Gambar dipetik dari sumber yang tidak diingati di mana... maafkan aku... cuma ingin mengambil gambar menyuap sahaja...
Aku tidak ingat perincian keseluruhan kisah tersebut... tetapi cukuplah aku menceritakan intipati kisah itu... kisahnya... suatu hari Saidina Abu Bakar al-Siddiq menanyakan anaknya Aishah tentang sunnah Nabi saw. (Rasulullah saw. telah wafat ketika itu)... ditanyakan adakah lagi sunnah Rasulullah yang beliau belum laksanakan? soalan ini membuatkan anaknya Aishah terdiam sebentar sambil memikir (ini menunjukkan betapa Saidina Abu Bakar sayangkan Nabi sehingga hampir kesemua sunnah Baginda diikuti)... dan akhirnya anaknya perempuannya bersuara... bahawa ada satu lagi sunnah Nabi saw. yang belum dibuat oleh ayahnya itu... sunnah Baginda tersebut adalah memberi makan roti kepada seorang yang buta...
Diringkaskan cerita... Saidina Abu Bakar pun mencari dan bertemu dengan orang buta tersebut lalu diberikannya makan roti... orang buta tersebut bertanya kepada Abu Bakar... "...siapakah engkau ini?"... lalu dijawab oleh Saidina Abu Bakar... "...aku ialah orang yang selalu memberi engkau makan roti sebelum ini...". Lalu orang buta itu menegaskan... "...engkau ini bukan orang yang sama... kerana orang yang sebelum ini akan memotong roti ini sehingga kecil untuk memudahkan aku makan..."...
Dan orang buta itu meneruskan dialognya... "...aku ingin berpesan kepada engkau sebagaimana aku sering berpesan kepada orang yang selalu menyuap aku dengan roti sebelum engkau ini... bahawa hendaklah engkau berhati-hati dengan seorang pemuda yang bernama Muhammad kerana kegilaannya mendakwa dirinya seorang Nabi... mengajak orang meninggalkan amalan nenek moyang... dan lain-lain..."...
Lalu dialog ini membuatkan Saidina Abu Bakar terdiam sebentar lalu berkata-kata... "...Sesungguhnya orang yang selalu menyuapkan engkau roti itu ialah pemuda yang bernama Muhammad yang telah engkau sebutkan tadi..."... lalu terharulah orang buta itu dan membuatkan hatinya terbuka untuk menerima hidayah Allah... dan akhirnya orang buta itu telah mengucap kalimah tauhid... kalimah syahadah...
Kesimpulan yang aku ingin sampaikan adalah betapa indahnya metodologi dakwah Nabi kita Muhammad saw. untuk membawa manusia ke arah kebenaran... sesungguhnya Nabi telah pun menunjukkan kepada kita betapa pentingnya peranan akhlak dalam berdakwah... mengajak manusia ke jalan yang benar... nilai murni seperti kesabaran dan sangka baik... itulah nadi utama dakwah Nabi saw...
Maka... bagi semua kawan-kawan... jagalah akhlak kita... kerana betapa pentingnya akhlak dalam berdakwah... jangan banyak memberi alasan... Nabi sudah memberikan contoh kepada kita... dan ingatlah... orang tidak nampak amal kita seperti solat tahajjud dan sebagainya... tetapi orang akan nampak akhlak kita... bagaimana kita hendak membawa orang ke arah kebaikan sedangkan akhlak kita pun semacam akhlak orang Yahudi dan Nasrani... dan sesekali jangan berprasangka buruk pada orang yang ingin berbuat kebaikan...
Renungkanlah ayat 6 - 7 surah al-Fatihah yang bermaksud: "Tunjukkanlah kami jalan yang lurus [6]. iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukannya jalan orang-orang yang Engkau murkai, dan bukan jalan orang-orang yang sesat[7]."...
Maksud "jalan orang-orang yang Engkau murkai, dan bukan jalan orang-orang yang sesat" itu adalah cara hidup orang-orang Yahudi (Allah murkai) dan Nasrani (golongan sesat)... hari-hari kita baca dan doa... kalau penghayatan tiada... maka rugilah...
p/s: Perkongsian sebenarnya baik untuk diri sendiri... sebagai peringatan untuk diri ini yang mudah lupa...
Ahmad Syahril bin Abdul Rahim
KISAH SEBUAH PERJALANAN
10 Oktober 2009 / 21 Syawal 1430H
KISAH SEBUAH PERJALANAN
10 Oktober 2009 / 21 Syawal 1430H
kisah yg bukan hnya utk didengar
ReplyDeletekisah yg bukan hnya utk diberita
tapi
pentingnya penghayatan dlm diri
pentingnya utk kita sama2 rasai
bahawa itulah akhlak yg perlu ada
tul tu... bkn setakat didengar dan diberitakan je... bkn juga dihayati semata... tapi perlu diamalkan juga...
