Daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah saw. bersabda: “Jika ada seseorang berkata: “Orang ramai (sekarang ini) sudah rosak”, maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka”. [H.R. Muslim]

Friday, August 28, 2009

Khas untuk yang sudah berkahwin dan yang bakal berkahwin...



Dalam kisah perjalanan hidup kita... sekiranya diizinkan oleh Allah swt., kita akan meneruskan perjalanan kita dengan menaiki sebuah kenderaan yang diberi nama PERKAHWINAN. Disebabkan aku juga bakal memiliki kenderaan ini (InsyaAllah)... maka ingin aku coretkan sedikit khas untuk golongan yang bakal memandu dan yang sedang memandu kenderaan PERKAHWINAN ini... terutamanya untuk diriku ini... moga aku tidak lupa bahawa kenderaan ini merupakan amanah daripada Allah yang perlu aku jaga dengan sebaik-baiknya insyaAllah...

Ada kalanya seseorang memiliki pasangan hidup berparas menarik tetapi cakapnya pedas lagi menyinggung.

Ada pasangannya rupawan, bahasanya sedap didengar tetapi sangat boros.

Ada pula pasangannya indah dan jimat tetapi malas beribadah.

Kerencaman dalam mencari jodoh ini pernah diibaratkan dalam satu hadith sabdaan Nabi saw. yang bermaksud: 'Manusia itu seperti unta. Antara 100 ekor unta, sangat sulit kamu menemukan seekor yang sangat baik tunggangannya.' (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Pasangan ideal memang sukar diperolehi dalam zaman penuh dugaan.

Ada gadis yang mengeluh kerana sudah penat mencari calon suami yang berkelayakan, gagah dan lawa, tenang, dan lembut serta kuat beribadah.

Ada teruna mengeluh sukar mencari calon isteri yang cantik, senang dipandang, sabar, jimat, suka beribadah, dan pandai mengambil hati ibunya.

Nasihat Rasulullah saw berkenaan kekurangan yang ada pada pasangan kita: 'Hendaknya seorang Mukmin tidak meninggalkan seorang Mukminah. Kalau dia membenci suatu perangai pada diri isterinya, dia pasti menyenangi perangai yang lain.'

Pesan Rasulullah sejajar dengan firman Allah swt yang bermaksud: 'Kemudian apabila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.' (Surah an-Nisaa; 19)

Sebagai pasangan (baik suami mahupun isteri), janganlah kita membiarkan begitu saja beberapa aib atau kekurangan pasangan kita. Alasan bahawa sikap sudah begitu sejak mula - tidak boleh dipakai sama sekali.

Sikap manusia boleh diubah selagi ia sanggup mengubahnya.

Suami hendaklah berdakwah kepada isteri dan begitu juga sebaliknya.

Allah swt berfirman, mafhumnya: 'Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.' (Surah An-Nahl: 125).

Dakwah paling asas adalah dengan pasangan kita sebagaimana Rasulullah saw. menyampaikan kisah baginda menerima wahyu kepada isterinya, Khadijah. Diikuti dengan anak-anak dan orang-orang terdekat.

Oleh itu, suami/isteri perlu menggilap cara merubah sikap pasangan dengan cara paling elok menunjukkan contoh dan hujah. Kekasaran atau pukul bantai tidak boleh dibuat untuk memaksa seseorang berubah.

Selain ikhlas dalam menasihati, penting pula ikhlas dalam menerima nasihat. Ketika kita dinasihati, hendaknya kita kendalikan serta lunakkan hati kita untuk ikhlas menerimanya.

p/s : KEBAHAGIAAN TIDAK AKAN HADIR DENGAN SEKELIP MATA. IANYA HARUS DIPUPUK DENGAN PERASAAN KASIH SAYANG YANG TIDAK BERBELAH BAGI...

