Daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah saw. bersabda: “Jika ada seseorang berkata: “Orang ramai (sekarang ini) sudah rosak”, maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka”. [H.R. Muslim]

Tuesday, October 13, 2009

SIARAN ULANGAN... JANGAN PUTUS ASA PADA ALLAH... PLEASE...



KENAPA AKU SERING DIUJI?

Firman Allah, maksudnya: “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; ‘Kami telah beriman’, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui yang manakah orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui yang manakah orang yang dusta.” (Surah al-Ankabut: 2-3)


KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?

Firman Allah, maksudnya: “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, sesungguhnya Allah amat mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah al-Baqarah: 216)


KENAPA AKU DIUJI UJIAN SEBERAT INI?

Firman Allah, maksudnya: “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Surah al-Baqarah: 286)


BAGAIMANA KAN KUHADAPI UJIAN INI?

Firman Allah, maksudnya: “Wahai orang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan kebajikan), dan kuatkan kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh (di medan perjuangan), dan bersedialah serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).” (Surah Ali Imran: 200)

Firman Allah, maksudnya: “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan yang sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.” (Surah al-Baqarah :45)


APA YANG AKU BOLEH DAPAT DARI SEMUA INI?

Firman Allah, maksudnya: “Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan (bayaran) syurga untuk mereka…” (Surah at-Taubah: 111)



Ahmad Syahril bin Abdul Rahim
KISAH SEBUAH PERJALANAN
13 Oktober 2009 / 24 Syawal 1430H

4 comments:

  1. ibu akan sakit terperi untuk melahirkan bayi
    bayi akan jatuh berkali-kali untuk pandai berjalan
    kanak-kanak menangis setiap kali kemahuan tidak diturutkan
    semua ini kita telah lalui walaupun kekadang terasa simpulan sudah mati, jalan dah tak ada lagi...tapi
    kita masih menjejak hari demi hari

    ReplyDelete
  2. siaran ulangan ni berbayaq ke x?
    hehe..

    ~akuhamba~

    ReplyDelete
  3. parkchick~
    thnks...

    akuhamba~
    tak perlu byr pun... free ja... :)

    perempuanku~
    moga kita sama2 tenang dunia akhirat...

    ReplyDelete