ReplyDeleteada org yg byk melakukan amalan ibadah... tapi suka sgt berprasangka pd org lain... musykil dgn iman org lain... bila ada sedikit kesalahan... terus dihentam org tu... dilabelkannya org tu... bila menegur... lgsg tak berhikmah... dgn label2 tertentu... dgn ayat menyakitkan hati... dilabelkan org tu SLOW dan sbgnya... ni ke cara Nabi berdakwah?
ada jg org pd waktu tertentu dia ckp... dakwah ni kena hikmah dan sangka baik... tapi bila ada khilaf sket... terus dihentam org tu... maka kluar laa ayat aku betul ko salah... aku dgn ulama aku ko dgn ulama ko... ko slow aku fast... mana hikmahnya??? ni ke dakwah cara Nabi??? aku dah bg contoh dlm entri yg lepas... http://kisahsebuahperjalanan.blogspot.com/2009/10/too-fast-too-furious.html
http://kisahsebuahperjalanan.blogspot.com/2009/10/adakah-kita-benar-benar-beriman.html (ruangan komen)
itulah sifat da'i
ReplyDeletexterusik dek kutukan
xterangkat dek pujian
walau dikutuk slow
walau dicaci maki
tetap menyampai
kalau boleh,saya nak tau lagi tentang dakwah nami secara sulit,bolehkah saudara menerangkan?
ReplyDeletesorry,*nabi
ReplyDeleteanon~
ReplyDeletemaaf sbb lmbt reply...
utk mceritakan tentang dakwah nabi amatlah terhad di ruangan komentar ini dan sy juga kesuntukan masa utk menulis secara pjg lebar... mgkin jg telah kehilangan keberkatan masa... maka secara ringkasnya begini...
3 tahun Nabi berdakwah secara sulit...Nabi Muhammad telah memulakan tugas yang telah dipertanggungjawabkan Allah ke atas baginda iaitu menyeru manusia Arab supaya menyembah Tuhan yang Maha Esa dan menyingkirkan penyembahan berhala. Ianya dijalankan secara
sulit agar kafir Quraisy tidak terperanjat dengan seruan ini kerana mereka semua terlalu
fanatik dengan penyembahan berhala. Sebagai langkah yang pertama diajaknya mereka yang karib
dengan baginda sahaja atau mereka yang kenal dan rapat dengan baginda. Semua mereka ini telah bertemü dengan Rasulullah secara sulit. Bila mereka hendak melakukan ibadat mereka akan pergi ke lorong-lorong Makkah yang jauh dan pandangan orang orang Quraisy maka di sanalah mereka akan mengerjakan ibadat. Ketika pemeluk agama Islam meningkat 30 orang lelaki dan perempuan maka Rasulullah pun memilih satu tempat yang agak terpencil sedikit iaitu di
rumah A1-Arqam bin Abi A1-Arqam dan di rumah itulah Baginda menyampaikan segala taklimat serta tunjuk ajar dan nasihat. Seruan ini telah berjaya memberi hasil yang memuaskan di mana hampir 40 orang telah menyahut seruan Islam. Kebanyakan mereka ini adalah terdiri dan golongan fakir miskin dan hamba sahaya yang tidak ada tempat dalam masyarakat Quraisy.
Setelah dilihat dari berbagai aspek yang berlainan terhadap peristiwa-peristiwa yang berlaku, nampaknya dakwah di dalam tahap ini, meskipun bersifat rahsia dan individu namun beritanya sudah pun tersibar kepengetahuan Quraisy, tetapi ianya tidak dipedulikan sangat.
Al-Syeikh Muhammad al-Ghazali r.a. menyebut: Berita dakwah Rasulullah ini telahpun sampai ke pengetahuan Quraisy, tetapi mereka tidak mengambil endah sangat. Kemungkinan pihak Quraisy menyangka Muhammad ini salah seorang jenis manusia yang kuat beragama, yang bercakap mengenai ketuhanan dan tugasnya, amalan seperti ini sama seperti amalan Umaiyah bin Abi al-Salt, Quis bin Sa'idah, Amru bin Nufail dan lain-lain lagi, walau macam mana sekalipun pihak Quraisy tetap mencurigai kesannya. Oleh itu mereka memerhati hari demi hari, perkembangan lanjut dan kesudahan dakwahnya ini.
Berlalu tiga tahun dakwah Rasulullah, ianya masih lagi rahsia dan dalam konteks individu. Apa yang berlaku ialah tertegaknya sebuah jamaah golongan mukmin yang bertunggakkan persaudaraan dan sanggup tolong menolong, bekerja menyampaikan risalah Muhammad dan mengemaskan tapak perjuangannya. Namun selepas tiga tahun Rasulullah diperintahkan Allah supaya mengisytiharkan dakwahnya kepada kaumnya dan menghadapi kepalsuan mereka, menentang serta mengecam berhala-berhala mereka iaitulah DAKWAH SECARA TERANG-TERANGAN...
setakat ini sahaja yg mampu sy nyatakan... insyaAllah sekiranya diizinkan... sy akan menulis lg... Jazakallahu khairan