Ahmad Syahril bin Abdul Rahim
KISAH SEBUAH PERJALANAN
28 Ogos 2009 / 7 Ramadhan 1430H

14 comments:

  1. ni khas tuk diorg je ke?xkira aku nk menyibuk jgk..he

    ~akuhamba~

    ReplyDelete
  2. “ Diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu bahawasanya Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda : Seseorang perempuan itu dipilih untuk menjadi isteri berdasarkan kepada empat ciri-ciri iaitu kerana harta bendanya, kerana keturunannya (kemuliaan keturunan), kerana kecantikannya, kerana pegangan agamanya. Kerana itu pilihlah (berikanlah keutamaan) kepada perempuan yang berpegang teguh kepada agama, nescaya kamu bertuah (beruntung).

    ( Hadith riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim.)

    p/s: Titik tolak kebahagiaan rumahtangga adlh bermula dgn pemilihan jodoh yg tepat spt yg disarankan oleh Rasulullah SAW

    ~akuhamba~

    ReplyDelete
  3. betul2... ikut saranan Rasulullah... insyaAllah bahagia rumahtangga...

    hehehe... silap tajuk tu... semua pun boleh... ilmu ni tak kira bila2 pun kita boleh belajar... selagi nyawa dikandung badan...

    ReplyDelete
  4. hoho...kita akan dapat yg terpilih kalo kita berusaha jadikan diri org yg terpilih.sekian terima kasih

    ReplyDelete
  5. untuk aku ke ni?

    hehe.. tenkiu my fren. Weh, daus datang sini hari ni. bukak posa skali. hang bila lagi??

    ReplyDelete
  6. segan pulak nak menyampuk...dah lelaki je yg bagi komen.

    chup..
    nak tanya,
    setahu aishah,solat lelaki hanya di masjid. jemaah.
    (maaf kalau silap)sebab takde guru nak ajarkan buku fadhilat amal tu...
    soalannya, macam mana dengan lelaki yg hanya jemaah di rumah bersama anak isteri..emm..yang azan dr masjid masih boleh di dengar di rumah..

    aishah pun tak faham soalan aishah ni~

    ReplyDelete
  7. parkchick
    tul tu...nak dpt yg elok kita mesti perelokkan diri kita dulu... tapi apapun keadaan... nak ke tak nak... kita wajib perelokkan diri kita... sbb kita ni hanya hamba Allah... maka bersifatlah seperti hamba...

    paklang biotik
    sbnrnya utk semua...tapi khusus utk org2 mcm hg jgk... hehehe...aku dah ada anak dah laa ni (anak murid)...so susah sket nak pi sana...insyaAllah kalo ada kelapangan...aku sampai laa sana...rindu suasana sana...kat sini aku bukak pose dgn warga emas...

    aishah
    hehehe ramai lelaki kat sini...tapi tak salah pun nak menyampuk asalkan betul cara...hehehe...
    soalan cik aishah...ni komen ana... "adalah baik utk lelaki bersolat jemaah di rumah bersama anak dan isteri... lebih baik lg kalo lelaki solat di masjid... dan jauh lebih baik kalo solat berjemaah dan mendapat takbiratul ula (takbir bsama imam) yakni awal waktu...
    so...pilih laa yg mana 1...jwpnnya tak salah...cuma pilih laa yg mana terbaik...agar kita makin dekat dgn Allah...plg elok dtg laa ke masjid...tapi kdg2 elok juga bjemaah di rumah dgn keluarga...utk dakwah kepada keluarga...wallahualam"...

    ReplyDelete
  8. hoho...kita akan dapat yg terpilih kalo kita berusaha jadikan diri org yg terpilih.sekian terima kasih (park chick)

    p/s: huhu terasa diperli oleh pokcik..

