MEMBAWA BERITA MAKA TELITILAH TERLEBIH DAHULU NANTI KAMU MENGENAKAN SESUATU KAUM SECARA JAHIL, MAKA MENYEBABKAN KAMU MENJADI ORANG YANG MENYESAL" (Surah al-Hujurat; 49)

(*) Orang FASIQ ialah orang yang sering melanggar perintah Allah, contohnya Allah sudah memberi amaran betapa berdosanya meninggalkan solat fardhu dan betapa pentingnya menutup aurat dengan sempurna... namun orang FASIQ sering meringankan (mengabaikan) solatnya dan memakai pakaian yang menampakkan susuk badannya...


p/s: Ya Allah... sukarnya jalan menuju ke syurga-Mu... dan begitu mudahnya jalan ke neraka-MU... aku mohon pertolongan-Mu ya Rahman ya Rahim...

Ahmad Syahril bin Abdul Rahim
KISAH SEBUAH PERJALANAN
4 Oktober 2009 / 15 Syawal 1430H

No comments:

Post a Comment