Nyaris-nyaris aku terlupa... aku sebenarnya ingin kongsi satu panduan... maka sebelum aku melabuhkan tirai malam ini... aku ingin kongsi cadangan seorang ustaz dalam satu kuliah maghrib dalam bulan Syaaban lepas (tarikhnya aku terlupa)... nama pun lupa tapi gelaran sheikh... berkenaan solat witir selepas solat sunat tarawikh...
Ustaz ni bagitau... dia selalu imamkan jemaah masjid... bila selesai tarawikh 20 rakaat... disusuli solat witir. Beliau menambah solat witir ini Rasulullah galakkan untuk dilakukan sebagai penutup (dijadikan sebagai solat yang terakhir)... persoalannya... "
kalau aku jadi imam... mesti kena buat witir 3 rakaat... esok pagi nak bangun pulak buat qiamullail... so mcm mana nak jadikan witir sbg penutup?". Memang bukan menjadi satu kesalahan untuk menyelesaikan witir selepas tarawikh... tapi adalah lebih baik jika dijadikan witir sebagai penutup... sekiranya yakin anda mempunyai kemampuan untuk bangun keesokannya...
Diringkaskan cerita... ustaz memberitahu... dia akan melaksanakan dua rakaat pertama witir seperti biasa... dan BELIAU AKAN MENIATKAN RAKAAT YANG TERAKHIR (SATU RAKAAT WITIR) SEBAGAI QADHA... sebab kata beliau... masa muda beliau dulu solat witir banyak kali ditinggalkannya... maka beliau menyimpan satu rakaat terakhir... masih aku ingat ayat beliau... "
satu rakaat yang last tu yang paling power...". Maka, beliau pun akan berqiamullail keesokannya dengan disudahi dengan solat witir satu rakaat...
Sekian... perkongsian untuk malam ini... semoga dapat memberi manfaat kepada kita semua...
Ahmad Syahril bin Abdul RahimKISAH SEBUAH PERJALANAN26 Ogos 2009 / 5 Ramadhan 1430H
salam,
ReplyDeletekalau imam jalankan tarawikh sampai lapan,
kemudian witir, boleh makmum niat witir tu sebagai rakaat tarawikhnya yg ke sepuluh?
selamat mengejar pintu2 syurga encik~
Ya Allah, berilah aku rezeki & kekuatan utk menghidupkan Ramadhan kali ini dengan ketaatan, penuh keimanan & kesungguhan.
ReplyDelete~hambaALLAH bukan hambaRamadhan~
cik aishah
ReplyDeleteemm... tak pasti maka tak brani nak bg jwpn... insyaAllah bila dah dpt jwpn nanti sy bg jwpn...tapi pendapat sy... kalau sy ikut imam tu... sy akan ikut imam buat witir tapi simpan 1 rakaat terakhir dgn meniatkan qadha (disebabkan tak boleh ada dua witir pada 1 malam)... maka sy bleh smbung kat rumah... buat baki tarawikh (kalau berkemampuan) dan bleh sambung dgn tahajjud dan sbgnya. tarawikh ni Rasulullah tak pernah meriwayatkan berapa bilangan rakaatnya... malah ini adalah ibadah sunat... lebih byk rakaat maka lebih baik... tapi biarlah ikut kemampuan... sebab Allah lebih suka ibadah hamba-Nya yg sedikit tapi istiqamah (berterusan)...
hambaALLAH bukan hambaRamadhan
aku aminkan doa ko... cuma lagi baik kalo tukar "aku" jadi "kami"... untuk kita semua... untuk aku jgn lupa... :)... dan sememangnya kita hamba Allah dan bukan hamba Ramadhan... sebab kita sebagai hamba sepatutnya beramal ni niat utk dpt redha Allah saja... malanglah kalo niat nak kejar pahala melebihi niat nak dpt keampunan-Nya... akidah dan tauhid mesti jelas kalo tak... sia2 je amalan kita...