    ~akuhamba~

    ReplyDelete
  9. respon kepada pertanyaan aisyah n jawapan syahrom

    solat berjemaah adalah fardu kifayah bagi setiap kariah.kalo xwat semua org tanggung dosa.lelaki yg dpertanggugjawab solat bjemaah kat surau.kita kena paham ranking fardhu vs sunat.watla byk mana pun sunat,pasti xleh lawan rank fardhu.pahala banyak,rugi la xwat.xpenting solat berjemaah ada ke tak kat kariah kita,yg penting kita ada ke tak dalam solat berjemaah tu.

    lelaki2..silalah berjemaah kat tempat azan diazankan, di awal2 waktu.jgn tertipu dengan fikiran bahawa "sesekali berjemaah la ngan family kat umah".yes, betol..tp fardhu berjemaahlah kat surau/masjid..kalo teringin nk berjemaah ngan family..berjemaahlah dalam solah sunat...wat duha ramai2..xpun kejut fmily utk berjemaah dalam tahajud..baru power

    wAllahua'lam.sekian,terima kasih

    ReplyDelete
  10. emmm... ada betul apa hg ckp tu... kena utamakan apa yg lebih utama... mohon maaf aku tersilap ayat... sepatutnya ayatnya cmni... "adalah TIDAK SALAH utk lelaki bersolat jemaah di rumah bersama anak dan isteri... LEBIH BAIK lg kalo lelaki solat berjemaah di masjid..."

    rujuk pada soalan aishah... "mcm mana dgn lelaki itu?" dari segi hukum fiqah atau fatwa... solatnya diterima dan tetap mendapat pahala berjemaah... seperti yg dijelaskan oleh Dato' Dr Haron Din dlm kuliahnya... "sbenarnya solat berjemaah boleh dilakukan di mana-mana sahaja asalkan tempat itu bersih dan suci...". itu dari segi fatwa... tapi bila sebut TAKWA... maka tuntutan berjemaah adalah dilakukan di masjid... sebab cara itu adalah slh satu cara utk dekati Allah... cara Nabi dan para sahabat serta para solihin...

    penah aku bckp dgn sorg ustaz namanya Ustaz Fauzi (tak ingat nama penuh)... katanya "anta perlu paham, surau bukan masjid...jadi kalau jemaah dapat ditemukan di dalam masjid dan surau,maka masjid lebih utama... demikian juga laa surau dan rumah...bukan tidak boleh...tapi beza dari segi afdalnya... sbb kalo nak dpt takwa...maka jgn sambil lewa..."

    tapi aku terpikir... ok laa aku bg contoh... moga ada yg sudi beri pandangan...

    dia ada sorg anak pompuan yg liat bab solat fardhu ni... bila tanya dia ckp... "dah solat ayah..."... tapi bila siasat... tak solat pun... atas rasa risau dan niat nak mendidik anak dia sama... ayah dia kekadang akan wat solat fardhu bjemaah kat umah bersama family... demi memastikan anaknya dan keluarganya bersolat dan biasakan diri dgn solat... so kalo situasi cmni... apakah yg terbaik utk si ayah itu? nak wat solat sunat bjemaah... yg fardhu out tak guna juga... sebab kena utamakan yg wajib...

    p/s: masih byk yg belum tahu... thanks utk perkongsian sahabat2 sekalian...

    ReplyDelete
  11. solat fardhu nabi=solat di tempat azan diazankan,di awal2 wktu, secara bjemaah

    pakcik pun xtau nak komen cmne kalo situasi cmtu. kalo situasi cmni mak pun kena amik tgjawab..xpun sesekali bw je dorg p berjemaah. yg penting kena bg kefahaman kpentingan solat.

    ReplyDelete
  12. so kalo cinta nabi... ikut laa cara nabi... cara solat fardhu nabi... itu lebih mdekatkan diri kita dgn takwa...

    ooo cmtu... tul gak kan... mak pun kena amik peranan gak laa kan... tak tpikir lak... huhuhu... maka pentingnya didikan awal... bkn saja kpd anak... tapi juga isteri... ilmu yg cukup bguna utk aku... alhamdulillah...

    p/s: huhuhu penatnya arini... byk menjerit dlm kelas...

    ReplyDelete
  13. auwwwwwwwwwww...hang menjerit cmtu kan?haa..jgn xngaku..pakcik tau

    ReplyDelete